
Tertarik sungguh menu di Chicken Royale yang viral ini. Memang lain daripada yang lain! Tengok gambar pun boleh terliur, rasanya sudah tentu sedap. Apa kata hujung minggu ni anda pergi berkunjung di restoran Chicken Royale ni.
Jadi tunggu apa lagi, mari mengajak seluruh keluarga dan kawan anda pergi ke restoran Chicken Royale ini untuk merasai sendiri keenakkan makanan di restoran ini. Anda boleh lihat dulu menu apa yang terdapat restoran ini!
Pengasas Chicken Royale
Isi Kandungan

Pengasas bersama Chicken Royale dikenali Encik Nazri sebagai Co-founder dan managing direktor di Chicken Royale yang mulanya berkerja di syarikat (GLC) sebagai kerja hakiki dan pernah menjadi general manager di syarikat swasta dalam industri makanan.
Beliau hingga sekarang masih bekerja dalam industri makanan dan melakukan kerja sampingan (bisnes Chicken Royale) yang merupakan bisnes kelapan beliau daripada selepas kahwin dan sekarang beliau dengan jayanya telah berjaya memiliki restoran sendiri.
Sejarah Pembinaan Chicken Royale
Selepas habis pengajiannya di universiti Encik Nazri mula banyak berbisnes dan beliau dapat idea untuk membuat resepi Ayam Peri-Peri dan ianya berhasil pada cubaan pertama di rumah beliau. Beliau cuba berkongsi masakannya dengan jiran tetangga dan ibunya sendiri untuk dapatkan ‘feedback’ dan terus mula melakukan bisnes pertamanya menggunakan food truck kecil di tepi jalan.
Pada tahun 2017 beliau mula berniaga tetapi ianya tidak laku dan hanya dapat menjual dalam 5-6 ekor ayam sahaja dalam sehari. Pada tahun 2018 ia mula membangun dan syukur kepada Ilahi pada tahun 2019 ianya sudah menjadi viral sehingga 2020 tetapi nasibnya tidak memberangsangkan akibat (PKP) pada tahun itu.
Akirnya beliau merasakan food truck yang digunakan untuk perniaganya tidak sesuai dan mula berjaya beralih kepada restoran pada tahun 2020. Akhirnya beliau berjaya dan telah memiliki sebanyak 9 cawangan di Malaysia. Lihat perjuangan Encik Nazri pengasas Chicken Royale di channel DESTINASI TV ini.
Terdapat banyak set menu makanan di Chicken Royale ini. Mari lihat apakah menu-menu lazat yang ada di Chicken Royale ini:

Set Couple | Harga |
---|---|
Set Laila | RM 49.90 |
Set Majnun | RM 59.90 |

Set Keluarga | Harga |
---|---|
Set Demang | RM 86.90 |
Set Lanang | RM 109.90 |

Set Ayam Crispy Pedas | Harga |
---|---|
Set Kasturi | Rm 18.90 |
Set Lekir | Rm 29.90 |
Set Lekiu | Rm 59.90 |

Set Ayam Peri-Peri | Harga |
---|---|
Set Kasturi | RM 18.90 |
Set Lekir | RM 29.90 |
Set Lekiu | RM 59.90 |

CR’s Special | Harga |
---|---|
Set Sapurba | RM 39.90 |
Burger Parameswara | Rm 26.90 |

Set Keluarga (4-5 pax) | |
---|---|
Set Bersiong | RM 109.90 |
Set Badang | RM 86.90 |
Set Buana | RM 139.90 |
Set Banang | Rm 124.90 |
Set Marewah | RM 164.90 |

Set Single | Harga |
---|---|
Nasi Teja | RM 18.90 |
Nasi Mahsuri | Rm 29.90 |
Nasi Kasumba | RM 31.90 |
Nasi Mayang | RM 18.90 |

AIR NOJITO | Harga |
---|---|
Lychee, Lemon , Tropican, Kiwi, dan Passion | RM 8.90 |
Penghasilan Chicken Royale Berjaya Menambat Hati Pelangan
Kewujudan Chicken Royale ini banyak menarik selera orang ramai kepada makanan segera yang bervariasi membuatkan restoran ini sentiasa dipenuhi pelanggan. Pengasas Chicken Royale iaitu dikenali sebagai Papa CR’s mengatakan menu yang serba unik ini datang daripada ilhamnya sendiri yang gemar untuk mencuba kombinasi menu pelik.
Tak lupa juga ramai influencer datang dari jauh sanggup ke Chicken Royale ini semata-mata ingin mencuba menu-menu yang beraneka ini. Disaksikan video dari Syedot ASMR yang telah pergi ke Chicken Royale untuk merasai menu best seller!
Lokasi Chicken Royale Berhampiran Anda

Tak tahu lokasi Chicken Royale di mana? Anda rasa ada ke yang berhampiran dengan tempat anda? Jangan risau! Pengasas Chicken Royale sendiri dah sediakan website lokasi Chicken Royale untuk anda pergi ke restoran nanti tanpa sesat. Klik sahaja Lokasi Chicken Royale ini untuk bawa anda ke sana!
Perkhidmatan Penghantaran Secara Foodpanda Ke Lokasi Anda

Anda rasa malas nak keluar rumah tapi rasa nak makan dekat restoran Chicken Royale? Jangan bersedih. Pesan sahaja melalui foodpanda untuk sampaikan pesanan anda. Dunia sudah canggih! Duduk rumah saja sudah boleh makan sedap. Pilih sahaja Penghantaran Chicken Royale yang terdekat dengan lokasi anda.