Sejak akhir-akhir ini, Dendeng Daging banyak tular dan viral di media sosial dan pasaran disebabkan oleh seorang content creator yang mula memasarkan jualan daging dendengnya secara online. Hal itu menyebabkan ramai orang dan pengikutnya tidak dapat membeli asbab kehabisan stok. Tambahan pula bulan ramadan yang semakin hampir membuatkan ramai orang tergila-gila ingin mendapatnya.
Jangan risau! Mudah sahaja untuk membuat Dendeng Daging ini menggunakan resepi anda sendiri. Bahannya pun cukup mudah, pertama-tama, daging dipotong nipis dan dikeringkan. Kemudian bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk dengan menggunakan lesung untuk membuat bumbu. Daging yang telah dikeringkan mestilah digoreng dan gunakan lesung untuk menumbuk dengan permukaan yang rata untuk menumbuk kepingan daging sehingga nipis. Akhir sekali, bumbu dan kepingan daging ditumbuk dimasukkan ke dalam kuali dan diaduk bersama sehingga 10 minit.
Pengenalan Kepada Dendeng Daging
Isi Kandungan
Definisi Dendeng Daging
Dendeng Daging atau Dendeng merujuk kepada daging kering yang dihiris tipis. Ia diawetkan melalui campuran gula dan rempah dan dikeringkan melalui proses menggoreng. Dendeng asalnya ditemui oleh orang-orang Minangkabau. Tetapi mereka tidak pasti siapa atau di mana ia mula-mula ditubuhkan. Pada mulanya mereka membuat dendeng daging lembu dan membuat ia kering supaya ia boleh dimakan selama beberapa hari dibawa apabila mereka pergi mengembara.
Versi Minangkabau, mungkin hidangan dendeng yang paling popular di Indonesia digelar sebagai dendeng balado atau dendeng batokok adalah khusus daripada Padang, Sumatra Barat, diperbuat daripada lembu yang nipis dipotong kemudian kering dan digoreng sebelum ditambah dengan cili dan bahan-bahan lain.
Resepi Dendeng Daging Yang Mudah dan Sedap
1. Dendeng Daging Arwah Mak
Bahan-bahan
- 1 kg daging
- 5 biji bawang besar (dihiris nipis)
- 4 sudu besar cili kisar
- 1 sudu besar serbuk kari daging
- 4 sudu besar air asam jawa
- 2 sudu besar gula kabung
- 1 sudu besar gula pasir
- Garam
- Kicap
Bahan-bahan tumis
Bahan A
- 1 biji bawang besar
- 4 biji bawang putih
- 2 inci halia
Bahan B
- 3 tangkai daun kari
- 1 ketul kulit kayu manis
- 1 ketul bunga lawang
Cara Memasak
- Rebus daging sehingga agak empuk.
- Kisar ke semua bahan A.
- Hiris bawang besar, goreng jadikan bawang goreng. Hiris daging yang sudah direbus empuk, perap dengan kicap manis selama 2 jam, kemudian goreng dan ketepikan.
- Panaskan 1/3 cawan minyak. Kemudian, tumis bahan A dan masukkan bahan B. Lalu kacau sehingga garing.
- Masukkan pula cili kisar, kari, kacau hingga garing. Kemudian, masukkan air asam, gula kabung, gula putih dan kicap. Kacau sekejap kemudianmasukkan bawang goreng dan daging goreng.
- Setelah masak, boleh tutup api dan daging dendeng sedia dihidang!
Sumber: Nawal Lope Zainal Abidin dari Masak Apa Hari Ni
2. Dendeng Daging Perak
Bahan-bahan
- 2 1/2 cawan Daging dihiris (500g)
- 5 helai Daun Limau
- 4 batang Serai (ketuk)
- 1 cawan Air Rebusan Daging
- 1 sudu makan Gula
- 1 sudu teh Garam
- 1/2 cawan Air Asam Jawa (1 sudu teh paste Asam Jawa)
- 1/4 cawan Kicap Manis
- 2 labu Bawang Besar (hiris – untuk bawang goreng)
- 3 sudu makan Cili Giling
Bahan Kisar
- 1 labu Bawang Besar
- 3 ulas Bawang Putih
- 1 inci Halia
- 5 batang Serai
- 1 cawan Minyak Masak
Cara Memasak
- Rebus Daging sehingga empuk. Simpan Air Daging dalam secawan. Daging ditumbuk satu per satu agar daging sedikit terlerai. Tak perlu lumat.
- Gaulkan Daging dengan Kicap dan goreng. Goreng daging sekejap dalam ½ minit sebelah. Balikkan dan angkat.
- Dalam Kuali lain, panaskan minyak dan gorengkan Bawang Besar yang telah dihiris. Angkat bila telah keperangan.
- Menggunakan minyak gorengan bawang tadi, tumiskan Bahan Kisar. Bila naik bau, masukkan Cili Giling. Bila dah pecah minyak, masukkan Daun Limau dan Serai.
- Masukan air asam jawa, air daging dan kacau sehigga sebati semuanya. Biar sampai mendidih.
- Masukkan kicap, garam dan gula. Biar sampai kering skit. Masukkan daging dan gaul-gaulkan rata.
- Akhir sekali, masukkan bawang goreng dan gaulkan rata. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.
3. Dendeng Daging Raya
Bahan-bahan
- 1/2 kg Daging (potong nipis)
Bahan A
- 1 labu bawang besar
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
Bahan B
- 2 batang serai
- 3 helai daun limau purut
- Kulit kayu manis
- bunga lawang
- 1 senduk cili kisar
- 1/2 cawan kicap kipas udang
- Air asam jawa
- Air rebusan daging
Cara Memasak
- Mayangkan ke semua bahan A secara halus.
- Daging dipotong nipis kemudian rebus sehingga lembut.
- Kemudian tumbuk hirisan daging satu per satu menggunakan anak lesung.
- Goreng daging yang dah siap ditumbuk sebentar tadi tetapi jangan terlalu lama agar tidak daging keras. Setelah siap, boleh ketepikan.
- Tumis bahan A sampai kekuningan atau garing kemudian angkat.
- Guna minyak yang sama untuk tumis bahan B iaitu serai, bunga lawang dan kulit kayu manis. Apabila sudah wangi, masukkan cili kisar dan sedikit air rebusan daging masak sampai terbit minyak.
- Masukkan pula kicap, air asam jawa daging, gula dan garam kemudian masukkan bahan A yang di goreng tadi dan kacau sehingga siap untuk dihidang.
Sumber: Bonda Aisya dari Masak Apa Hari Ni