Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kerajaan Umum Pelarasan Gaji Penjawat Awam Dipercepatkan

pelarasan gaji penjawat awam

Berkenaan pelarasan gaji penjawat awam yang kerajaan Malaysia sebelum ini mengutarakan pandangan bahawa bakal ada kenaikan gaji penjawat awam yang terbaru selepas 12 tahun tiada pelarasan kenaikan gaji. Kerajaan Malaysia amat prihatin dengan kebajikan pekerja bahagian awam yang menjadi tunjang kerajaan Malaysia.

Perkara ini telah disahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan pelarasan gaji penjawat awam yang membawa berita gembira kepada semua pekerja khususnya penjawat awam.

Berkenaan Pengumuman Pelarasan Gaji Penjawat Awam oleh Kerajaan Malaysia

PM Umum Pelarasan Gaji Penjawat Awam Dipercepatkan

image 50
Kerajaan Umum Pelarasan Gaji Penjawat Awam Dipercepatkan 5

Berita terkini dari Perdana Menteri YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa pihaknya di Kementerian Kewangan melaksanakan mesyuarat penyelarasan gaji penjawat awam, sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini kepada rakyat Malaysia.

Melalui dapatan mesyuarat yang turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Perkara ini bakal dimuktamadkan dalam tempoh dua bulan sebelum dibentang ke jemaah menteri bagi tujuan kelulusan. Pengumuman ini juga seiring dengan pemberian bantuan insentif yang akan disalurkan pada 26 Februari 2024.

Sebelum ini, PM Anwar juga memaklumkan Kerajaan Perpaduan akan menaikkan gaji kira-kira 1.6 juta penjawat awam dalam amaun berskala kecil buat sementara waktu melalui Belanjawan 2024 baru-baru ini, sebelum ditetapkan kenaikan berkala bagi setiap 10 tahun akan datang memandangkan kali terakhir ia disemak adalah pada tahun 2013.

Elaun Khas Penjawat Awam Sebelum Pelarasan Gaji Penjawat Awam

image 51

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Dr Adnan Mat mengatakan bahawa pemberian elaun khas wajar dipertimbang sementara menunggu pelarasan gaji pada 2025. Ini adalah bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh penjawat awam khususnya di kawasan bandar buat masa ini.

Kesan peningkatan kos sara hidup yang begitu drastik semasa berbanding pendapatan diterima menyebabkan skim pelarasan gaji penjawat awam tidak boleh dibiarkan lebih lama lagi..

Menurut CUEPACS, isu kewangan menjadi kekangan kerajaan buat masa ini, mungkin boleh dipertimbang elaun khas terlebih dahulu sementara penjawat awam menunggu pelarasan gaji Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), dan elaun tersebut boleh dimansuhkan sekiranya kenaikan gaji telah dimuktamadkan.

Pelarasan Gaji Pekerja Negara Malaysia Dijangka Naik

Gaji Pekerja Malaysia Dijangka Naik Sebanyak 20%

Berdasarkan laporan Pasaran Pekerjaan dan Trend Gaji 2023, Randstad menyatakan bahawa kenaikan kos sara hidup dan peningkatan inflasi di Malaysia memberikan kesan terhadap kemampuan rakyat untuk membiayai barangan keperluan serta gaya hidup.

image 52
Kerajaan Umum Pelarasan Gaji Penjawat Awam Dipercepatkan 6

Oleh itu, pekerja di negara Malaysia dijangka menerima pelarasan gaji antara 3 hingga 20 peratus bergantung pada perusahaan industri, dengan industri pertumbuhan tinggi seperti teknologi dan pembuatan dijangka akan ada perubahan lebih besar dalam struktur gaji dalaman.

Laporan Pasaran Pekerjaan dan Trend Gaji 2023 dari Randstand juga mendedahkan terdapat perkembangan kemahiran dari segi bakat dan kemahiran dalam tiga industri seperti dibawah:

  • Teknologi
  • Pembuatan
  • Pembinaan

Industri teknologi akan menggunakan pendekatan pengurusan pekerja serta pengambilan pekerja yang lebih cermat. Syarikat akan menumpukan kepada permintaan bakat dalam perkomputeran awan, keselamatan siber, kepintaran buatan, Internet Segala-galanya (IoT), realiti maya serta blockchain.

Soalan FAQs Berkenaan Pelarasan Gaji Penjawat Awam

Adakah masih ada kenaikan 2% bagi pencen?

Tiada lagi kenaikan 2% setiap tahun berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan (Rujuk kes tuntutan Aminah Ahmad). Mahkamah turut berkeputusan amaun pencen yang dibayar pada ketika ini, sepatutnya diberi seperti amaun sebelum kenaikan 2%. (dikembalikan pada amaun sebelum kenaikan 2%).

Apakah ada gantian dari pemansuhan 2% tersebut?

Kerajaan telah memberi Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP), yang mana, PKKP ini menampung amaun yang membolehkan pesara menerima pencen dengan amaun yang masih sama seperti tahun 2023.

Adakah kenaikan pencen buat masa sekarang?

Untuk masa ini, kenaikan pencen adalah berdasarkan kepada pelarasan pencen sekiranya ada pelarasan gaji penjawat awam.

Boleh berikan contoh bagi situasi pencen?

Contohnya, pada tahun 2023, pesara A ni terima pencen RM2,000 / sebulan. Mulai Januari 2024 dan sepanjang 2024 ini, pesara A ni terima amaun pencen yang sama iaitu RM2,000 / sebulan (tiada kenaikan 2% pada Januari 2024 seperti Januari 2023 lepas dan sebelumnya)
Justeru, tiada kenaikan. Bila ada kenaikan pencen? Apabila ada pelarasan gaji penjawat awam, baru akan ada pelarasan pencen dan kenaikan pencen.

9 KOMEN

  1. Menteri yg berkhidmat kurang 15tahun tidak sepatutnya d beri pencen, kami penjawat awam tegar yg berkhidmat majoriti lebih 30 wajar d beri penyelarasan yg setimpal

  2. Syukur Alhamdulillah, kepada YAB PM Datuk Seri Anwar Ibrahim dibawah kepimpinan datuk seri lah pesara dapat dibela, kerana pesara lah tunjang negara, Kenaikan gaji serta pelarasan dapat dirasai sebelum menutup mata…

  3. Harap kerajaan madani akan pertimbangkan amaun pencen pemberian khas (Jan-Dec 2024) kpd pesara sekarang dikekalkan. Jika ada kenaikan gaji penjawat awam maka amaun tersebut diambilkira untuk kenaikan pencen pesara.

    • Jika pesara dinaikkan 20% maka akan rugilah sbb slps tiadanya lg pemberian PKKP maka semua amaun pencen pesara akan berkurangan sebanyak 22% kerana jumlah amaun pencen akan kembali pada asal iaitu jumlah amaun pencen yg pernah diterima pada tahun 2012. Ini disebabkan tiada lagi kenaukan 2% setahun bermula pdctahun 2013 hingga 2023 ( 11 tahun x 2% = 22% )

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati