Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Biodata Cikgu Ayu dan Penjelasan Cikgu Ayu Dihina Pegawai Atasan

Biodata Cikgu Ayu dan Penjelasan Cikgu Ayu Dihina Pegawai Atasan

Nor Anis Idayu, atau sebenarnya dikenali sebagai Cikgu Ayu , dilahirkan di Kubang Kerian, Kelantan. Beliau merupakan seorang guru yang sentiasa bersemangat dalam profesionnya. Cikgu Ayu juga aktif dalam aktiviti seni seperti melukis mural di sekolah tempat dia mengajar. Ekoran itu beliau terkenal dan tular di media sosial.

Cikgu Ayu membawa tugas sebagai seorang guru dengan baik untuk anak-anak. Beliau tidak hanya menumpukan pada aspek akademik tetapi juga berusaha untuk membentuk keperibadian positif di kalangan murid-muridnya. Cikgu Ayu dikenali sebagai seorang pendidik yang selalu berusaha mencari inisiatif bagi membuat pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan.

Berkenaan Cikgu Ayu Viral

Biografi Cikgu Ayu

image 17

Berikut adalah merupakan maklumat berkenaan Cikgu Ayu:

BiografiMaklumat
NamaNor Anis Idayu
Tarikh Lahir10 Mei 1993
AsalKubang Kerian, Kelantan
StatusBerkahwin dengan Ammar Zolkifeli
Anak3 Orang
KerjayaGuru Tadika
Media SosialFacebook : Cikgu Ayu
Tiktok : Cikguayu imtecer

Kerjaya Cikgu Ayu Sebagai Guru

image 18

Cikgu Ayu telah berjaya mencipta kejayaan dalam dunia pengajaran dengan mendapat sokongan dan penghargaan daripada ibu bapa muridnya. Meskipun mendapat kritikan dan kecaman dalam media sosial, Cikgu Ayu terus bersemangat untuk memberi pengajaran kepada anak muridnya dan mencipta persekitaran pembelajaran yang positif.

image 19
Biodata Cikgu Ayu dan Penjelasan Cikgu Ayu Dihina Pegawai Atasan 7

Selain daripada kerjaya sebagai guru, Cikgu Ayu juga mempunyai minat dalam seni, khususnya melukis mural. Sebelum ini beliau juga turut aktif dalam bidang menjahit tudung instant yang telah menerima tempahan untuk sambutan Hari Raya.

Konntroversi Cikgu Ayu di Media Sosial

Viral Cikgu Ayu Kongsi Tip Mengajar

Cikgu Ayu menjadi viral dalam media sosial disebabkan oleh video kontroversi yang membincangkan isu ‘speech delay’. Video tersebut mendapat liputan tinggi dan juga kecaman daripada netizen kerana dianggap tidak sesuai sebagai seorang guru.

image 20

Walaubagaimanapun, Cikgu Ayu telah memohon maaf dan menjelaskan bahawa pandangannya mungkin berlaku salah faham dan merupakan tindak balas terhadap isu penting mengenai penggunaan gajet kepada kanak-kanak.

Biarpun dicemuh, Cikgu Ayu tetap cekal dan bersyukur kerana masih mendapat sokongan moral daripada ibu bapa murid-muridnya. Beliau melihat cemuhan tersebut sebagai penialain untuk memperbaiki diri dan sentiasa berhati-hati dalam kata-kata.

Viral Cikgu Ayu Dihina Pegawai Atasan dan Letak Jawatan

Berita mengenai Cikgu Ayu kembali hangat. Seperti yang kita ketahui beliau telah meletakkan jawatan di pra sekolah sejak tahun lalu yang mana ia telah mengejutkan banyak pihak. Perletakan jawatan ini dikatakan bukan kehendak cikgu Ayu, namun dipercayai disebabkan ketidakpuasan hati dari pegawai atasan di tempat kerjanya.

Ramai netizen yang berasa simpati kerana cikgu Ayu adalah seorang cikgu yang selalu mempunyai semangat dalam mendidik anak-anak. Banyak pihak yang membuat kesimpulan bahawa beliau menghadapi tekanan dan konflik dari pihak atasan.

Apa yang lebih mengejutkan timbul berita terkini dari beliau menyatakan bahawa Cikgu Ayu masih menjadi bahan kutukan pegawai atasan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Semasa sesi live di TikTok, Cikgu Ayu telah mengakui bahawa pegawai KPM menggunakan gambarnya sebagai contoh guru yang tidak baik. Menangis sebak Cikgu Ayu semasa sesi live di tiktok.

image 16
Biodata Cikgu Ayu dan Penjelasan Cikgu Ayu Dihina Pegawai Atasan 8

Perkongsian cikgu Ayu mula memilukan apabila Cikgu Ayu menangis dan mendakwa bahawa dia masih diaibkan oleh ‘Cikgu Anuar’ walaupun sudah meletakkan jawatan. Penggunaan gambarnya sebagai contoh guru yang tidak baik itu dan memberikan markah rendah dalam penilaiannya, iaitu hanya sebanyak 40%, menunjukkan sikap tidak adil dan seolah-olah sengaja mencari kesalahan.

Tunggu Respon KPM

Ramai yang masih tertanya-tanya situasi sebenar dan inginkan perkara betul diperjelaskna. Buat masa ini KPM masih belum mengeluarkan apa-apa pendapat mengenai isu cikgu Ayu dan Cikgu yang tidak berpuas hati dengan beliau. KPM perlu tampil memberi pandangan kerana bagaimana seorang bekas guru diaibkan oleh pegawai atasan semasa sesi pembentangan dengan gaya slaid.

Remuk hati cikgu Ayu bila usaha dan inisiatif beliau selama ini tidak dihargai oleh pelbagai pihak. Kita semua menyaksikan bahawa cikgu Ayu sangat bersemangat mengajar, menghias kelas dan mewujudkan suasana ceria yang jarang cikgu-cikgu boleh lakukan. Berharap cikgu Ayu sentiasa tabah dan sabar dalam menempuh dugaanm.

1 komen

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati