Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Biodata Asad Motawh – Penyanyi Remaja Viral

biodata asad motawh - penyanyi dan ahli perniagaan

Biodata terkini Asad Motawh. Beliau adalah As’ad Ahmad Muhammad Motawh atau lebih terkenal dengan nama sebagai As’ad Motawh. Asad telah dilahirkan pada 3 September 2001, beliau adalah seorang penyanyi dan penulis lagu yang berasal dari negeri Selangor, Malaysia.

Terdapat banyak perkembangan beliau dalam dunia hiburan dan beberapa isu yang dibahaskan oleh beliau. Terbaru, terdapat kenyataan beliau yang mengatakan bawah pergi ke sekolah adalah membuang masa.

Maklumat Berkenaan Asad Motawh

Kontroversi Asad Motawh Anggap Sekolah Buang Masa

Kini sedang tular di media sosial mengenai beliau melalui podcast bersama usahawan berjaya, Azri Walter. Di dalam podcast tersebut, Asad mengatakan bahawa baginya sekolah itu membuang masa berdasarkan kapasiti atas dirinya.

biodata asad motawh - penyanyi dan ahli perniagaan 1

Menurut beliau belajar di sekolah membuang masa kerana apa yang dipelajari tiada kaitan dengan apa yang dibuat sekarang olehnya. Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa sistem sekolah boleh diubah kerana dunia moden segalanya sudah berubah.

Asad juga mengatakan bahawa beliau mempertimbangkan untuk berhenti sekolah dan mula belajar di rumah. Beliau sudah mempunyai 300 ribu pengikut follower ketika itu dan sudan menjana pendapatan melalui nyanyian.

Dalam pada itu, As’ad turut berkongsikan mengapa dia mengambil keputusan untuk berhenti bersekolah dan mula belajar di rumah selepas adanya 300 ribu pengikut di media sosial.

Walaubagaimanapun, beliau menegaskan bahawa beliau tidak menyarankan pelajar untuk berhenti sekolah dan teruskan pelajaran. Bagi artis seperti Asad, beliau juga boleh dijadikan contoh yang mana beliau tidak mengabaikan pendidikan namun beliau mempunyai fokus dari awal iaitu untuk berjaya di usia muda.

Kini beliau berjaya mempunyai dua buah rumah dan satu kereta mewah hasil titik peluh beliau. Beliau kini bergiat dalam pelbagai perniagaan bersama kumpulan.

Kehidupan Awal dan Pendidikan Asad Motawh

image 26
Biodata Asad Motawh - Penyanyi Remaja Viral 9

Asad Motawh dilahirkan pada 3 September 2001 dan berumur 23 tahun. Beliau adalah seorang anak 3 daripada 4 adik beradik kepada ibunya,Datuk Yustita J Al-Djabbarn. Kehidupan awal Asad Motawh menarik kerana beliau mendapat pendidikan dari rumah atau home scholling.

Asad Motawh berasal dari Selangor dan telah memulakan kerjaya dalam bidang nyanyian dengan lagu pertamanya adalah ‘Senyum’. Telah mula aktif pada tahun 2017 melalui platform Youtube. Beliau juga terus mendapat nama apabila lagu pertamanya mendapat sambutan tinggi peminat Malaysia dan Indonesia.

Biografi Lengkap Asad Motawh

image 27
Biodata Asad Motawh - Penyanyi Remaja Viral 10

Berikut adalah beberapa maklumat mengenai biografi Asad Motawh:

BiografiMaklumat
NamaAs’ad Ahmad Muhammad Motawh
Tarikh Lahir3 September 2001
Tempat LahirMalaysia
KewarganegaraanMalaysia
BangsaMelayu
AgamaIslam
Pendidikan– Home Scholling
PekerjaanPelakon, Penyanyi dan ahli perniagaan
Tahun Aktif2017 – Sekarang
StatusBujang
Filem / Telefilem– Mulut Masin (2020)
– Batang Buruk Batu Lesun (2018)
Anugerah– Anugerah Top Hot 2017 – Penyanyi Baru Hot 2017
Media SosialInstagram: Asad.motawh
Twitter: Asad_Motawh
Tiktok : @asadmotawhhh

Kerjaya dan Pencapaian Asad Motawh Dalam Dunia Hiburan

image 28
Biodata Asad Motawh - Penyanyi Remaja Viral 11

Debut tunggal pertamnya, lagu Senyum yang diterbitkan di saluran Beegood Music YouTube telah berjaya serta memperoleh 500,000 tontonan dalam masa hanya 4 hari! Sebelum kemasyhuran pada bulan Oktober 2015, beliau hanyalah seorang influencer biasa di Instagram. Follower beliau telah mencatatkan beliau mempunyai lebih daripada 380,000 pengikut Instagram ketika itu dan kini telah mencecah 1 Juta Follower.

Pada tahun 2019, Asad telah melakukan konsert jelajah iaitu The Percaya Tour di seluruh Malaysia dan turut menampilkan beberapa bintang baharuketika itu iaitu Isma Sane & Outbreak. Asad juga telah mengeluarkan single terbaru berjudul Selamanya pada 13 September 2019 di akaun Youtube milik beliau.

Kejayaan dan Anugerah Asad Motawh

image 29
Biodata Asad Motawh - Penyanyi Remaja Viral 12

Sebagai seorang Berikut adalah beberapa pencapaian peribadi yang telah direkodkan oleh Asad Motawh:

  • Pemenang Penyanyi Baru Hot 2017
  • Artis Baru MELETOP (Tercalon)
  • Artis Baru Lelaki Popular (Tercalon)

Asad Motawh Berjaya Mempunyai Dua Buah Banglo dan Sebuah Kereta Mewah Diusia 19 Tahun

image 25
Ihsan Harian Metro

Wajar dicontoh ramai, Asad berjaya membuktikan dirinya mampu menjadi orang hebat di usia muda. Beliau berjaya memiliki dua buah rumah dan sebuah kereta mewah diusia 19 tahun. Asad juga terlibat dengan pelbagai perniagaan sehingga mempunyai kakitangannya sendiri.

Perniagaan beliau adalah melibatkan perkhidmatan cuci kereta, membuat landskap dan syarikat produksi sendiri iaitu Motawh Production.

Penglibatan Karier Penyanyi dan Lakonan Asad Motawh

image 30
Biodata Asad Motawh - Penyanyi Remaja Viral 13

Asad turut aktif dalam dunia hiburan sebagai penyanyi dan pelakon. Berikut adalah senarai lagu dan filem yang terlibat oleh Asad Motawh:

Senarai Lagu Asad Motawh

  • Senyum (2017)
  • Percaya (2018)
  • Warna (2019)
  • Selamanya (2019)
  • Milo Flip Flap Flat (2020) Kolaborasi bersama Milo.

Filem Lakonan Asad Motawh

  • Mulut Masin (2020)
  • Batang Buruk Batu Lesung (2018)

Fakta Mengenai Asad Motawh

Terdapat beberapa fakta yang menarik mengenai Asad Motawh. Ramai yang ingin mengetahui info lanjut mengenai aktor berdarah kacukan ini. Berikut adalah 5 fakta mengenai Asad Motawh:

  1. Minatnya mendalam dalam bidang nyanyian telah dipupuk sejak di bangku sekolah rendah lagi.
  2. Menerima pendidikan melalui sesi pembelajaran persendirian di rumah atau ‘homeschooling’.
  3. Diangkat sebagai artis rakaman sebaik sahaja video lagu covernya berjudul Despacito menjadi viral dengan tontonan lebih dua juta di Instagram.
  4. Mengumpul pengikut Instagram (IG) yang besar dengan lebih 1.3 juta peminat.
  5. Pada 2016, beliau menjelajah seluruh Malaysia untuk persembahan siri jelajah ‘The Percaya Tour’ yang berlangsung di enam lokasi iaitu The Curve Petaling Jaya pada 2 Mac, Mahkota Parade Melaka (3 Mac), Plaza Angsana Johor Bahru (9 Mac) , Centre Square Sungai Petani (23 Mac), Kuantan Mall, Pahang (30 Mac) dan Centre Point Kota Kinabalu (6 April).

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati