Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Biodata Nurnazrah Perempuan Bersuara Garau

Biodata Nurnazrah Perempuan Bersuara Garau
Biodata Nurnazrah Perempuan Bersuara Garau 5

Tular Nurnazrah perempuan bersuara garau? Oleh sebab itu dia sering disalah faham malah ada yang menganggap dia lelaki atau menggunakan aplikasi alih suara semasa muncul bersiaran di aplikasi tiktok.

@harszanjualrumah Replying to @its.meh.qis ♬ Funny video "Carmen Prelude" Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Namun sebenarnya Nurnazrah Abd Samat adalah merupakan seorang wanita sejati yang hanya mempunyai keunikan suara garau seperti sama lelaki sejak berusia 18 tahun. Hairankan? mengapa seorang perempuan boleh mempunyai suara seperti lelaki.

Berkenaan Nurnazrah Abd Samat

Berikutan tular mengenai videonya di TikTok dan aplikasi X, para netizen menyangka bahawa dia adalah lelaki yang berpakaian wanita atau hanya sekadar menggunakan aplikasi tukar suara bagi videonya. Namun ianya adalah bukan, maka sejak dari itu beliau mendapat perhatian ramai bahkan ramai yang terkeliru.

image 65
Biodata Nurnazrah Perempuan Bersuara Garau

Melalui perkongsian kisah beliau kepada wartawan Harian Metro, Beliau adalah merupakan seorang ejen hartanah itu berkata, dia dilahirkan sebagai wanita yang cukup sifat dan mengalami perubahan episod ‘keremajaan’ sama seperti wanita, sebelum ini dia mengakui suaranya juga seperti perempuan sebelum ini.

Biografi Nurnazrah Perempuan Bersuara Garau

Berikut adalah beberapa maklumat mengenai Nurnazrah perempuan bersuara garau yang tular di media sosial:

BiografiMaklumat
NamaNurnazrah Abd Samat
Umur21 Tahun
PekerjaanEjen Hartanah
Ibu BapaZawiah Hashim (58)
Abd Samat Abd Sawab (60)
StatusAnak angkat, telah dijaga oleh ibu bapa sejak berusia dua tahun selepas diambil dari Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Pahang.
Tempat KelahiranKluang

Kisah Perubahan Suara Perempuan Ke Suara Garau Lelaki

Nurnazrah perempuan bersuara garau itu mengatakan perubahan suara seperti lelaki terjadi semasa dia berusia 18 tahun. Dia mendapati setahun sebelum itu suaranya sudah mula ‘pecah’ dan bermula garau sebelum akhirnya terus garau seolah-olah berubah menjadi suara lelaki dewasa.

image 66
Biodata Nurnazrah Perempuan Bersuara Garau 6

Beliau pun tiada jawapan untuk sebab kenapa suara beliau boleh berubah seperti ini dan juga pernah berjumpa dengan doktor. Hasil dari pertemuan itu, ia disahkan tidak mempunyai masalah termasuk kotak suara mahupun tonsil. Nurnazrah tegas bahawa dia menerima sahaja pemberian Allah SWT dengan berlapang dada.

Sebab Kenapa Nurnazrah Perempuan Bersuara Garau

Ada kemungkinan juga bahawa suara beliau pecah serta garau keranan sebab suka menyanyi lagu yang bernada tinggi dan menjerit yang mungkin memberi kesan kepada suara beliau, jelas Nurnazrah. Namun baginya tidak mengapa kerana masih boleh mempunyai suara dan bercakap.

Menurutnya lagi, dia tidak berasa bimbang akan tanggapan atau komen netizen kerana tidak pernah menipu sesiapa, malah apa yang penting ibu bapanya lebih mengenali beliau walaupun sebagai anak angkat.

image 67
Biodata Nurnazrah Perempuan Bersuara Garau 7

Menurutnya juga, beliau dijaga ibu dan ayah sejak berusia dua tahun selepas mereka mengambil saya sebagai anak angkat dari Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Pahang.

Jadi mereka tahu siapakah dirinya dan sebab itu apa sahaja komen yang orang membuatkan beliau berasa tidak kisah. Kebiasaannya bila bercakap, orang akan pandang dua kali sebab terkejut muka saya perempuan dan bertudung, tapi suara beliau macam lelaki.

Nurnazrah berkata, dia bersyukur apabila rakan-rakannya menerimanya walaupun mengakui pada mulanya mereka juga berasa janggal kerana berbual seperti dengan rakan lelaki.

Terpaksa Tunjukkan Kad Pengenalan untuk Membuat Pengesahan

Beliau terpaksa menunjukkan kad pengenalan beliau di TikTok sebagai bukti beliau adalah seorang perempuan. Selain itu, beliau juga berkongsi video zaman kanak-kanak dengan ibu bapa dan apabila di luar orang mudah percaya kerana fizikalnya seperti perempuan.

Dia yang masih bujang mengakui terlalu muda untuk berkeluarga dan mahu membalas jasa kedua ibu bapanya, namun beliau juga berharap dapat bertemu dengan lelaki yang boleh menerimanya termasuk ‘keunikan’ dirinya.

Keadaan Nurnazrah perempuan bersuara garau itu satu kelebihan kerana membantu melindungi diri ketika menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari kerja pada waktu malam daripada diganggu oleh lelaki nakal.

Sementara itu, Ibunya berkata, dia tidak kisah suara anak tunggal kesayangannya itu kedengaran seperti seorang lelaki, walaupun Nurnazrah sebenarnya seorang wanita yang suci. Katanya lagi, dia juga menganggap suara anaknya sebagai satu keunikan, namun mengakui tidak mahu anaknya memanfaatkan keunikan itu untuk perkara buruk yang boleh menjerat dirinya.

1 komen

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati