Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Politeknik dan Kolej Komuniti 2024

permohonan politeknik dan kolej komuniti

Berita baik berkenaan permohonan Politeknik dan Kolej Komuniti 2024 kini dibuka untuk permohonan. Permohonan ini dibuka kepada lepasan SPM dan permohonan dibuka sehigga 22 Februari 2024. Ikuti maklumat lebih lanjut berkenaan politeknik dan kolej komuniti serta cara permohonan.

Berkenaan Kemasukan Politeknik dan Kolej Komuniti

Apakah Itu Politeknik

Politeknik adalah merupakan institusi pendidikan tinggi awam Malaysia dibawah KPT. Ia adalah merupakan institusi yang memfokuskan perkembangan dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan.

image 117

Sejarah politeknik bermula pada tahun 1969 dengan Politeknik Ungku Omar di Ipoh adalah merupakan Politeknik pertama Malaysia.

Apakah Itu Kolej Komuniti

Kolej komuniti adalah merupakan satu sistem dibawah Institusi Pendidikan Tinggi Awam dibawah pengurusan Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPK), KPT.

Ianya telah mula diperkenalkan sejak 5 Julai 2000 dimana kerajaan sepakat membina pusat pendidikan menyediakan keperluan latihan dan kemahiran untuk semua peringkat serta memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah.

Senarai Program yang Ditawarkan oleh Politeknik dan Kolej Komuniti

Permohonan Politeknik dan Kolej Komuniti 2024

Di Malaysia terdapat banyak serta bilangan ratusan Institusi pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti dibina seluruh negeri. Berikut adalah merupakan senarai program yang ditawarkan oleh Politeknik dan Kolej Komuniti:

Senarai Program di Politeknik

  • 7 program Sarjana Muda
  • 1 program Asasi TVET
  • 74 program Diploma
  • 5 program Sijil Kemahiran (Pelajar Ketidakupayaan Pendengaran)

Senarai Program di Kolej Komuniti

  • 17 program peringkat Diploma
  • 39 program peringkat Sijil
  • 1 program Sijil Asas Kolej Komuniti (masalah pembelajaran)

Untuk anda yang ingin mendapatkan info lebih lanjut dan lengkap mengenai tawaran program, anda boleh merujuk pada laman web rasmi Politeknik dan Kolej Komuniti.

Berapa Yuran Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti

Menyambung pengajian ke peringkat tinggi di Politeknik dan Kolej Komuniti tidak dikenakan bayaran yang mahal dan bahkan termurah dalam Malaysia. Yuran pengajian bagi. semua program di Politeknik dan Kolej Komuniti adalah sebanyak RM200.00/semester.

Syarat Kelayakan Permohonan Politeknik dan Kolej Komuniti

image 116
Permohonan Politeknik dan Kolej Komuniti 2024 5

Terdapat syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh pemohon dalam membuat permohonana Politeknik dan Kolej Komuniti. Berikut adalah senarai syarat-syarat kemasukan:

  • Warganegara Malaysia yang berumur 17 tahun ke atas semasa permohonan.
  • Memenuhi syarat kemasukan yang telah ditetapkan.
  • Syarat kemasukan adalah perbeza-beza mengikut program.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan syarat rasmi dan khusus bagi setiap program yang ditawarkan anda boleh membuat semakan pada laman web semakan kemasukan.

Panduan Permohonan Politeknik dan Kolej Komuniti

Cara Permohonan Politeknik dan Kolej Komuniti

Untuk makluman kepada semua, permohonan Politeknik dan Kolej Komuniti dibuka berdasarkan kemasukan yang dibuka oleh KPT. Kebiasaannya dibuka berdasarkan permohonan UPU Online. Permohonan dibuka berdasarkan kemasukan dan sesi dan terdapat perbezaan bagi kemasukan ijazah, diploma dan sijil seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjana Muda : Sekali setahun (Sesi Akademik I 2023/2024)
  2. Diploma dan Sijil : Dua kali setahun (Sesi I 2023/2024 dan Sesi II 2023/2024)

Untuk bahagian permohonan, Berikut adalah cara permohonan Politeknik dan Kolej Komuniti:

Untuk mengetahui Maklumat lanjut anda boleh layari laman web rasmi atau hubungi pihak berkenaan di talian 03-88883837 (waktu pejabat) / 019-8683738 (Whatsapp sahaja)

Senarai Bantuan Kewangan untuk Pelajar yang Membuat Permohonan Politeknik dan Kolej Komuniti

Terdapat bantuan kewangan yang disediakan kepada para pelajar, berikut adalah merupakan jenis bantuan kewang yang tersedia bagi Politeknik dan Kolej Komuniti:

  • Politeknik :
  • Kolej Komuniti:
    • Program Sijil Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti disediakan sebanyak RM1800/semester kepada yang layak. Permohonan pembiayaan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) adalah kepada calon B40) yang berkelayakan (memenuhi syarat pembiayaan). Boleh merujuk Kolej Komuniti berkenaan.

Soalan FAQs Berkenaan Permohonan Politeknik dan Kolej Komuniti

Bagaimanakah cara untuk menolak tawaran ke Politeknik atau Kolej Komuniti?

Calon perlu klik butang TOLAK TAWARAN di portal ambilan

Adakah terdapat kesan jika saya menolak tawaran ke Politeknik atau Kolej Komuniti?

Tawaran ke Politeknik atau Kolej Komuniti akan terbatal dan calon perlu memohon atau membuat rayuan semula ke Politeknik atau Kolej Komuniti yang ingin dipohon.

Apakah laluan kerjaya bagi lepasan Politeknik dan Kolej Komuniti?

– Anda boleh sambung pengajian ke Politeknik / MTUN / UA
– Bekerja
-Usahawan / Job Creater

Berapakah had umur minimum sekiranya ingin membuat permohonan ke Politeknik dan Kolej Komuniti?

Had umur minimum adalah 18 tahun (Lepasan SPM)

Adakah saya akan ditawarkan dengan program pengajian yang tidak dipilih dalam UPU?

Anda hanya akan ditawarkan pilihan program yang ada dalam pilihan sahaja. Jika anda tidak berjaya pada ambilan pertama, anda perlu mengemukakan rayuan.

1 komen

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati