Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Himpunan Ucapan Hari Raya Aidilfitri dan Pantun Raya Aidilfitri 2024

ucapan hari raya
Himpunan Ucapan Hari Raya Aidilfitri dan Pantun Raya Aidilfitri 2024 4

Menjelang lebaran yang bakal menjelma pada 1 Syawal nanti, pasti ramai daripada kita teringin untuk menyampaikan ucapan hari raya kepada keluarga, sahabat yang jauh dan dekat sebagai pengganti diri dan melepaskan rindu.

Walaupun kaedah komunikasi semakin maju dan cepat dengan adanya pelbagai platform seperti Whatsapp, Telegram dan TikTok, namun ucapan berbentuk pantun masih lagi popular di kalangan rakyat Malaysia sehingga ke hari ini. Oleh itu, untuk artikel kali ini penulis ingin berkongsi beberapa ucapan dan pantun Hari Raya Aidilfitri 2024 khas buat pembaca yang ingin menyapa rakan dan sanak saudara yang jauh dan dekat sempena menyambut Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Ucapan dan Pantun Hari Raya Aidilfitri

Sebelum mengetahui ucapan dan pantun hari raya Aidilfitri 2024, kita perlu tahu antara ucapan hari raya Aidilfitri dan Aidiladha yang paling afdal adalah menyebut ‘taqabbalallahu minna wa minkum’. Kita disarankan untuk melafazkan ‘taqabbalallahu minna wa minkum’ dalam ucapan hari raya iaitu yang bermaksud ‘Semoga Allah SWT menerima amalan dan ibadat kita semua’.

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ

Maksudnya: ‘Semoga Allah SWT menerima amalan dan ibadat kita semua’

Hal ini diamalkan kerana sahabat Nabi SAW dan para tabiin amat khuatir jika ibadat mereka di sepanjang Ramadan lalu tidak diterima Allah SWT.

Ucapan Hari Raya Aidilfitri

ucapan
Himpunan Ucapan Hari Raya Aidilfitri dan Pantun Raya Aidilfitri 2024 5

Antara ucapan hari raya Aidilfitri 2024 yang boleh digunakan sempena hari raya ini adalah seperti berikut:

Di Hari Raya ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Semoga kita terus bersatu dan berkongsi kasih sayang.


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan dan kenalan! Semoga kita semua dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup.


Pada Hari Raya yang mulia ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Semoga kita terus menjadi insan yang berbudi pekerti dan berakhlak mulia.


Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam di seluruh dunia! Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah dan mendapat rahmat-Nya sepanjang masa.


Di Hari Raya Aidilfitri ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Malaysia! Mari kita bersama-sama meraikan kemenangan dan kejayaan di hari yang mulia ini.


Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.


Bak kata Imam Al-Ghazali : Yang jauh itu waktu, yang dekat itu mati, yang besar itu nafsu, yang berat itu amanah, yang mudah itu berbuat dosa, yang panjang itu amal soleh, yang indah itu saling memaafkan. Salam Aidilfitri maaf zahir dan batin.


Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, Dalam gurau senda sudah tentu ada khilaf dan dosa. Mohon Ampun Zahir Dan Batin, Selamat Hari Raya AidilFitri.


Ramadhan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.


Salam Akhir Ramadhan dan Salam Lebaran. Semoga Allah menerima seluruh amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan ini. Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita. Namun lambaian Syawal pula menanti di sana. Dengan luhur hati ikhlas kemaafan, semoga silap dan salah mohon di ampuni. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.


Jika jiwa sebening air, maka jangan keruhkan, Jika hati seputih awan, jangan mendungkan, Raih kemenangan dengan saling bermaafan. Selamat Hari Raya Aidil Fitri.


Di Aidil Fitri Mulia, Maaf Dipinta andainya Terkasar Bahasa, Tersilap bicara, Termarah yang tak kena, Tertanya yang tak tentu hala, Tersasul yang tak sengaja, Terpukul kat mana-mana, Terpinjam harta benda, Termoody tak semena-mena, Terumpat bila-bila & macam-macam lagi yang Tersalah & Tersilap, Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Pantun Hari Raya Aidilfitri 2024

3
Himpunan Ucapan Hari Raya Aidilfitri dan Pantun Raya Aidilfitri 2024 6

Antara pantun hari raya Aidilfitri 2024 yang boleh digunakan sempena hari raya ini adalah seperti berikut:

Bila baring terus terlelap, jangan sampai tidak bangun pagi, jika ada salah dan silap jangan simpan di dalam hati


Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Makan sudah bersalam pun sudah, Duit raya takkan dah lupa.


Kian Berlabuh Tirai Ramadhan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur Hati Ikhlas Kemaafan, Semoga Kesalahan Dimaafi, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.


Raya pertama cantik berseri,  Berbaju kurung bagai puteri, Duit Raya jangan lupa diberi, Selamat Hari Raya Aidilfitri.


Cahaya ramadhan berlalu pergi, Menyambut tibanya Aidilfitri, Ampun maaf segala peri, Semoga ikatan kekal dihati. Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.


Andai langkah membekas lara, Ada kata menusuk sukma, Ada tingkah menoreh luka, Maka maafkanlah kesilapan saya. Selamat hari raya, Maaf Zahir Batin


Daun dianyam makin tersimpul, Gulai di dapur terlebih santan, Sanak saudara riuh berkumpul, Sambut lebaran penuh kesyukuran.


Bermain mercun sambil menari, Di dalam gelap menangkap ikan, Kami menyusun sepuluh jari, Salah dan silap harap maafkan


Bakar lemang sambil berdiri, Untuk juadah Aidil Fitri, Nak antar Kad Raya Posmen dah cuti, Whatsapp aje penggganti diri. Maaf Zahir dan Batin


Lisan kadang-kadang tak terjaga. Janji kadang-kadang terabaikan. Hati kadangkala berprasangka. Sikap kadangkala menyakitkan. Harapan ini menjadi indah jika selalu ada maaf diantara kita. Syawal akan menjelang. Mohon Maaf zahir dan Batin

Soalan FAQs Berkenaan Ucapan dan Pantun Hari Raya 2024

Bilakah umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 2024?

Pada 1 Syawal.

Apakah contoh Pantun Hari Raya Aidilfitri 2024?

Daun dianyam makin tersimpul, Gulai di dapur terlebih santan, Sanak saudara riuh berkumpul, Sambut lebaran penuh kesyukuran.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati