Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Gempar! Polis Tahan Lelaki Israel Bersama 6 Senjata Api

Gempar! Polis Tahan Lelaki Israel Bersama 6 Senjata Api
Gempar! Polis Tahan Lelaki Israel Bersama 6 Senjata Api

Berita tergempar apabila polis tahan lelaki Israel bersama senjata api. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, semasa pemeriksaan dilakukan, suspek dikatakan menggunakan pasport Perancis masuk ke negara ini. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa mereka menahan seorang lelaki warga Israel di sebuah hotel di Jalan Ampang pada Rabu.

Walaubagaimanapun menurut ketua Polis Negara, suspek adalah berusia 36 tahun itu kemudiannya memberikan satu lagi pasport miliknya yang mempunyai taraf warga rakyat Israel. Semasa pemeriksaan dibuat, pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah merampas enam pucuk senjata api bersama 200 butir peluru di bilik hotel Jalan Ampang.

Berkenaan Polis Tahan Lelaki Israel

image 67
Gempar! Polis Tahan Lelaki Israel Bersama 6 Senjata Api

Menurut pihak Polis, semasa soal siasat dijalankan, polis mendapati suspek telah masuk ke Malaysia pada 12 Mac lalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menggunakan pasport Perancis.

Ketua Polis berkata, pemeriksaan di bilik hotel menemukan senjata api jenis:

  • Glock 19 Marine
  • Glock 17 Gen 4
  • Smith and Wesson
  • Sih Sauer
  • Stoeger
  • Serta peluru yang diletakkan di dalam beg.

Pihak polis mengatakan, semasa siasatan mendapati kesemua senjata berkenaan dibeli suspek sebaik tiba di negara ini dengan menggunakan mata wang kripto.

Sebab Lelaki Israel Datang Ke Malaysia

image 65
Dikatakan ini adalah lelaki yang polis tahan lelaki israel

Berkenaan pembayaran senjata yang dibeli itu masih belum diketahui dan siapakah orang yang menerima bayaran untuk transaksi tersebut. Soal siasat Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman terhadap suspek mendapati, warga israel itu datang ke negara ini untuk mencari seorang individu yang juga rakyat negara Israel untuk dibunuh berkaitan isu keluarga.

Walaubagaimanapun, pihak polis masih menjalankan siasatan dan berkemungkinan suspek mempunyai agenda lain datang ke Malaysia. Selain itu, pihak polis percaya suspek tidak bergerak bersendirian dan berkemungkinan mempunyai rangkaian dengan individu tertentu yang masih belum dikenal pasti.

Lelaki Israel tersebut telah masuk ke negara ini menaiki penerbangan melalui Emiriyah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia.

Adakah Lelaki Israel Datang Malaysia Seorang Ejen Israel?

image 66

Menurut ketua Polis lagi, suspek juga dipercayai berpindah randah dan tinggal di dua atau tiga hotel berlainan sebelum diberkas. Pada mulanya kita mendapat maklumat awam pergerakannya yang meragukan, sebelum polis mengekori dan bertindak menahan suspek.

Ketika ditanya adakah lelaki berkenaan merupakan ejen Israel, Ketua polis berkata, siasatan masih dijalankan. Pihak polis akan membuat siasatan ke arah itu juga. Lelaki Israel itu akan ditahan reman sehingga 31 Mac 2024.

Polis Tingkat Keselamatan Agong dan PM

Berikutan tular polis tahan lelaki Israel, Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa kawalan di seluruh negara termasuk keselamatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipertingkatkan untiuk memastikan keselamatan terjamin.

Jaminan itu telah dinyatakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain selepas penahanan seorang lelaki warga Israel bersama enam senjata api di sebuah hotel di Jalan Ampang pada rabu lalu.

Disamping itu, pihak polis akan lebih berwaspada dan mengambil langkah awal dalam meningkatkan kawalan keselamatan terhadap rakyat dan barisan kepimpinan negara.

Berkenaan kepada isu Palestin-Israel ketika ini, Pihak Polis akan dan perlu berwaspada dengan tahap keselamatan golongan kenamaan membabitkan Yang di-Pertuan Agong dan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa individu lain yang penting dan berpengaruh.

Polis Siasat Punca Lelaki Israel Datang Malaysia

Berdasarkan dakwaan suspek bahawa lelaki tersrbut datang ke Malaysia bagi membunuh individu dari Israel juga tidak boleh diterima sepenuhnya oleh pihak Polis kerana lelaki terbabit mungkin mempunyai agenda lain.

Buat masa sekarang polis akan membuat siasatan yang rapi selepas polis tahan lelaki Israel bersama 6 jenis senjata api. Perkara ini mengejutkan orang ramai kerana bagaimana lelaki Israel boleh memasuki negara Malaysia melalui penerbangan luar negara.

Persoalan demi persoalan timbul apabila lelaki Israel tersebut juga boleh membuat belian senjata api melalui bayaran transaksi Kripto. Diharapkan negara Malaysia kekal aman dan sebarang perancangan tidak sepatutnya berjaya dipatahkan oleh pihak Berkuasa.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati