TERKINI:HEBAHAN URUSAN TEMUDUGA PPP BAGI GRADUAN PENDIDIKAN KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 UNTUK PENGAMBILAN TAHUN 2022 BAGI SEMENANJUNG (SIRI PERTAMA). Makluman terbaru kepada para pemohon graduan pendidikan ke jawatan Pegawai pendidikan Gred DG41 bagi pengambilan tahun 2022 bagi semenanjung siri yang pertama, anda boleh membuat semakan urusan temuduga PPP sekarang yang baharu sahaja pihak SPP maklumkan.
Anda boleh buat semakan segera di portal rasmi pihak SPP sediakan khas bagi menyemak keputusan panggilan temuduga dibawah.
Semakan Panggilan Temuduga PPP Bagi Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Pengambilan Tahun 2022
Semakan Panggilan Temuduga PPP Di Portal Rasmi SPP
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan(SPP) akan melaksanakan urusan temu duga bagi Graduan Pendidikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 untuk pengambilan tahun 2022 bagi semenanjung Malaysia. Makluman Temu duga juga akan diadakan secara berperingkat.
Urusan temu duga Siri Pertama yang akan diadakan di Putrajaya melibatkan opsyen – opsyen pengajian seperti berikut :
1) Bahasa Tamil
2) Bahasa Cina
3) Tahfiz
4) DINI
5) Pengajian Kejuruteraan Awam
6) Pembuatan Perabot
7) Landskap Dan Nurseri
8) Menservis Peralatan Elektrik Domestik
9) Pemprosesan Makanan
10) Seni Reka Tanda
11) Teknologi Maklumat
12) Akuakultur Dan Haiwan Rekreasi
13) Hiasan Dalaman Asas
14) Katering Dan Penyajian
15) Menservis Motosikal
16) Penjagaan Muka Dan Dandanan Rambut
17) Tanaman Makanan
18) Teknologi Kimpalan Dan Fabrikasi
19) Teknologi Penyejukan Dan Penyaman Udara
20) Teknologi Pemprosesan Kayu Dan Kemasan
21) Teknologi Sistem Komputer Dan Rangkaian
22) Sistem Pengurusan Pangkalan Data Dan Aplikasi Web
23) Pelancongan
24) Pendidikan Awal Kanak-Kanak
25) Agroindustri Ternakan Ruminan
26) Agroindustri Ternakan Poultri
27) Bioteknologi
28) Rekabentuk Grafik Industri (Print Media)
29) Kesetiausahaan Pentadbiran
30) Akuakultur
31) Bakeri Dan Pastri
32) Senibina Landskap
33) Teknologi Automotif
34) Teknologi Elektrik
35) Teknologi Elektronik
36) Binaan Bangunan
37) Kosmetologi
38) Seni Kulinari
39) Seni Reka Fesyen
40) Teknologi Pemesinan Industri
41) Multimedia Kreatif (Animasi)
42) Agroindustri Tanaman
43) Hortikultur Hiasan
44) (SJKC) Pendidikan Seni /Seni Visual
45) (SJKC) Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
46) (SJKC) Muzik
47) (SJKC) Sejarah
48) (SJKC) Reka Bentuk Dan Teknologi
49) (SJKC) Bimbingan Dan Kaunseling
50) (SJKC) Prasekolah
51) (SJKT) Prasekolah
Kepada para pemohon, anda boleh membuat semakan segera dengan memasukkan nombor kad pengenalan anda di ruang petak yang disediakan di ruangan dibawah:
- Calon boleh membuat semakan bagi Jadual Temu Duga (Siri Pertama) di bawah :
semakan bagi Jadual TemuDuga PPP (Siri Pertama).
Bagi temu duga siri berikutnya, jadual akan dihebahkan secara berasingan dari semasa ke semasa. Anda boleh ikuti perkembangan dari pihak SPP dengan mengikuti telegram rasmi SISTEM GURU ONLINE DIBAWAH:
Keputusan Hebahan Panggilan Temuduga PPP,Selamat Maju Jaya Kepada Para Pemohon
Keputusan yang diumumkan oleh pihak SPP mengenai hebahan panggilan temuduga merupakan peluang keemasan kepada mereka yang mengingkan profession sebagai guru. Ini adalah peluang dimana para pemohon boleh membuktika diri mereka layak bergelar warga pendidik.
Sehubungan itu, tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya dipanggil ke temuduga yang berlansung di Putrajaya nanti. Pemohon yang berjaya dipanggil temuduga boleh menyiapkan diri anda dengan rapi dan kemas serta perlu mengikuti perkembangan semasa bagi penyediaan temuduga.
Khas kepada para pemohon yang berjaya dipanggil, anda boleh ikuti cara “LULUS” temuduga SPP yang kami kongsikan dibawah:
Panggilan Temuduga SPP: Guru Ini Kongsikan 10 Persediaan “LULUS” Yang Calon Wajib Ambil Cakna KLIK DISINI
Semoga dipermudahkan urusan panggilan temuduga anda bakal pendidik yang akan mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna. Segala usaha ,penat lelah anda demi menjadi seorang pendidik merupakan satu usaha yang murni demi mendidik anak-anak bangsa Malaysia.