Majoriti pekerja di dalam pelbagai sektor di Malaysia mempunyai caruman dibawah PERKESO yang diyakini dapat membantu pencarum dan menjaga kebajikan para pekerja. PERKESO juga membayar kepada pekerja yang terlibat dengan kes kemalangan di tempat kerja.
Selain itu, PERKESO juga bertanggungjawab menjaga kebajikan keluarga pencarum melalui penyaluran bayaran PERKESO 2024. Ketahui maklumat lebih lanjut berkenaan tarikh bayaran PERKESO 2024.
Berkenaan Bayaran PERKESO 2024 Serta Jadual Pembayaran Tahun 2024
Isi Kandungan
Apakah itu Bayaran PERKESO 2024?
PERKESO adalah merupakan pertubuhan yang bertanggungjawab kepada pencarum sekiranya berlaku risiko dan kemalangan kepada pekerja. Semasa waktu bekerja atau pulang dari kerja, seorang pencarum layak menerima bantuan dan penyaluran pampasan yang boleh dituntut.
Sesuai dengan konsep Perlindungan Keselamatan Sosial (PERKESO) adalah mengikut konsep tanggungjawab bersama menerusi
- Sumber caruman terkumpul
- Perkongsian bayaran risiko
- Penggantian pendapatan melalui bayaran PERKESO 2024
Pembayaran PEKESO adalah mengikut pembiayaan secara bulanan bagi skim:
- Skim Bencana Pekerjaan.
- Skim Keilatan.
Berikut adalah merupakan penerangan berkenaan jenis skim yang mendapat bayaran secara bulanan:
Skim Bencana Pekerjaan
Skim ini akan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami bencana semasa kerja seperti:
- kemalangan semasa menjalankan pekerjaan.
- kemalangan semasa dalam pekerjaan (commuting accident).
- kemalangan semasa kecemasan.
- penyakit khidmat.
Skim Keilatan
Skim ini akan memberi perlindungan selama 24 jam kepada pekerja yang menghidap penyakit berkait keilatan atau kematian akibat dari sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.
Jadual Tarikh Bayaran PERKESO 2024
Berikut adalah merupakan senarai tarikhh bayaran faedah dan pencen yang ditetapkan oleh PERKESO. Anda boleh merujuk tarikh bayaran PERKESO 2024 dibawah:
Bulan | Tarikh Bayaran Faedah | Catatan |
---|---|---|
Januari | 31 Januari 2024 | – |
Februari | 1 Mac 2024 | – |
Mac | 1 April 2024 | – |
April | 30 April 2024 | – |
Mei | 24 Mei 2024 | 30 Mei 2024 bersamaan Pesta Keamatan 1 Jun 2024 bersamaan Perayaan Hari Gawai Dayak |
Jun | 11 Jun 2024 | 17 Jun 2024 bersamaan Hari Raya Korban |
Julai | 1 Ogos 2024 | – |
Ogos | 30 Ogos 2024 | – |
September | 1 Oktober 2024 | – |
Oktober | 25 Oktober 2024 | 31 Oktober 2024 bersamaan Hari Deepavali |
November | 29 November 2024 | – |
Disember | 19 Disember 2024 | 25 Disember 2024 bersamaan Hari Krismas |
Bagaimana Bayaran PERKESO 2024 Disalurkan?
Bayaran PERKESO akan disalurkan mengikut saluran bank yang ditetapkan sahaja. Ketika membuat caruman PERKESO juga merminta majikan untuk menyediakan saluran bank seperti:
Majikan perlu berdaftar dan mempunyai akaun di bank-bank yang telah dilantik. Penerangan lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi bank-bank berikut:
Bil | Bank | Perkhidmatan |
---|---|---|
1 | Maybank Berhad | Maybank2e.net |
2 | CIMB Bank Berhad | BizChannel |
3 | RHB Bank Berhad | RHB Reflex |
4 | Public Bank Berhad | PBeBank.com |
5 | Citibank Berhad | CitiConnect |
6 | Hong Leong Bank Berhad | ConnectFirst/Connect Biz |
7 | AmBank Malaysia Berhad | E-Ambiz |
8 | Alliance Bank Malaysia Berhad | BizSmart |
9 | Affin Bank | affinonline |
10 | HSBC Bank (M) Berhad | HSBCnet |
11 | Bank Islam Malaysia Berhad | e-Banker |
12 | Agro Bank | AGRONet |
13 | UOB Bank | UOB Business Internet Banking |
14 | Bank Muamalat Malaysia Berhad | Corporate Internet Banking (i-Biz) |
15 | Standard Chartered Malaysia | Straight2Bank |
16 | OCBC Bank | OCBC Velocity |
17 | Bank Rakyat |
Inisiatif PERKESO Tahun 2024 Kepada Para Pencarum
9 Inisiatif PERKESO Belanjawan 2024
Sembilan (9) inisiatif untuk dilaksanakan oleh PERKESO di bawah Belanjawan 2024 adalah seperti berikut:
- Siling Gaji Baharu untuk Akta 4 dan Akta 800 (Inisiatif Baharu).
- Memudahkan Integrasi Kumpulan Sasaran ke dalam Sektor Awam (Inisiatif Baharu).
- Skim Sokongan Pekerjaan di Sektor Swasta bagi Bekas Banduan, Orang Kelainan Upaya (OKU), Warga Emas dan Pesara (Inisiatif Baharu).
- Geran Padanan Caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) (Inisiatif Lanjutan).
- Program Latihan Bina Kerjaya PERKESO (Inisiatif Lanjutan).
- Pembiayaan Caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) (Inisiatif Lanjutan).
- Pusat Penempatan dan Penerokaan Kerjaya Kebangsaan (Inisiatif Tambahan).
- Geran Eksplorasi Kerjaya (Inisiatif Tambahan).
- Program Saringan Kesihatan PERKESO (Inisiatif Tambahan).
Soalan FAQs Berkenaan Bayaran PERKESO 2024
Apakah itu PERKESO?
PERKESO adalah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang memainkan peranan penting menjaga kebajikan pekerja.
Apakah fungsi PERKESO?
Menjaga kebajikan pekerja dan memastikan pekerja mendapat perlindungan dan juga mewujudkan kesedaran dan keselamatan ketika beekrja.
Berapa jumlah bayaran sebulan PERKESO?
Bayaran adalah bergantung kepada jumlah gaji bulanan yang mana bayaran setahunan diantaras RM100 – RM500
Sekiranya berlaku kemalangan, adakah boleh membuat tuntutan PERKESO?
Ya, boleh membuat tuntutan dengan membuat tuntutan borang yang boleh dirujuk di mana-mana cawangan PERKESO.
Ingin tahu boleh ke saya claim duit Perkeso setelah saya tamat Berkerja
Asslamualaikum I
Tuan saya perkerja swasta mulai berkhimad pada tahun 1980 – 2023
Saya telah di tamatkan oleh majikan saya pada Tarikh akhir berkerjja 31 hb January 2024
Ada kah caruman duit Perkeso saya boleh claim balik
Sekian Terima kaseh
Ahmad Badar Bin Mat Junit