Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Pegawai Mystep JPPKK Januari 2024

Permohonan Pengambilan Pegawai Mystep JPPKK Januari 2024

Peluang mohon jawatan untuk Pengambilan Pegawai Mystep JPPKK Januari 2024 telah dibuka. Terdapat makluman baharu dan penting untuk para calon yang berminat dan berusaha membina kerjaya di bawah sektor kerajaan Malaysia.

Di samping itu, para calon boleh meneliti dan menyemak terlebih dahulu iklan lengkap jawatan kosong yang dilampirkan dibawah.

Pengambilan Pegawai Mystep JPPKK Januari 2024 ini merupakan satu peluang yang harus diketahui segera. Perkongsian kali ini terdapat maklumat tawaran kerja, syarat-syarat dan cara mohon.

Permohonan Pengambilan Pegawai Mystep JPPKK Januari 2024

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) adalah merupakan sebuah jabatan khas yang menyelia dan menguruskan bahagian pendidikan Politeknik serta Kolej Komuniti. Jabatan ini juga bertanggungjawab dalam hal ehwal berkait pelajar dan pengurusan institusi pengajian.

Pengambilan Pegawai Mystep JPPKK Januari 2024

Dengan visi dan misi untuk pendidikan negara, pihak Jabatan membuka jawatan untuk permohonan umum bagi semua yang berminat. JPPKK membuka banyak peluang pekerjaan bagi bulan Januari untuk dimohon.

Maklumat Pengambilan Pegawai Mystep JPPKK Januari 2024

Terdapat beberapa pengambilan Pegawai Mystep JPPKK Januari 2024 dibuka dan boleh dibuat permohonan dengan kadar segera berdasarkan maklumat lengkap yang Kami sediakan. Dibawah adalah merupakan senarai jawatan kosong dan penerangan skop kerja;

Jawatan KosongPenerangan Skop Kerja
PENSYARAH MYSTEP KOLEJ KOMUNITI SANDAKAN (SABAH)Merancang dan melaksanakan tanggungjawab akademik:
i. Mengisi dan mengemaskini jadual P & P
ii. Menyediakan bahan pengajaran serta kelengkapan alat bantuan mengajar
iii. Melaksanakan kuliah
PERSONEL MYSTEP GRED N19 (PERAK)1.Menjalankan tugas sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan di kaunter Kolej Komuniti Gerik Cawangan Lenggong.
2. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi seperti menyediakan surat, membantu mengemaskini rekod dan fail.
PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N19 (MySTEP) (KUALA LUMPUR)Menjalankan tugas- tugas pentadbiran dan setiausaha.
PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N19 (MySTEP) (JELI,KELANTAN)Khusus buat warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang akademik
PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N19 (MySTEP) (KULIM,KEDAH)
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berkaitan khidmat telefon, khidmat penerangan dan khidmat perhubungan pelanggan
PERSONEL MYSTEP (WAKAF BHARU,KELANTAN)1. Lelaki
2. Berkelulusan minima Sijil Pendidikan Malaysia (SPM), mempunyai kemahiran komputer.
3. Bersetuju untuk menjalankan tugasan di Kolej Komuniti Pasir Mas dan Kolej Komuniti Pasir Mas Cawangan Rantau Panjang sekiranya perlu (pergerakan)
PERSONEL MySTEP GRED 19 PTSN (PULAU PINANG)Khusus buat warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang akademik
MySTEP (TERENGGANU)
1. Membantu urusan pentadbiran dan operasi kolej
2. Membantu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
3. Membantu pihak pentadbiran dalam hal-hal pengkeranian.
Info ini diperolehi daripada laman Myfuturejob

Bilakah Tempoh Permohonan Akan Ditutup?

Untuk makluman kepada semua, jawatan pengambilan Pegawai Mystep JPPKK Januari 2024 dibuka buat masa sekarang dan akan ditutup berbeza-beza mengikut jawatan. Untuk tarikh tutup adalah antara 10 Januari – 2 Februari 2024.

Panduan Mohon Kerja JPPKK Januari 2024

Rujuk Iklan Rasmi MyFuturejob JPPKK

https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs/description?jobId=5b8271b20c034527856cddaa80f14ded&what=Jabatan%20Pendidikan%20Politeknik%20dan%20Kolej%20Komunit

Bagi membuat semakan mengenai iklan jawatan pengambilan Pegawai Mystep JPPKK Januari 2024, anda boleh merujuk pautan dibawah yang disertakan sekali syarat-syarat dan info lengkap:

Cara Mohon Jawatan Kosong yang Dibuka JPPKK

Bagi membuat permohonan jawatan kosong JPPKK seluruh Malaysia bulan Januari 2024 ini para calon boleh melalui secara atas talian sahaja. Pastikan para calon meneliti terlebih dahulu iklan jawatan rasmi diatas.

Sebagai pemudah cara, berikut adalah cara mohon kerja di JPPKK:

  • Sila layari laman permohonan kerja Myfuturejob.
  • Calon boleh melihat paparan senarai kerja yang dibuka oleh JPPKK.
  • Pastikan calon meneliti terlebih dahulu segala maklumat yang tertera.
  • Sekiranya calon telah memahami dan berpuas hati berkenaan syarat-syarat, gaji dan lain-lain, calon boleh mengemukakan permohonan segera.
  • Untuk membuat permohonan, para calon boleh klik sahaja ” Apply Now”.
  • Kemudian, calon perlu membuat log masuk dan lengkapkan permohonan.

Selepas anda mengikuti syarat-syarat dan arahan dalam proses permohonan, anda boleh sahkan permohonan anda. Pihak JPPKK akan membuat perincian dan memberi maklum balas sekiranya anda terpilih.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati