Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

3 Cara Semak Baki Pinjaman LPPSA Dengan Mudah

3 Cara Semak Baki Pinjaman LPPSA Dengan Mudah

Bagaimana cara untuk semak baki pinjaman LPPSA? Penjawat awam amat sinonim dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) yang merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab membantu dan memberi inisiatif kepada penjawat awam dalam usaha memiliki sebuah rumah.

Ramai yang mencari-cari cara semak baki pinjaman LPPSA yang merupakan suatu yang penting bagi mereka yang mempunyai urusan bersama LPPSA. Dengan mengetahui kaedah semak baki pinjaman LPPSA akan dapat membantu pengguna merancang dan menyemak baki pembayaran yang tinggal. Ikuti perkongsian menarik mengenak semak baki pinjaman LPPSA.

LPPSA : Kemudahan Untuk Penjawat Awam Milik Rumah

Apakah Itu LPPSA?

Semak Baki Pinjaman LPPSA

lembaga pembiayaan perumahan sektor awam iaitu LPPSA adalah merupakan badan berkanun yang ditugaskan untuk membuat pengurusan kemudahan serta pembiayaan perumahan sektor awam. Lppsa dikenali sebagai bahagian pinjaman perumahan sebelum ini pada 1 Januari 2016 di bawah kementerian kewangan Malaysia.

Fungsi utama lppsa adalah seperti berikut:

  • bertanggungjawab dalam menguruskan Kumpulan wang dan mentadbir kemudahan pembiayaan perumahan bagi sektor awam mengikut peruntukan lembaga pembiayaan perumahan sektor awam 2015 di bawah akta 767.
  • berfungsi dalam Malaysia hati menteri kewangan mengenai perkara yang berhubung dengan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam
  • LP juga memainkan peranan dalam apa-apa perkara lain sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan di bawah akta 767.

Jenis Pembiayaan yang Ditawarkan LPPSA?

Dibawah lppsa ini terdapat banyak jenis pembiayaan yang disediakan untuk penjawat awam. Fungsi pembiayaan yang disediakan oleh lppsa ini adalah bagi memberi kemudahan oleh kakitangan awam ini untuk membuat pinjaman dalam membuat apa-apa urusn pembelian seperti aset tanah dan rumah.

Berikut adalah merupakan 7 jenis pinjaman yang tersedia oleh lppsa seperti di bawah:

JenisPembiayaan
Jenis 1Untuk membeli rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap dibina
Jenis 2Bertujuan membina rumah di atas tanah sendiri
Jenis 3Bertujuan untuk membeli rumah atau petak rumah kediaman yang masih dalam pembinaan
Jenis 4Untuk membeli tanah dengan tujuan membina rumah
Jenis 5Bagi menyelesaikan hutang pinjaman perumahan daripada bank / institusi kewangan
Jenis 6Untuk membina rumah di atas tanah pemohon yang dibeli melalui pinjaman kerajaan
Jenis 7Bertujuan membuat kerja ubahsuai rumah atau petak rumah kediaman

Cara Semak Baki Pinjaman LPPSA Secara Online

Semak Baki Pinjaman LPPSA Melalui Whatsapp

Semak Baki Pinjaman LPPSA melalui whatsapp

Terdapat kaedah baru yang diperkenalkan oleh lppsa untuk membuat semak baki pinjaman lppsa dengan mudah. Melalui aplikasi WhatsApp pengguna dapat menghubungi nombor WhatsApp rasmi LPPSA iaitu 03-8880 2121.

Perkhidmatan WhatsApp ini disediakan selama 24 jam dan pengguna boleh membuat pertanyaan maklumat berkaitan pembiayaan LPPSA semakan maklumat akaun pembiayaan dan juga disediakan akses untuk maklumat yang lebih pantas dan mudah.

Semak Baki Pinjaman LPPSA melalui whatsapp 1
Semak Baki Pinjaman LPPSA melalui whatsapp 1

Cara untuk membuat semak baki pinjaman lppsa melalui WhatsApp adalah seperti berikut:

  • Hantar pesanan ke WhatsApp LPPSA yang rasmi iaitu nombor 03-8880 2121.
  • pengguna akan dilayan oleh chatbot yang menyediakan pilihan menu pada anda.
  • tekan 1 untuk sebarang pertanyaan berkaitan pembiayaan lppsa dan tekan 2 untuk semakan akaun. Pengguna tekan 2.
  • Taip LPPSA<tanda koma>Nama Penuh<tanda koma>Nombor Kad Pengenalan<tanda koma>Nombor Telefon<tanda koma>Tarikh Pengesahan Perkhidmatan (Hari/Bulan/Tahun)
Contoh: LPPSA, Hairul Bin Omar, 
991320110066, 0121234567, 
31/08/2006

Semak Baki Pinjaman LPPSA Melalui Website

Semak Baki Pinjaman LPPSA melalui website

Bagi membuat semakan baki pinjaman di LPPSA melalui website pula, anda boleh melayari pautan rasmi laman web LPPSA. Bagi pengguna pertama kali, anda perlu daftar akaun terlebih dahulu.

Ikuti langkah mudah untuk daftar akaun baru bagi memasuki laman LPPSA dan cara semak baki pinjaman LPPSA:

  • Sila layari laman LPPSA.
  • Di bahagian menu, pilih “LPPSA MyFinancing”.
  • Kemudian, klik “Pelanggan Baru”.
  • Klik “Daftar Sekarang”.
  • Sila lengkapkan borang dengan butiran lengkap maklumat anda.
  • Sekiranya audah selesai, anda boleh terus log masuk akaun anda.
  • Anda kini boleh membuat akses semua kemudahan yang tersedia dan semak baki pinjaman LPPSA anda.

Semak Baki Pinjaman LPPSA Melalui Aplikasi MyFinancing

Semak Baki Pinjaman LPPSA melalui aplikasi myfinance

Bagi mereka yang ingin membuat semakan secara pantas melalui aplikasi juga diperbolehkan. Para pemgguna boleh membuat semakan melalui secara atas talian dengan peranti pemgguna. Muat turun aplikasi tersebut pada pautan dibawah:

Selepas anda, sudah selesai muat turun aplikasi. Anda hanya perlu log masuk aplikasi tersebut dan sekiranya anda tidak mempunyai apa-apa akaun melibatkan LPPSA Anda perlu membuat pendaftaran akaun baharu terlebih dahulu.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati