Sistem pengurusan pekerja asing bersepadu atau dikenali ePPAX adalah salah satu platform yang diwujudkan bertujuan untuk memberi kemudahan dalam proses permohonan penggajian pekerja asing yang dilakukan oleh majikan. Platform ini merangkumi pelbagai jenis mekanisme pengambilan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa.
Seiring dengan kemajuan teknologi, ia memainkan peranan penting bagi memudahkan proses pengambilan pekerja warga asing melalui atas talian. Diperkenalkan sejak tahun 2013 lagi ianya telah digunakan secara menyeluruh. Usaha kerajaan adalah untuk mewujudkan sistem digital dalam membantu pengurusan harian rakyat Malaysia.
Maklumat Berkenaan ePPAX Untuk Majikan
Isi Kandungan
Apakah Itu ePPAX?
Platform yang dibekalkan oleh kerajaan malaysia bagi melancarkan dan mempercepatkan urusan proses pengendalian permohonan Jabatan tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM). Kegunaan ePPAX ini adalah untuk mengawal serta mengurangkan risiko penyalahgunaan kuasa pada setiap peringkat yang terlibat dalam memberi sokongan serta kelulusan penggajian pekerja asing.
Tujuan paltform ini juga dibangunkan untuk mengelakkan pemalsuan dokumen permohonan serta penipuan berkenaan data atau maklumat majikan yang sedang dalam proses melibatkan penggajian pekerja dan pelbagai pihak.
Penggunaan ePPAX
Sebagai salah satu inisiatif daripada kerajaan telah membangunkan ePPAX untuk mengelakkan pemalsuan dokumen para pekerja Dan juga penipuan berkenaan data dan maklumat majikan. Sehubungan itu, sistem ini juga telah menjalinkan kerjasama dengan agensi dan Jabatan kerajaan iaitu melalui integrasi dengan sistem Imigresen Malaysia (MyMMS) yang di bawah seliaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Melalui kerjasama ini sistem dapat mengesan majikan yang telah disenaraikan hitam dan akan dihalang daripada meneruskan permohonan pada sistem ePPAX ini. Turut bekerjasama juga adalah bersama dengan lembaga pembangunan industri pembinaan Malaysia yang mana menerusi sistem Centralize Information Management System (CIMS). Sistem akan dapat mengenalpasti bilangan kuota kelayakan untuk sektor pembinaan dan disyorkan oleh pihak CIDB berdasarkan ketetapan yang sebenar.
Kegunaan ePPAX adalah terdiri dari pengguna sasaran seperti majikan swasta, Pegawai Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Agensi Kawal Selia (AKS) untuk sektor penggajian pekerja asing. Oleh itu, sistem ini sentiasa ditambahbaik dari semasa ke semasa untuk memastikan urusan berjalan lancar dan sah di sisi undang-undang.
ePPAX : Daftar Login, Syarat Kelayakan dan Proses Permohonan Pekerja Asing
Cara Login dan Daftar ePPAX
Melalui pautan rasmi Eppax, anda akan dipaparkan halaman hadapan yang mana pengguna boleh cuba log masuk dengan menggunakan ID pengguna serta kata laluan. Bagi pengguna baharu pula anda boleh klik “Daftar Baharu” pada paparan utama.
Cara Daftar Akaun Baharu
Berikut adalah cara untuk mendapatkan ID pengguna kepada pengguna majikan baharu:
- Log masuk ke ePPAX
- Klik pada Tab ‘Pemohon’.
- Klik pada pautan Daftar Baharu
- Pilih ‘Kategori Pemohon’ – MAJIKAN
- Lengkapkan ‘Maklumat Asas Pemohon’. Medan bertanda * adalah wajib diisi
- Klik butang Hantar.
- Skrin ‘Permohonan Sedang diproses’ akan dipaparkan.
- Emel pengaktifan akaun akan dihantar ke alamat emel anda yang didaftarkan. Majikan perlu mengaktifkan akaun sebelum log masuk ke dalam sistem.
Proses dan Syarat Permohonan Pekerja Asing Melalui Sistem ePPAX
Bagi pra syarat telah ditetapkan oleh kerajaan bagi majikan yang mempunyai hasrat untuk memohona atau kini menggajikan pekerja asing untuk mengikuti pra syarat seperti dibawah:
- Iklankan kekosongan jawatan dalam tempoh selama 30 hari sebelum permohoan boleh dibuat.
- Perlu membuat bayaran gaji pekerja asing hanya melalui bank
- Perlu menyediakan penginapan kepada semua pekerja asing yang majikan beri gaji
- Pastikan semua pekerja asing mempunyai caruman PERKESO
Untuk memudahkan urusan dan memberi kemudahan kepada majikan baharu, anda boleh merujuk gambaran infografik cara atau proses permohonan penggajian pekerja asing:
Setelah anda selesai mengikut carta alir dan proses tersebut, anda boleh dianggap sebagai berjaya membuat permohonan. Bagi pengurusan sistem ePPAX adalah perlu untuk anda merujuk kepada pihak berkaitan.
Maklumat Lanjut Mengenai ePPAX
Bagi anda yang ingin menghubungi pihak berkenaan atau mengetahuiu lebih lanjut, anda boleh terus merujuk beberapa maklumat seperti dibawah:
- Manual Pengguna Pendaftaran majikan
- Manual Permohonan pegawai dagang
- Manual Pengguna Permohonan pertukaran majikan
- Manual Pengguna Pembatalan permohonan
- Manual Pengguna Meja bantu
- Manual Pengguna Pelaporan dan dashboard
Hubungi pihak ePPAX:
Unit Kawalselia dan Penggajian Pekerja Asing Bahagian Pekerja Asing Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Aras 5, Blok D3, Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62530 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya No Telefon: 03-8886 5192