Cara Semak KWSP Status Lulus Pengeluaran Khas KWSP. Baru-baru ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membuka pengeluaran khas iaitu secara “One-Off” sebanyak RM10000. Demikian itu, ramai pencarum telah membuat permohonan keluar wang dari KWSP. Permohonan KWSP melalui secara online adalah dari 1 hingga 30 April 2022.
Tempoh sebulan bagi permohonan kepada mereka yang ingin membuat permohonan pengeluaran wang simpanan KWSP dan tempoh sebulan tersebut hanya sah melalui online sahaja. Manakala bagi tempoh pembayaran oleh KWSP pula bermula dari tarikh 20 April 2022. Pihak KWSP akan menyemak terdahulu butiran permohonan sebelum meluluskan permohonan pemohon ini adalah kerana berdasarkan kecaknaan sistem KWSP.
Sebelum ini kami ada menerangkan CARA PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000 ini. Kepada mereka yang belum memohon, segeralah buat permohonan anda agar tidak terlewat nanti.
Selain itu, ramai diantara pencarum yang membuat permohonan KWSP tidak tahu menahu bagaimana cara untuk menyemak kelulusan permohonan pengeluaran khas KWSP. Berikutnya dibawah diterangkan cara- cara menyemak status kelulusan pengeluaran anda di KWSP.
Cara Semak KWSP Status Kelulusan Pengeluaran Khas KWSP Bagi Tahun 2022
Isi Kandungan
Merujuk laman facebook rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), semakan status LULUS bagi permohonan Pengeluaran Khas KWSP boleh mula dibuat mulai 9 April 2022 (Hari Sabtu).
KWSP juga memberikan informasi bahawa:
- Pencarum KWSP yang membuat permohonan TIDAK PERLU melakukan semakan melalui portal i-Akaun, mengunjungi kios atau mana mana cawangan KWSP untuk melakukan semakan.
- Sebaliknya, ahli hanya perlu melakukan semakan melalui portal Pengeluaran Khas yang telah disediakan dan akan dibuka pada 9 April nanti.
Bilakah Tarikh Semakan Status Kelulusan Permohonan Pengeluaran KWSP Keluar?
Berkenaan semakan status kelulusan permohonan pengeluaran KWSP keluar adalah berdasarkan post terbaru dari Facebook Rasmi KWSP .
Menurut laman facebook rasmi KWSP tarikh bagi menyemak status kelulusan pengeluaran khas KWSP adalah pada 9 April 2022. Pencarum- pencarum KWSP diminta untuk sentiasa ‘alert’ dengan perkembangan terbaru dari pihak KWSP.
Bagaimanakah Cara Semak KWSP Status Kelulusan Permohonan Pengeluaran KWSP?
Pencarum KWSP yang telah membuat permohonan pengeluaran khas boleh melakukan semakan status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 iaitu melalui:
- Layari laman web rasmi KWSP iaitu Laman Web Rasmi KWSP
- Klik butang ‘Semakan Status’
- Isi maklumat anda dengan lengkap (sekiranya diminta)
- Keputusan permohonan akan terpapar samada anda adalah LULUS atau TIDAK
- Sekiranya anda LULUS, amaun permohonan yang anda mohon akan dikreditkan pada 20 April 2022 nanti.
- Contohnya, sekiranya anda telah memohon pengeluaran sebanyak RM8,000 (dari Akaun 2/ Akaun 1), anda akan menerima pengkreditan dengan jumlah RM8,000 ke akaun bank anda pada 20 April 2022 (Rabu).
- Sekiranya anda TIDAK LULUS, kebiasannya KWSP akan membuka portal permohonan rayuan pengeluaran selepas 9 April 2022 .
- Portal permohonan KWSP akan dibuka nanti, sila ikuti perkembangan semasa bersama kami. Ikuti Channel Telegram Rasmi Kami disini : Telegram Sistem Guru Online
Siapa Yang Perlu Saya Rujuk Untuk Bertanyakan Mengenai Pengeluaran KWSP?
Anda boleh merujuk laman dan talian rasmi KWSP seperti yang disediakan dibawah :
- Sila layari website rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
- Anda boleh bertanya ELYA di laman web rasmi KWSP
- Anda boleh hubungi di talian Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848
“Pengeluaran Khas KWSP RM10,000, Cara Semak KWSP Kelulusan Anda Segera, Dan Gunakan Dengan Sebaiknya”
Syukur dan tahniah diucapkan kepada pencarum-pencarum KWSP atas kebenaran pengeluaran wang KWSP RM10,000 secara One-Off yang memanfaatkan ribuan pencarum.
Kerajaan Malaysia amatlah prihatin akan luahan rakyat Malaysia. Sumbangan bantuan juga wajar dipertingkatkan oleh kerajaan Malaysia dalam usaha membantu rakyat yang terkesan. Hidup Rakyat!