Ini Cara Mohon Melanjutkan Pengajian Ke Mesir dan Jordan dengan SPM 2023. Bagi lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan Diploma Qiraat yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Timur Tengah, khususnya di Mesir dan Jordan, permohonan untuk sesi 2023/2024 akan dibuka pada 15 Mei 2023.
Permohonan melanjutkan pengajian ini perlu dilakukan melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menggunakan Sistem Permohonan Pelajar ke Universiti di Timur Tengah secara atas talian. Tarikh permohonan ini akan bermula pada 15 Mei 2023 dan tamat pada mengikut tarikh yang bakal diiklankan.
Ini Cara Mohon Melanjutkan Pengajian Ke Mesir dan Jordan dengan SPM 2023
Isi Kandungan
Selain itu, calon yang ingin melanjutkan pengajian ke Mesir dan Jordan perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh universiti di negara tersebut. Setiap universiti mungkin mempunyai persyaratan yang berbeza seperti keperluan akademik, ujian bahasa, dan sebagainya. Oleh itu, calon disarankan untuk merujuk kepada kriteria dan keperluan yang ditetapkan oleh universiti yang diminati sebelum membuat permohonan.
- Mohon dengan Ijazah (STAM)
- Mohon dengan SPM
- Yurang Pengajian
Bagi memastikan proses permohonan berjalan lancar, calon perlu memohon dalam tempoh yang ditetapkan dan menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan dengan lengkap dan tepat. Sebaik sahaja permohonan ditutup pada 9 Jun 2023, tidak akan ada pemohonan lanjutan yang diterima.
Maklumat Ini Cara Mohon Melanjutkan Pengajian Ke Mesir dan Jordan dengan SPM 2023
Bidang pengajian di Mesir dan Jordan yang ditawarkan kepada mereka yang berminat adalah seperti berikut:
i) Mesir
- Perubatan
- Pergigian
- Pengajian Bahasa Arab
- Dakwah
- Dirasat Islamiah
- Syariah
- Usuludin
- Ulum Islamiah
- Pengajian Qiraat
ii) Jordan
- Perubatan
- Pergigian
- Farmasi
- Kejuruteraan
- Senibina
- Teknologi Maklumat
- Ekonomi
- Perbankan
- Pengajian Islam
- Bahasa Arab
Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Mesir dan Jordan dengan SPM 2023
Yurang Pengajian Mesir dan Jordan
Yuran pengajian yang akan dikenakan kepada para pelajar yang menyambung pengajian di Mesir adalah seperti berikut:
Bagi yuran pengajian di Jordan pula, perincian penuh yuran yang akan dikenakan adalah seperti berikut:
Melanjutkan Permohonan ke Mesir dan Jordan
Syarat Untuk Mohon Mesir dan Jordan
Syarat permohonan yang ditetapkan bagi permohonan melanjutkan pengajian k Mesir adalah seperti berikut:
i) Pengajian Perubatan di Universiti Al-Azhar/ Universiti Alexandria/Universiti Mansoura
- Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 90% dalam 8 subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi di peringkat SPM dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan; dan
- Mempunyai sijil matrikulasi atau asasi atau pra-universiti yang diiktiraf Majlis Perubatan Malaysia (MMC) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau A-Level.
ii) Pengajian Pergigian di Universiti Al-Azhar/ Universiti Alexandria dan Pengajian Farmasi di Universiti Alexandria/ Universiti Mansoura
- Mempunyai SPM dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 79% dalam 8 subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi di peringkat SPM dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan.
iii) Pengajian Bahasa Arab/Dakwah/Dirasat Islamiah/Syariah/Usuludin
- Mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya pangkat Jayyid dan lulus Tahap Mutamayiz (Tahap 7) Pengajian Bahasa Arab di Pusat Bahasa Sheikh Zayed.
iv) Pengajian Ulum Islamiah
- Lulus semua subjek dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Syariah Islamiah dan Pendidikan al Quran Sunnah dan lulus Tahap Mutamayiz (Tahap 7) Pengajian Bahasa Arab di Pusat Bahasa Sheikh Zayed.
v) Pengajian Qiraat
Mempunyai Sijil/ Diploma Qiraat yang diiktiraf kesetaraan oleh Al-Azhar seperti berikut dan lulus Imtihan Qabul (Ujian Penentuan Penguasaan Bahasa Arab):
- – Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
- – Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Pulau Chondong, Kelantan
- – Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kelantan
- – Kolej Hafiz, Klang, Selangor
Bagi permohonan melanjutkan pengajian ke Jordan pula, syarat permohonan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:
i) Perubatan & Pergigian
- Mempunyai SPM dengan memperoleh Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 90% bagi semua subjek SPM; dan
- Memperoleh sekurang-kurangnya gred A-bagi subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab di peringkat SPM.
ii) Farmasi
- Mempunyai SPM dengan memperoleh Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 85% bagi semua subjek SPM; dan
- Memperoleh sekurang-kurangnya gred A-bagi subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab di peringkat SPM.
iii) Kejuruteraan/Senibina/Teknologi Maklumat
- Mempunyai SPM dengan memperoleh Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 80% bagi semua subjek SPM.
- Memperoleh sekurang-kurangnya gred B+ bagi subjek Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab di peringkat SPM.
iv) Bidang Ekonomi/Perbankan/Pengajian Islam/Bahasa Arab
- Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 80% bagi semua subjek SPM.
- Memperoleh sekurang-kurangnya Gred B+ bagi subjek Bahasa Arab dan B bagi subjek yang berkaitan Pengajian Islam (Agama/Dini/Tahfiz/Syahadah Ulya) di peringkat SPM.
Cara Memohon
Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Mesir dan Jordan boleh dibuat menerusi pautan https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah setelah permohonan dibuka.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai tawaran pengajian ke Mesir dan Jordan bagi sesi 2023/2024, sila layari laman web https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah/.