Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

5 Kriteria Introvert yang Sering Disalah Erti

Kriteria introvert

Kita sering mendengar istilah introvert, extrovert dan ambivert iaitu yang merujuk kepada personaliti seseorang. Namun, ramai juga yang tidak tahu maksud sebenar bagi tiga jenis personaliti ini.

Introvert bermaksud orang yang bersifat suka memendam rasa dan menumpukan perhatian pada dirinya sendiri dan tidak gemar bergaul dalam masyarakat atau dunia luar.

Manakala extrovert pula, lebih menyukai lingkungan yang interaktif. Bagi mereka, aktiviti sosial, berinteraksi dengan orang lain, berkongsi informasi dengan orang ramai dan membuat kawan baharu adalah sesuatu yang menyeronokkan.

Selain itu, ambivert adalah ciri keperibadian kombinasi antara introvert dan juga extrovert. Namun seiring bertambahnya usia dan semakin luas pengalamannya, seorang ambivert mampu mengendalikan potensi dan kelebihan yang ada pada diri mereka.

Pengenalan Tentang Introvert

Apakah Maksud Introvert?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, introvert didefinisikan sebagai orang yang bersifat suka memendam rasa dan menumpukan perhatian pada dirinya sendiri dan tidak suka bergaul dalam masyarakat atau dunia luar. hal ini kerana, sifat ini merupakan sikap atau karakter seseorang yang memiliki orientasi subjektif secara mental dalam menjalani kehidupannya.

Keperibadian ini cenderung untuk menyukai situasi yang tenang, suka menyendiri, biasa terkesan dengan apa yang mereka lakukan. Mereka memiliki kecenderungan untuk menjauhi interaksi kelompok baru.

Oleh itu, mereka juga memiliki kemampuan yang sangat baik dalam melakukan analisis hal-hal yang rumit. Mereka lebih mudah memberi tumpuan dan menemukan punca masalah

Sifat Introvert Menurut Islam

Menurut pandangan Islam, seseorang yang cenderung memiliki sifat yang lebih tertutup dan memilih untuk menghabiskan waktu bersendirian daripada bersosial tidak dianggap sebagai kekurangan. Sebaliknya, sifat ini dipandang sebagai hal yang dapat menjadi kekuatan dalam mengenali diri sendiri dan memperdalam hubungan dengan Allah SWT.

Namun sebagai manusia, mereka juga perlu menjaga keseimbangan dalam kehidupannya. Hal ini kerana, Islam menganjurkan umatnya untuk berinteraksi sesama manusia dan menjaga hubungan baik dengan orang lain.

Oleh itu, mereka juga perlu berusaha untuk terbuka dan terlibat dalam kegiatan sosial tanpa meninggalkan sifat asalnya. Seorang Muslim hendaklah membagi waktunya iaitu waktu untuk dirinya sendiri, waktu untuk orang lain, dan waktu untuk beribadah kepada Allah SWT.

Ciri-Ciri Introvert yang Perlu Anda Tahu

Berikut merupakan ciri-ciri yang boleh berlaku pada diri sendiri atau pada orang disekeliling anda.

Introvert Suka menyendiri

1. Suka Menyendiri

Masa yang terbaik adalah masa untuk menikmati hobi dan minat secara bersendirian. Aktiviti seperti membaca buku, berjalan-jalan atau menonton program kegemaran di televisyen dapat membantu berasa lebih tenang dan bertenaga. Ramai golongan ini suka menghabiskan masa dengan rakan-rakan atau orang yang rapat dengan mereka.

2. Mempunyai Sekumpulan Kecil Kawan Rapat

Walaupun kebiasaannya mereka tidak suka untuk bersosial, namun mereka gemar mempunyai sekumpulan kecil kawan atau rakan yang benar-benar rapat dengan mereka. Hal ini kerana, mereka lebih suka berada didalam perhubungan yang panjang dan lebih mendalam.

3. Kesedaran Diri yang Lebih Tinggi

Mereka lebih cenderung untuk memikirkan sesuatu dalam fikiran mereka sendiri. Kesedaran diri dan pemahaman diri adalah penting bagi golongan ini. Oleh sebab itu, mereka sering menumpukan lebih banyak masa untuk mempelajari lebih lanjut tentang diri mereka sendiri.

4. Mempelajari Sesuatu Melalui Pemerhatian

Mereka lebih suka melihat orang lain melakukan sesuatu secara berulang kali sehingga mereka merasakan bahawa mereka boleh melakukan tindakan itu sendiri. Seterusnya, apabila mereka belajar daripada pengalaman peribadi, mereka lebih suka berlatih di tempat privasi di mana mereka boleh membina kemahiran dan kebolehan mereka tanpa perlu melakukannya di hadapan orang lain.

5. Orang Lain Sukar untuk Mengenali Diri Anda

Mereka sering dianggap sebagai seorang yang pendiam, lembut dan pemalu. Walaupun sesetengah daripada itu sememangnya pemalu, namun kita tidak sepatutnya menganggap bahawa semua mereka adalah pemalu.

Kebiasaannya, individu yang mempunyai personaliti seperti ini lebih suka memilih kata-kata mereka dengan berhati-hati dan tidak membuang masa atau tenaga untuk berbual tentang perkara yang tidak penting bagi mereka.

Keperibadian Introvert

Kelebihan dan Kekurangan Introvert

KELEBIHANKEKURANGAN
Lebih Menjaga Tutur KataTidak Percaya Pada Diri
Memiliki Fokus yang TinggiSukar Mengawal Emosi
Memiliki Pengetahuan yang LuasMemberi Pandangan Buruk Terhadap Orang Lain

Pekerjaan yang Sesuai dengan Introvert

Terdapat pelbagai pekerjaan yang bukan sahaja bergaji tinggi dan membolehkan anda bekerja dari rumah. Malah memberi kebebasan untuk tidak sentiasa perlu berhubungan langsung dengan orang ramai.

Hal ini kerana, seseorang yang mempunyai personaliti ini mudah berkembang kerana mereka mempunyai waktu untuk membaiki dan mempertimbangkan pemikiran mereka sebelum berkomunikasi atau memberi sebarang keputusan.

Antara pekerjaan yang sesuai adalah:

  1. Penulis Kandungan atau Content Writer
  2. Pereka Grafik
  3. Penjual E-Dagang
  4. Mekanik
  5. Pekerja Kemasukan Data

Oleh itu, seseorang yang mempunyai personaliti ini tidak harus dipandang rendah oleh kerana sifatnya yang asing daripada orang yang mempunyai sifat yang bertentangan dengannya.

Soalan FAQs Tentang Introvert

Bagaimana Jika Seseorang Introvert Marah?

Mereka akan menjadi lebih tertutup dan merahsiakan perasaan mereka. Mereka mungkin menarik diri dari berinteraksi sosial atau lebih sedikit berkomunikasi dengan orang lain.

Apakah Zodiak yang Paling Introvert?

Scorpio. Zodiak pertama yang paling introvert adalah scorpio. Pemilik zodiak ini penuh rahsia dan lebih tertutup dengan hidupnya.

Adakah Introvert Mudah Tersinggung?

Mereka akan bersikap menarik diri dengan cara menyendiri, mudah kecewa,mudah untuk merasa tersinggung serta menyalahkan diri sendiri.

Adakah Introvert Seorang yang Setia?

Mereka sangat setia dan peduli terhadap pasangan mereka. Mereka juga akan menyokong pasangan mereka dalam semua perjuangan demi kebahagiaan.

Mengapakah Introvert Sukar untuk Berkomunikasi?

Mereka lebih berhati-hati dalam merespon atau menyikapi sesuatu, sehingga memerlukan masa untuk terlibat dalam hal berbentuk komunikasi.

1 komen

  1. yep, to be honest im very introvert. smasa sy baca about ”introvert” I laughed out loud HSHS. sebab apa yg dibrithu mengenai introvert tu mmg betul sme dgn personaliti saya but i always tertanya tanya mcm mna nk jdi ambivert atau extrovert and about job, i don’t know why but now im a graphic designer.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati