Panduan Permohonan Bantuan E-Wallet Sebanyak RM300 Setiap Bulan. Makluman terbaru, Kerajaan Negeri sentiasa dan telah berusaha keras dalam memberikan yang terbaik dan bantuan kepada rakyat yang merupakan penduduk Negeri Selangor dari tergolong dalam kumpulan yang memerlukan atau dikenali B40. Telah pelbagai cara bantuan dan inisiatif telah dibuka oleh pihak Kerajaan Selangor sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan demi meringankan beban kewangan rakyat.
Menurut Menteri Besar Selangor,Dato’ Seri Amirudin bin Shari ada menyebutkan mengenai bantuan BINGKAS Kerajaan Negeri Selangor yang telah memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau dikenali BINGKAS untuk membantu menjalankan peranan penting para ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah dalam mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak sewaktu mengharungi pasca pandemik.
Disamping itu, Program ini adalah merupakan daripada usaha meluaskan capaian dan menambah baik Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) supaya manfaatnya dapat dirasai bukan sahaja golongan ibu tetapi juga anggota keseluruhan keluarga dengan menyasarkan sebanyak 30,000 buah keluarga dengan bantuan RM300 untuk setiap bulan bagi pembelian barangan keperluan asas serta peralatan pendidikan. Demikianlah usaha yang dilakukan oleh kerajaan Negeri.
Untuk anda yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai bingkas, anda boleh teruskan membaca panduang mohon bantuan dibawah. Dialukan juga kepada rakyat Malaysia untuk ikuti perkembangan semasa di dalam negara melalui dengan pengumuman penting yang baharu daripada kerajaan atau info terkini, bagi menyediakan santapan berita kepada anda dan mendapat liputan daripada kerajaan, sertai Telegram saluran pantas mengenai pengumuman rasmi kerajaan!
Panduan Permohonan Bantuan E-Wallet Sebanyak RM300 Setiap Bulan
Isi Kandungan
Apakah itu Program Bantuan BINGKAS?
Hasil inisiatif bersama kerajaan negeri, maka keluarlah Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau lebih dikenali sebagai BINGKAS, ia adalah merupakan satu bantuan kewangan yang memfokuskan kepada penduduk Negeri Selangor. Sewaktu dalam Belanjawan yang telah dibentangkan pada 26 November 2021 yang lalu, Kerajaan Negeri Selangor telahpun memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor ataupun BINGKAS untuk tujuan membantu rakyat Malaysia.
Apakah Tujuan Wujudnya Program BINGKAS?
Matlamat utama wujudnya Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor ataupun BINGKAS adalah usaha kerajaan bagi meningkatkan bantuan kewangan untuk penduduk-penduduk berkeluarga yang menetap di Selangor dan menguatkan lagi kecekalan keluarga melalui dapatan dan mengurangkan bebanan yang ditanggung akibat cabaran ekonomi di masa kini, apatahlagi sewaktu pasca pandemik COVID-19, BINGKAS bakal menyampaikan RM300 setiap bulan untuk hampir 30,000 keluarga penduduk di Negeri Selangor tahun ini dan seterusnya.
Semasa pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2023, menurut Dato’ Seri Amirudin bin Shari(Dato’ Menteri Besar Selangor):
“Program BINGKAS akan diteruskan pada tahun 2023 dengan peruntukan tahunan sebanyak RM 108 juta untuk diagihkan kepada 30 ribu keluarga yang layak…”.
Disamping itu, Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor(BINGKAS) adalah inisiatif yang perlu sebaik mungkin digunakan dalam meringankan beban kewangan rakyat dan akan membantu ketua isi rumah dalam membeli barangan keperluan asas termasuklah alatan pendidikan bagi membantu pelajar supaya nilai kualiti hidup rakyat terus membangun.
Baca juga:
- Bantuan BMT RM800 Diberikan Bermula Bulan
- Permohonan RMR Online Bagi Rakyat Malaysia Tahun 2023
- Pengeluaran Khas KWSP, PM Pertimbangkan Apa Yang Terbaik
Kadar Dan Permohonan Bantuan Bingkas
Melalui program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor(BINGKAS) ia telah pun ditetapkan kadar bantuan kewangan yang berbentuk e-Wallet adalah sebanyak RM 300 yang di mana pengguna dapat menggunakannya bagi membeli barang keperluan harian di mana-mana pasaraya yang telah pun berdaftar oleh kerajaan negeri.
Disamping itu, segala urusan perbelanjaan oleh rakyat akan melalui cara ewallet iaitu pembelian tanpa tunai dan jumlah e-Wallet akan dibagi nilai ke tahap RM 300 untuk setiap bulan secara automatik.
Apakah Syarat Kelayakan Bagi Permohonan?
Bagi anda yang berminat membuat permohonan, anda boleh mengetahui syarat-syarat kelayakan tersebut dahulu dan cara permohonan yang ditetapkan daripada kerajaan dalam Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor(BINGKAS). Berikut adalah merupakan syarat-syarat kelayakan permohonan dibawah:
- Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia
- Pemohon juga mestilah mereka yang lahir di negeri Selangor ataupun telah bertempat tinggal di negeri Selangor melebihi 10 tahun
- Pemohon juga merupakan pemilih berdaftar di negeri Selangor
- Pemohon adalah merupakan keluarga yang memiliki tanggungan yang mana tanggungan tersebut berusia tidak melebihi 18 tahun ke atas(tanggungan mesti berusia 18 tahun ke bawah)
- Pendapatan pemohon secara bulanan isi rumah perlulah RM3,000 dibawah sebulan.
Bagaimanakah Panduan Permohonan BINGKAS?
Setelah pemohon menepati syarat-syarat kelayakan yang telah dinyatakan,pemohon perlulah segera membuat permohonan dan permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) tanpa perlu membuat permohonan secara lansung. Anda boleh merujuk di Sistem Pendaftaran BINGKAS.
Untuk panduan pemohonan, yang selanjutnya perlulah untuk para pemohon menyediakan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap seperti berikut:
- Pemohon mestilah sediakan Salinan Kad Pengenalan sama ada (Pemohon dan/atau Pasangan)
- Pemohon juga wajib menyediakan Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
- Selain itu, pemohon juga perlu sediakan salinan Sijil Kematian / Perceraian atau pun Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
- Pemohon juga perlu untuk sediakan Salinan Slip Gaji atau Pencen Terkini (untuk penjawat awam atau pesara)
- Salinan Penyata EA atau KWSP (bagi pekerja swasta) juga perlu bagi pemohon menyediakannya
- Pemohon juga perlu cakna mengenai untuk dapatkan dokumen Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (untuk yang bekerja sendiri atau tidak bekerja)
Informasi lengkah dan maklumat berkaitan permohonan Bingkas anda bolehlah merujuk di Portal Rasmi di Bawah:
Portal Rasmi Program Bantuan Bingkas
Bagi pemohon yang berminat dan layak anda dikehendaki memohon bantuan Bingkas ini melalui atas talian (online). anda memohon tidak kira dimana anda berada dan tak perlu hadir ke pejabat.Pemohon boleh daftar bantuan Bingkas dibawah dengan yekan link yang disediakan:
Panduan Daftar:
- Sila log in akaun anda dengan menggunakan link diatas, jikalau anda adalah merupakan pemohon baharu , anda bolehlah klik di Pemohon baharu di link diatas juga
- Setelah log masuk, anda perlu mengisi segala butiran maklumat yang dikehendaki bagi menentukan anda layak atau tidak.
- Sila jelaskan semua seperti yang diminta. Pastikan anda masukkan butiran dan maklumat diri dengan betul dan jelas.
Diharapkan kepada semua para pemohon untuk membuat permohonan dengan lengkap dan mengikuti spesifikasi yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri dalam membantu menyediakan bantuan kewangan kepada para pemohon. Diharapkan juga pemohon memudahkan urusan untuk kerajaan membantu dan menyokong kehidupan para rakyat yang memerlukan.
Bingkas, Bantuan Meringankan Kos Sara Hidup
Kerajaan Negeri Selangor sememangnya menjalankan tanggungjawab dan memberikan usaha yang sehabis mungkin untuk memastikan matlamat utama kerajaan negeri membantu para rakyat yang memerlukan dapat meneruskan kehidupan dengan meringankan beban yang sebelum ini ditanggung sendiri kemudiannya hadirnya kerajaan menawarkan beberapa inisiatif serta program bagi membantu rakyat Malaysia. Panduan Permohonan Bantuan E-Wallet Sebanyak RM300 Setiap Bulan adalah merupakan usaha kerajaan negeri untuk memastikan rakyat sentiasa terjaga.