Bagi anda yang bakal memasuki IPTA, terdapat berita baik kepada anda. Kerajaan sediakan bantuan wang ehsan negeri Kelantan kepada penuntut IPTA. Anda boleh mohon bantuan yang disediakan oleh kerajaan sebagai inisiatif mengurangkan beban kewangan kepad pelajar IPTA.
Program bantuan wang ehsan negeri Kelantan ini boleh dimohon oleh sesiapa sahaja dari kalangan pelajar dan boleh membuat permohonan secara online segera. Terdapat syarat kelayakan yang perlu dipenuhi. Berikut adalah beberapa maklumat berkenaan wang ehsan negeri Kelantan dan cara mohon.
Bantuan Kemasukan IPTA untuk Negeri Kelantan
Isi Kandungan
Apakah Itu Wang Ehsan Negeri Kelantan?
Bantuan Wang Ehsan Negeri Kelantan adalah merupakan sebuah bantuan berbentuk bantuan kewangan dan bantuan sambung belajar atau biasiswa kepada pelajar-pelajar dari Negeri Kelantan yang berjaya menyambung pengajian ke Universiti Awam dan Politeknik dalam Malaysia.
Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Wang Ehsan Kelantan
Bagi pelajar yang ingin membuat permohonan mestilah meneliti syarat-syarat berikut bagi mohon bantuan Wang Ehsan Negeri Kelantan:
- Pemohon adalah merupakan warganegara Malaysia yang dilahirkan di negeri Kelantan iaitu berkod pengenalan dari 03,29 dan 29.
- Pemohon juga telah menerima tawaran daripada mana-mana IPTA berdasarkan surat tawaran tahun semasa.
- Ibubapa pemohon adalah mereka yang dilahirkan dalam negeri Kelantan yang berkod nombor kad pengenalan 03, 28 dan 29.
Khusus bantuan ini adalah terhad kepada mereka yang dilahirkan di bumi Kelantan sahaja. Memandangkan ianya adalah bantuan untuk anak negeri sahaja. Walaubagaimanapun, untuk negeri lain boleh dirujuk pada bahagian unit ehsan negeri yang disediakan.
Panduan Permohoan Bantuan Wang Ehsan Negeri Kelantan
Cara Buat Permohonan Bantuan Sambung Belajar Negeri Kelantan
Terdapat beberapa langkah yang perlu anda buat untuk memohon bantuan kewangan pelajar ini. Berikut adalah merupakan cara mohon bantuan wang ehsan negeri Kelantan:
- Sila Layari laman Ehsan Negeri Kelantan.
- Kemudian klik pada pautan permohonan.
- Pemohon boleh memulakan isian permohonan dalam talian.
- Pastikan pemohon memberi maklumat butiran diri yang lengkap dan tepat.
- Selepas selesai membuat isian maklumat, Pemohon perlu cetak permohonan.
- Sahkan borang permohonan serta dokumen yang berkaitan.(Rujuk bahagian dokumen)
- Pemohon perlu menyerahkan borang permohonan tersebut ke alamat:
Unit Wang Ehsan, Tingkat 12, Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan
atau
Pejabat PPNK baharu di Tunjong (Bangunan Wisma Harris bersebelahan Stesen Minyak Petronas, Tunjong)
Dokumen-Dokuemen yang Perlu Dilampirkan Semasa Permohonan
Sebelum menghantar permohonan, pemohon perlu melengkapkan lampiran dokumen berkaitan yang diminta oleh pihak berwajib. Pemohon hendaklah melampirkan dokumen berkaitan seperti dibawah:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Salinan Surat Tawaran IPTA. (Tahun semasa pemohon masuk IPTA)
- Salinan Kad Pengenalan Ibubapa.
- Salinan Sijil Kelahiran Pemohon.
Dengan melengkapkan pelbagai bahan dokume dan lampiran yang diminta, pemohon perlulah mengemukakan permohona di jabatan dan Pejabat seperti alamat diatas. Diharapkan pemohon berjaya mendapat bantuan pendidikan dan semoga terus maju jaya dalam pelajaran.
Soalan FAQs Berkenaan Bantuan Wang Ehsan Negeri Kelantan
Siapakah yang layak untuk memohon bantuan bagi kategori ini?
Syarat-syarat untuk memohon bantuan sumbangan Wang Ehsan Kemasukan Ke IPTA adalah seperti berikut:
i. Semua warganegana Malaysia yang dilahirkan di negeri Kelantan layak memohon. (Kod Kad Pengenalan: 03, 28. 29).
ii. Telah menerima tawaran dari mana-mana IPTA. (Surat tawaran tahun semasa, iaitu kemasukkan BAHARU sesi 2020/2021).
iii. Pelajar/Ibubapa adalah dilahirkan di negeri Kelantan. (Kod Kad
Pengenalan pelajar/ibubapa: 03, 28. 29).
Bagaimana untuk memohon bantuan bagi kategori ini?
Cara memohon bantuan sumbangan Wang Ehsan Kemasukan Ke IPTA adalah seperti berikut:-
i. Layari laman web rasmi ehsan Kelantan.
ii. Isi permohonan dalam talian.
iii. Cetak permohonan.
iv. Sahkan borang permohonan serta dokumen berkaitan.
v. Serahkan borang permohonan serta dokumen berkaitan ke
1) Unit Wang Ehsan, Tingkat 12, Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan
atau
2) Pejabat PPNK baharu di Tunjong (Bangunan Wisma Harris bersebelahan Stesen Minyak Petronas, Tunjong)
Apakah jenis dokumen yang perlu disediakan?
Dokumen-dokumen yang diminta :-
– Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
– Salinan Surat Tawaran IPTA.
– Salinan Kad Pengenalan Ibubapa.
– Salinan Sijil Kelahiran Pemohon.
Bolehkah saya membuat semakan untuk status permohonan saya?
Ya, anda boleh dengan melayari laman sesawang Ehsan Negeri Kelantan dan klik pautan semak permohonan
Bilakah permohonan dibuka?
Permohonan masih wujud dan tersedia berdasarkan penerusan inisiatif, anda boleh mendapatkan perkembangan lebih lanjut dengan melayari laman web rasmi.
Bantuan wang ehsan dah takde..call PPNK pegawai dia kata bantuan tu dah dimansuhkan
assalamualikum nak tanya, memang website tak boleh dibuka ke macam mana ni? sebab kalau bukak dia keluar error
Anak saya lahir di Terengganu..setelah kematian ayahnya dari umur 7 tahun tinggal di negeri Kelantan,Saya dilahitkan di negeri Kelantan..adakah layak memohon wang ehsan..tm kasih
saya nak masuk degree and nak mohon tapi error.kena pergi direct ppnk ke?
Àssalamualaikum kalau sy skrang dah belajar sampai sem 4 dan tk pernah mohon bantuan ni. Masih layak ke utk saya buat permohonan.
Boleh ke kak sy pon nk try
Saya org perak , isteri selangor anak kelantan….boleh mohon ka
Call JPM*
Assalamualaikum. Nak tanya laman web wang ehsan ni dah x boleh dibukak ye ? selalu keluar error je.
Tak try call jpn ke tanya sebab saya pon asyik eror je time diploma dulu mintak okay je