Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Petisyen Isu Majlis Khatam Quran Sekolah Dibatalkan di Sarawak

Petisyen dan Isu Majlis Khatam Quran Sekolah Dibatalkan di Sarawak

Tular di media sosial mengenai Majlis Khatam Quran Sekolah dibatalkan, menjadi bualan hangat para netizen Malaysia. Merujuk pada tarikh 21 Disember 2023, sebuah surat bertajuk “Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Kebangsaan 2023/2024” dari Pejabat Tadbir Urus di Kuching, Sarawak ditujukan kepada Guru Besar Sekolah di Kuching.

Surat tersebut nyata mengatakan ketidakselesaan dan ketidaksetujuan terhadap program yang bakal diadakan berkaitan dengan Majlis Al-Quran untuk murid Tahun 6 sekolah tersebut yang dijadualkan pada 3 Februari 2024. Di dalam Surat tersebut menyatakan bahawa acara tersebut tidak dibenarkan. Perkara ini menjadikan bualan hangat kerana tindakan yang tidak patut.

Majlis Khatam Quran Sekolah Dibatalkan Di SK St Thomas, Kuching

Surat Majlis Khatam Quran Sekolah Dibatalkan

Isu Majlis Khatam Quran Sekolah Dibatalkan
Isu Majlis Khatam Quran Sekolah Dibatalkan

Tular sepucuk surat mengenai “Majlis Khatam Al-Quran Peringkat SK ST THOMAS 2023/2024” yang bertarikh 11 Disember 2023 yang menyatakan bahawa kekecewaan dari pihak sekolah tersebut kerana tidak menyangka program seperti itu dirancang dan diadakan di dan ia melanggar misi sekolah terbabit.

Oleh itu, majlis terbabit tidak dibenarkan. Isu Majlis Khatam Quran dibatalkan mengundang seribu persoalan mengapa dan bagaimana ia boleh terjadi dalam sebuah negara yang mempunyai toleransi pelbagai kaum dan agama.

Mengenai Sekolah Kebangsaan ST THOMAS

SK St Thomas (M) ialah Sekolah Kebangsaan St. Thomas (M) adalah sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pej.Pel.Gab.Kch,Diplomatik,Off Jln Bako.

Menurut rekod tahun 2009, Sekolah Kebangsaan St. Thomas (M) memiliki 554 pelajar lelaki dan 0 pelajar perempuan dan mempunyai seramai 33 orang guru. Berikut adalah alamat sekolah:

Sekolah Kebangsaan St. Thomas (M)
D/A Pej.Pel.Gab.Kch,Diplomatik,Off Jln Bako
93050, Kuching
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6082243457
Fax = 6082243457

Petisyen Tuntut Pihak Sekolah Beri Penjelasan

image 32
petisyen untuk Isu Majlis Khatam Quran Sekolah Dibatalkan

Pelbagai desakan daripada pelbagai pihak dibuat untuk mendapat maklum balas daripada pihak sekolah tersebut. Perkara ini menimbulkan isu besar kerana seolah-olah menolak kebebasan beragama di negara Malaysia.

Oleh itu, Mohd Nazib Hj Mohd Zain yang bersama-sama umat islam di Sarawak terutama ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah menengah St Thomas ingin penjelasan yang lebih jelas mengapa program khatam Al Quran di sekolah tersebut dibatalkan.

Di dalam collum petisyen tersebut mengatakan, Adakah Pembatalan dibuat secara peribadi ataupun telah dibincangkan secara rasmi bersama tenaga2 pengajar di sekolah tersebut? Beliau juga mengatakan bahawa alasan ‘Uncomfortable and beyond our expectations’ ada lah penjelasan tidak diversiti terhadap amalan kepelbagaian kaum dan agama sdinegeri Sarawak. 

Orang ramai boleh menyalurkan sokongan masing-masing melalui petisyen baru sahaja dibuka melalui pautan dibawah:

Respon Mengenai Majlis Khatam Quran Sekolah Dibatalkan

Respon Dari Majlis Ulamak Isma (MUIS)

image 33
Petisyen Isu Majlis Khatam Quran Sekolah Dibatalkan di Sarawak 5

Perkara ini telah menimbulkan pelbagai isu dan pihak MUIS hadir untuk memberi respon terhadap isu kini.

Berikut adalah beberapa respon mengenai isu tular sekolah di Sarawak batalkan Majlis Khata Quran peringkat sekolah:

  1. Pihak MUIS mengatakan bahawa majlis khatam  Al-Quran secara mudahnya difahami sebagai satu majlis membaca Al-Quran yang khususnya surah-surah di juzuk terakhir di dalam Al-Quran, serta diiringi dengan bacaan doa sebagai tanda kesyukuran kerana berjaya menghabiskan bacaan 30 juzuk al Quran.
  2. Ia hanya melibatkan orang Islam sahaja dan seandainya ia melibatkan murid-murid sekolah, aktiviti jenis ini adalah selaras dan mengikut piawaian KPM.
  3. Kepada orang bukan Islam, tidak perlu bimbang dan prejudis dengan program Majlis Khatam Quran kerana ia tidak mengandungi apa-apa unsur permusuhan kaum mahupun provokasi, bahkan di dalam program itu, peserta akan membaca satu surah yang bernama surah ” Al-Kaafiruun ”.

    Maksud dari surah orang kafir yang mengandungi pernyataan tegas berkenaan menjaga hal ehwal agama masing-masing tanpa perlu campur tangan urusan agama orang lain. Boleh rujuk ayat ke 6 surah 109 di dalam Al-Quran ( Surah Al-Kafirun).
  4. Pihak MUIS juga tegaskan bahawa orang-orang Islam tidak memusuhi orang bukan Islam tanpa alasan yang kukuh ini kerana arahan dari al Quran sendiri. Maka apakah alasan untuk menghalang majlis khatam Al-Quran daripada diadakan? Menurut pihak MUIS, ia menafikan toleransi kaum di negara ini.

Pandangan daripada pihak MUIS ini adalah jelas dan disediakan oleh Pengerusi Majlis Ulama Isma, Dato’ Haji Zamri bin Hashim.

KPM Perlu Siasat Kenapa Sekolah Tidak Memberi Kebenaran

Pihak KPM perlu bertindak pantas menyelesaikan isu Majlis Khatam Quran Sekolah Dibatalkan. Perkara ini boleh mewujudkan pelbagai persepsi yang melibatkan kaum dan agama. Sekolah adalah tempat belajar dan bukannya tempat menyemai benih kebencian.

Diharapkan perkara ini mendapat pandangan serius daripada KPM.

14 KOMEN

    • Name je sekolah mubaligh, tapi sebenarnya sekolah jenis kebangsaan gak. Sekolah mubaligh sebenarnya peninggalan masa penjajahan british, waktu diorg tengah rancak nak menyebarkan agama kristian melalui sekolah2. Aku dulu sekolah mubaligh gak, dari sekolah rendah sampai menengah. Kat belakang sekolah ada gereja lama lagi, tapi corak pendidikan dan aktiviti macam sekolah kebangsaan dan menengah yg lain je, tak da yg luar biasa atau ekstrim.

    • Sekolah mubaligh ada student orang Islam, bukan sekolah khas utk non-Muslim sahaja. Sekolah agama (Islam) memang takkan buat majlis khatam Bible since takda orang Kristian belajar kat sana. Kalau ada pun, sejak bila agama Kristian buat majlis khatam.

    • Itu lah punca masalah nya, Bila sekolah itu guna atau di dirikan guna nama dari penjajah.idiologi itu sudah jelas menampakkan kukunya sekarang.

  1. Sudah terang lg bersuluh sekolah tersebut adalah sekolah mission, kenapa majlis begitu juga hendak DIADAKAN ? Tidak sensuai,BUATLAH Di sekolah lain sekolah agama Islam kah...? Sudah terang lg bersuluh sekolah tersebut adalah sekolah mission, kenapa majlis begitu juga hendak DIADAKAN ? Tidak sensuai,BUATLAH Di sekolah lain sekolah agama Islam kah...?

    KES LABUAN SUDAH SEKESAI KERR ?

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati