Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Biodata Akram Afif – Pemain Kebangsaan Qatar

Biodata Akram Afif - Pemain Kebangsaan Qatar

Siapakah Akram Afif? Berakhir sudah pertandingan Piala Asia 2023/2024 yang mana ia berakhir dengan kemenangan Qatar keatas Jordan dengan skor 3-1. Apa yang menjadikan Piala Asia 2023/2024 ini rancak adalah dengan kehadiran penyerang Qatar, Akram Afif! Beliau menjadi tumpuan pada final piala Asia apabila meledak 3 gol sekaligus digelar hatrik dalam perlawanan.

Bukan itu sahaja, beliau telah membuktikan kemampuan beliau selaku pemain muda sensasi yang menjaringkan gol terbanyak dalam edisi piala Asia kali ini. Berikut adalah merupakan maklumat lanjut berkenaan Akram Afif mengenai umur, kerjaya dan lain-lain.

Berkenaan Biodata Akram Afif

Siapa Akram Afif?

biodata akram afif

Akram Afif atau nama panjang beliau ialah Akram Hassan Afif Yahya Afif Al Yafei berumur 27 tahun dan dilahirkan pada 18 November 1996 adalah seorang pemain bola sepak profesional Qatar yang bermain dibahagian sayap kiri bagi kelab Liga Bintang-Bintang Qatar iaitu Al Sadd dan pasukan kebangsaan Qatar.

biodata akram afif

Pada awal kariernya, dia dianggap sebagai salah seorang pemain yang paling menyerlah negara Qatar. Dia pernah bermain dalam perlawanan La Liga Sepanyol sebagai penyerang untuk Villareal. Akram juga telah dinamakan dalam senarai pendek sebagai tiga pemain lelaki terbaik Konfederasi Bola Sepak Asia kerana berjaya menjulang Piala Asia 2019 bersama Qatar. Ketika itu beliau memenangi anugerah Pemain Terbaik Asia pada 2019.

Untuk edisi piala Asia 2023/2024 sekali lagi negara Qatar berjaya melakar sejarah apabila berjaya memenanginya selepas menewaskan Jordan 3-1. Kesemua gol dijaringkan Akram Afif sekaligus menjadikan beliau sebagai pemain terbaik kejohanan piala Asia 2023/2024.

Biografi Akram Afif

Berikut adalah merupakan maklumat berkenaan Akram Afif:

BiografiMaklumat
NamaAkram Hassan Afif Yahya Afif Al Yafei
Tarikh lahir18 November 1996
AsalDoha,Qatar
KeturunanTanzania dan Qatar
KerjayaPemain bola sepak Professional
Karier bola sepak– Kas Eupen
– Villareal
– Al-Sad
Tinggi177cm
PosisiPenyerang – Sayap Kiri

Kerjaya Pasukan Qatar Akram Afif

51398374 611582032617326 8954762230952361984 n

Diawal kemunculan Afif, dia menjaringkan gol tunggal pada perlawanan akhir menentang DPR Korea untuk memberikan kemenangan kepada Qatar semasa kejohanan AFC U-19 Qatar U20 pada 2014.

Selepas itu, dia dipanggil untuk sertai skuad kebangsaan senior pada September 2015 oleh jurulatih ketika itu, Daniel Carreño . Akram berjaya menjaringkan gol dalam kemenangan 15–0 Qatar menentang Bhutan pada 3 September 2015 semasa pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 . Selain itu, beliau juga mencatatkan bantuan dalam perlawanan itu.

Ketika kempen Piala Asia AFC 2019 Qatar berjaya memenagi trofi untuk kali pertama. Semasa itu, Afif menjadi wira dengan memainkan peranan penting dalam membantu pasukannya menjulang trofi, mencatatkan 10 assist secara keseluruhan kejohanan ketika itu.

Akram Afif Bawa Qatar Julang Piala Asia 2023/2024

Bermula piala Asia edisi 2023/2024 bertempat di Qatar, beliau telah disenaraikan dalam skuad utama Qatar untuk Piala Asia AFC 2023. Semasa perlawanan pembukaan pasukan Qatar, dia menjaringkan dua gol ketika Qatar berjaya menewaskan Lebanon 3–0 di Stadium Lusail.

Seterusnya, dia menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan kedua Kumpulan A Qatar, kemenangan 1–0 ke atas Tajikistan. Oleh sebab itu, Qatar berjaya lanjut ke peringkat kalah mati. Pada pusingan 16, Akram berjaya menjaringkan gol kemenangan dalam kemenangan 2–1 ke atas Palestin.

Untuk perlawanan separuh akhir menentang Iran , Akram berjaya menjaringkan gol dan memberikan bantuan gol yang meletakkan kemenangan 3–2 memihak mereka. Selepas itu, Qatar berjaya layak ke Final buat kali kedua kalinya.

biodata akram afif

Semasa perlawanan final piala Asia 2023/2024, sekali lagi nama beliau menjadi tumpuan! Berjaya meledak hatrik semasa mengalahkan pasukan Jordan dengan skor 3-1. Walaupun gol yang dijaringkan semuanya penalti, namun persembahan beliau harus dipuji dan layak diangkat pemain terbaik perlawanan dan kejohanan piala Asia 2023/2024.

Pencapaian Akram Afif

biodata akram afif
Biodata Akram Afif - Pemain Kebangsaan Qatar 7

Selaku pemain yang berbakat, Akram Afif berjaya menampah namanya dengan pelbagai pencapain terbaik. Berikut adalah pencapaian Mohamed Muntari dalam bentuk senarai:

  • 2x Juara Piala Asia
    • Tahun 2019: Qata
    • Tahun 2023/2024 : Qatar
  • 1x Penyertaan Piala Dunia
    • Tahun 2022: Qatar
  • 1x Penyertaan Copa América
    • Tahun 2019: Qatar
  • 1x Penyertaan Gold Cup
    • Tahun 2021: Qatar – 2 Gol
  • 1x Penyertaan Piala Dunia Bawah-20
    • Tahun 2015: Qatar U20 – 1 Gol
  • 1x Asisst Terbaik
    • Musim 18/19: Al-Sadd SC
  • 1x Pemain Terbaik Liga
    • Tahun 2019: Al-Sadd SC
  • 4x Penyertaan Liga Juara AFC
    • Musim 21/22: Al-Sadd SC – 1 Gol
    • Musim 19/20: Al-Sadd SC – 3 Gol
    • Musim 18/19: Al-Sadd SC – 5 Gol
    • Musim 17/18: Al-Sadd SC – 2 Gol
  • 3x Juara Qatar
    • Musim 21/22: Al-Sadd SC
    • Musim 20/21: Al-Sadd SC
    • Musim 18/19: Al-Sadd SC
  • 2x Juara Piala Qatar (Piala Emir Qatar)
    • Tahun 20/21: Al-Sadd SC
    • Tahun 19/20: Al-Sadd SC
  • 2x Juara Piala Liga Qatar
    • Tahun 2021: Al-Sadd SC
    • Tahun 2020: Al-Sadd SC
  • 1x Juara Piala Bintang Qatar
    • Tahun 19/20
  • 1x Juara Piala Super Qatar (Piala Sheikh Jassim)
    • Tahun 18/19
  • 1x Penyertaan Piala Kelab Dunia FIFA
    • Tahun 2020: Al-Sadd SC
  • 2x Pemain Tahunan Terbaik
    • Musim 19/20: Al-Sadd SC
    • Musim 18/19: Al-Sadd SC
  • 3x Penjaring Gol Terbanyak
    • Musim 19/20: Qatar Stars League – 15 Gol
    • Musim 14/15: Kejohanan WAFF U23 – 4 Gol
    • Piala Asia 2023/2024 – 7 Gol

Kini, Akram Afif terus maju kehadapan mencipta sejarah untuk dirinya dan Qatar. Boleh jadi juga suatu hari nanti beliau akan dinobatkan sebagai pemain terbaik sepanjang zaman negara Qatar.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati