Makluman kepada calon Master dan PHD, peluang untuk anda mohon Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) dibuka untuk anda! Biasiswa yang paling istimewa keran ianya dibawah YDPA. Anda boleh menjadi insan bertuah sekiranya terpilih.
Ikuti maklumat lebih lanjut berkenaan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) syarat-syarat, dokumen yang diperlukan dan cara mohon biasiswa.
Tawaran Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) Dibawah JPA
Isi Kandungan
- 1 Tawaran Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) Dibawah JPA
- 1.1 Apakah itu Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA)?
- 1.2 Syarat Kelayakan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA)
- 1.3 Syarat Khusus Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA)
- 1.4 Senarai Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA)
- 1.5 Tempoh Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA)
- 1.6 Permohonan Biasiswa YDPA Tahun 2024
- 2 Panduan Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA)
Apakah itu Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA)?
Biasiswa Yang Dipertuan Agong atau King Scholarship adalah merupakan biasiswa dibawah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) yang diperkenalkan bermula tahun 2006.
Biasiswa ini sangat istimewa kerana ia dibuat pemilihan berdasarkan kriteria tertentu dan dibuka hanya untuk program pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah. Penerima biasiswa ini juga akan diperkenalkan kepada YDPA.
Syarat Kelayakan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA)
Untuk membuat permohonan, calon perlu melepasi syarat umum seperti berikut:
- Warganegara Malaysia yang berumur tidak lebih 35 tahun pada tahun memulakan pengajian.
- Calon-calon yang layak dan berjaya akan disenarai pendek dan melalui proses pemilihan termasuk juga temu duga
- Menurut JPA, penerima BYDPA adalah terikat dalam berkhidmat di Malaysia dalam tempoh tidak kurang dari lima tahun.
- Bagi penerima biasiswa yang telah menamatkan pengajian di luar negara diwajibkan pulang ke tanah air selepas tamat tempoh tajaan seperti yang telah dipersetujui.
Syarat Khusus Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA)
Berikut adalah merupakan syarat-syarat khusus yang perlu pemohon ikut:
- Calon mestilah mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang di peringkat pengajian:
- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon Sarjana
- Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon Ph.D.
- Calon telah mendapat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) bagi pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA berdasarkan bidang pengajian.
- Bagi pengajian di peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau juga tesis.
- Calon juga terlibat dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, rekacipta seni atau teknologi dan sebagainya iaitu:
- Calon Sarjana: Penglibatan calon secara aktif adalah merupakan satu kelebihan
- Calon Ph.D: Penglibatan calon adalah wajib.
- Keutamaan permohonan akan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan kokurukulum/ aktiviti kemasyarakatan.
Senarai Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA)
Terdapat 12 biasiswa yang ditawarkan iaitu enam di peringkat Sarjana dan enam di peringkat PhD untuk calon. Berikut adalah merupakan bidang pengajian yang tersenarai seperti:
- Sains dan Teknologi (STEM)
- Ekonomi
- Undang-Undang
- Kewangan Islam
- Kecerdasan Buatan
Tempoh Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA)
Untuk permohonan adalah dibuka kira-kira sekali setahun. Permohonan adalah dibuka mengikut tahun semasa yang melibatkan calon Sarjana dan calon PHD sahaja. Pengumuman juga akan diumumkan oleh pihak JPA.
Permohonan Biasiswa YDPA Tahun 2024
Bagi permohonan biasiswa YDPA tahun 2024 adalah dibuka bermula 4 Mac 2024 sehingga 5 April 2024. Anda boleh merujuk cara permohonan dengan panduan dibawah.
Panduan Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA)
Untuk permohonan calon boleh mengisi borang secara dalam talian melalui portal BYDPA sehingga dari tarikh buka sehingga tarikh tutup. Calon perlu mengisi borang dengan lengkap berserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan dan diserah tangan atau pos kepada pihak JPA sebelum tarikh tutup.
Senarai Dokumen yang Perlu Disediakan
Pastikan calon menyediakan dokumen yang diperlukan seperti berikut dan dihantar bersama-sama borang permohonan iaitu:
- Kertas cadangan penyelidikan (Research Proposal) dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris untuk pengajian dalam negara atau Bahasa Inggeris bagi pengajian di luar negara.
- Salinan Ijazah Sarjana atau setaraf (skrol dan transkrip yang disahkan oleh pegawai berkelayakan – bagi permohonan peringkat Ph.D).
- Salinan ijazah pertama atau setaraf (skrol dan transkrip yang disahkan oleh pegawai berkelayakan bagi permohonan peringkat Sarjana dan Ph.D).
- Surat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) daripada universiti/institusi pengajian atau slip/pengesahan pendaftaran semester pertama pengajian.
- Salinan sijil, surat atau apa-apa pembuktian/pengesahan penglibatan dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, reka cipta seni atau teknologi dan sebagainya yang disahkan oleh pegawai berkelayakan untuk calon Sarjana (sekiranya ada) tetapi wajib untuk calon Ph.D.
- Salinan sijil, surat atau apa-apa pembuktian/pengesahan penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum/aktiviti kemasyarakatan yang disahkan oleh pegawai berkelayakan.
Cara Buat Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA)
Khusus kepada calon yang berkelayakan, anda boleh membuat permohonan berdasarkan cara-cara seperti berikut:
- Calon boleh layari portal rasmi Perbangunan Modal Insan JPA.
- Kemudian, kemukakan permohonan.
- Calon perlu muat turun borang permohonan selepas selesai membuat permohonan.
- Seterusnya, calon perlu menyediakan dokumen yang diperlukan.
- Calon perlu hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat:
Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pembangunan Modal Insan, Aras 3, Blok C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA (u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)
Hubungi Pihak JPA untuk Lebih Lanjut
Calon boleh merujuk JPA mengenai penawaran melalui portal rasmi mereka di Laman Perbangunan Modal Insan.
Hubungi talian:
03-8885 3371/ 3879/ 3438/ 3569
Dibuka setiap hari bekerja mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang atau emel kepada [email protected].