Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

6 Manfaat Bedak Sejuk Untuk Muka dan Sebab Kenapa Bedak Sejuk Sangat Berkesan

BEDAK SEJUK
6 Manfaat Bedak Sejuk Untuk Muka dan Sebab Kenapa Bedak Sejuk Sangat Berkesan 5

Bagus atau tidak bedak sejuk? Kepada sesiapa yang mempuyai masalah kulit muka mesti pernah terfikir ubat apa yang patut diguna untuk merawatnya. Tetapi pernah terlintas tak untuk cuba gunakan bedak sejuk sebagai kaedah untuk membasmi masalah kulit?

Bedak sejuk ini telah lama dicipta oleh nenek moyang kita dahulu kala yang mampu merawat sesetengah kulit remaja atau orang dewasa yang rosak. Mari kita terokai tentang khasiat daripada bedak sejuk ini.

Apa Itu Bedak Sejuk

BEDAK SEJUK 1
6 Manfaat Bedak Sejuk Untuk Muka dan Sebab Kenapa Bedak Sejuk Sangat Berkesan 6

Bedak sejuk adalah salah satu cara rawatan kulit secara tradisional yang diamalkan oleh nenek moyang kita sejak dahulu lagi. Bahan utama dalam pembuatan bedak ini adalah beras. Bedak sejuk berbentuk tiga segi seperti piramid, berwarna putih, bersaiz kecil, bertekstur lembut dan mudah hancur.

Bedak sejuk juga lazimnya dibuat dalam bentuk biji-biji tetapi ada juga dalam bentuk serbuk yang dilarutkan dengan air lalu disapukan pada badan, terutamanya bahagian muka sebagai pupur muka. Tujuan utama penggunaan bedak ini ialah menyejukkan badan, melicinkan kulit, mengurangkan minyak pada muka dan justeru membasmi jerawat, serta menanggalkan sel kulit.

Cara Buat Bedak Sejuk Tradisional

Secara asasnya bedak sejuk ini menggunakan bahan yang simple dan mudah sahaja untuk dibuat, tetapi masa yang diambil juga cukup membosankan kepada para pembuat. Akan tetapi ramai yang lebih gemar membeli kerana harganya tidaklah terlalu tinggi. Namun dengan masa yang agak lama ianya bukanlah penghalang kepada generasi nenek moyang kita untuk membuatnya. Disini dikongsikan bagaimana cara aslinya membuat bedak tersebut:

Cara buat bedak sejuk

  1. Beras berkualiti tinggi yang diperap selama 6 bulan – 1 tahun, kemudiannya dikisar/diramas sehingga hancur menghasilkan campuran air dan tepung yang pekat.
  2. Semasa tempoh pemerapan, air rendaman perlu kerap diganti untuk mengelakkan beras berbau hapak/busuk. Dikatakan rahsia bedak sejuk yang baik adalah semakin lama ia diperam semakin bagus kualitinya.
  3. Beras yang direndam lama akan menjadi reput dan halus membuatkan ia mudah untuk diramas/dikisar menjadi tepung.
  4. Setelah itu, ia akan ditapis menggunakan kain putih atau penapis untuk memastikan semua air telah keluar dan tepung menjadi kering.
  5. Akhirnya, tepung yang kering tadi akan dicampurkan sedikit air dan dititik menggunakan daun pisang dan dijemurkan di bawah matahari sehinggalah menjadi bedak sejuk.

Ini adalah cara tradisional, jadi tiada bahan awet tambahan atau bahan kimia yang digunakan.

Cara Memakai Bedak Sejuk Dengan Betul

BEDAK SEJUK 2
6 Manfaat Bedak Sejuk Untuk Muka dan Sebab Kenapa Bedak Sejuk Sangat Berkesan 7

Pada zaman dahulu, nenek moyang kita akan membuat serta memproses secara sendiri produk ini. Jika anda kurang pasti cara pakai bedak sejuk, mudah sahaja. Anda cuma perlu menghancurkan ia menjadi serbuk sebelum menyapukan dan meratakan ia di kulit muka dengan cara lembut.

Konklusinya, wujud banyak manfaat yang ditawarkan oleh bedak ini kepada kulit wajah mengikut kepercayaan orang lama tetapi kajian lanjutan masih perlu dijalankan kerana bedak itu sendiri ada risiko kesihatan yang termasuk boleh menyebabkan kanser. Berikut adalah

Sebab Bedak Sejuk Bagus Pada Muka

BEDAK SEJUK 3
6 Manfaat Bedak Sejuk Untuk Muka dan Sebab Kenapa Bedak Sejuk Sangat Berkesan 8

Kenapa bedak sejuk ini bagus untuk kulit muka? Kerana proses pembuatan yang tidak menggunakan bahan awet tambahan atau bahan kimia. Proses pembuatan bedak sejuk cara tradisional memang kelihatan mudah tetapi sebenarnya jika ia dibuat dengan cara tradisional dan teliti, ia adalah proses yang rumit.

Bedak sejuk juga mengandungi 16 amino acid dan amino acid yang tinggi adalah glutamic acid yang berfungsi untuk memberi kelembapan kepada kulit. Fungsi utama amino acids mengekalkan kelembapan kulit dan menghaluskan tekstur kulit untuk kelihatan anjal dan lembut.

Manfaat Kegunaan Bedak Sejuk Secara Menyeluruh

Manfaat bedak sejuk ini banyak sangat di turuti dan ianya masih diamalkan oleh golongan remaja dan juga warga berusia pada masa kini.

Ada sebab kenapa bedak sejuk ini telah lama digunakan, ia dikatakan akan membawa manfaat bukan sahaja kepada muka tapi pada kulit yang berpenyakit seperti chicken pox juga mampu merawatnya. Berikut manfaat daripada bedak sejuk pada kulit kita:

ManfaatFakta
1. Melembapkan KulitBedak sejuk berfungsi sebagai pelembap kulit. Jika digunakan, kulit akan nampak lebih segar dan berseri. Kulit yang kering akan menyebabkan wajah nampak tua dan kusam.
2. Mengecilkan saiz pori-poriDengan pemakaian bedak sejuk juga dapat mengecilkan saiz pori-pori di wajah. Hasilnya tekstur kulit akan nampak lebih gebu, licin dan cantik. Wajah anda turut kelihatan awet muda.
3. Menegangkan kulit wajahTidak hanya itu, anda yang sedang mengalami proses penuaan dengan kedutan dan kerutan yang banyak mungkin boleh menegangkan kembali kulit muka dengan menggunakan bedak ini.
4. Menyelesaikan masalah jerawatPunca munculnya jerawat pada kulit muka anda ialah liang pori tersumbat angkara minyak. Maka masalah jerawat akan selesai di samping mampu mengurangkan komedo hitam (blackhead) atau putih (whitehead) dari terus membelenggu dengan menggunakan bedak sejuk.
5. Mencerahkan tona warna kulitAnda boleh cuba gunakan bedak sejuk untuk mencerahkan tona warna kulit. Ia turut dapat memudarkan parut-parut jerawat.
6.Menyejukkan dan menyegarkan kulitKandungan utama bedak sejuk ialah beras. Ada juga yang menggunakan tanah liat putih. Kesemua ini berfungsi untuk menyejukkan dan menyegarkan wajah. Itulah sebabnya ketika menyapu bedak sejuk, wajah akan terasa nyaman.

Soalan FAQs Berkaitan Bedak Sejuk

1. Bolehkah pakai bedak sejuk setiap hari?

Boleh tidak ada masalah boleh pakai setiap hari waktu siang dan malam.

2. Bagaimana cara pakai bedak sejuk untuk hilangkan jerawat?

Pakai bedak sejuk dimuka dan lebihkan jumlah bedak sejuk di bahagian yang ada jerawat timbul.

3. Berapa lama perlu pakai bedak sejuk?

Tiada tempoh minimum atau maksimum untuk pakai anda boleh pakai lama mana pun, sangat sesuai jika dipakai ketika tidur malam hari.

4. Dimanakah boleh dapatkan bedak sejuk?

Bedak ini boleh didapati di kedai kedai ubatan tardisional melayu, pasar pasar malam, pasar pasar sehari, farmasi malahan ada juga yang menjual secara online sekarang.

5. Apakah cara melarutkan bedak sejuk?

Cara pakai bedak sejuk ini sangatlah mudah. Ambil beberapa biji bedak sejuk letak di atas tapak tangan mengikut sesuai dengan kegunaan di muka anda kemudian masukkan sedikit air untuk larutkannya.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati