Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Resepi Ayam Masak Kurma Pekat yang Mudah Disediakan

Resepi Ayam Masak Kurma Kenduri yang Mudah Disediakan

Ayam masak kurma sering menjadi pilihan yang popular dalam menu kenduri atau majlis-majlis istimewa dalam budaya Melayu. Kekayaan rasa rempah yang memikat dan kelembutan daging ayam menjadikan hidangan ini amat digemari dalam acara acara istimewa di mana makanan ini merupakan sebahagian penting dalam setiap perayaan terutama Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Ayam masak kurma ini tidak sekadar memuaskan selera tetamu, ia juga turut merupakan hidangan yang paling mudah disediakan. Oleh itu, Jom kita ikuti langkah-langkah untuk menyediakan resepi ini.

Jom Ikuti Langkah Mudah Resepi Ayam Masak Kurma Di Rumah Anda!

20240108 183049 0001

Apakah itu ayam masak kurma

Ayam masak kurma adalah hidangan tradisional yang terkenal dalam masakan melayu, ia merupakan kombinasi antara potongan ayam dan rempah yang kaya seperti kunyit, jintan, ketumbar dan serbuk kurma. Proses memasaknya menghasilkan hidangan berkuah dengan berpandukan rasa rempah yang manis dan daging ayam yang lembut, biasanya disajikan dengan nasi atau roti.

Resepi Ayam Masak Kurma Paling Digemari Ramai

Terdapat menu resepi ayam masak kurma yang admin kongsikan, admin percaya resepi ini adalah salah satu resepi yang banyak diminati dan diikuti oleh banyak orang kerana resepi ini boleh disuaikan mengikut citarasa individu. Khususnya:

1. Resepi Ayam Masak Kurma Berkuah Pekat

329046286 732985761565609 8964793056363795100 n

Kredit : Intai Resepi

Bahan-bahan:

  • 1 kg ayam
  • 4 sudu besar rempah kurma ayam
  • Rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
  • 2 cawan santan pekat2 biji tomato (dipotong 4)
  • 2 biji kentang
  • 1 biji lobak merah (didadu besar)
  • Sedikir air asam jawa

Bahan-bahan dikisar:

  • 5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 cm halia

Cara penyediaan:

  • Panaskan minyak.
  • Masukkan bahan kisar, rempah tumis dan rempah kurma ayam, kacau sehingga pecah minyak
  • Masukkan ayam kacau sebati dan biar masak seketika
  • Masukkan kentang dan lobak merah serta sedikit asam jawa
  • Apabila kentang & lobak merah sudah empuk, masukkan santan
  • Kacau sebati dan biarkan mendidih7. Masukkan tomato, garam & gula secukup rasa

2. Resepi Ayam Masak Kurma Khairul Aming

17426143 1077026235774072 3238925905149517329 n

Kredit : Koleksi Resepi Masakan Ayam

Bahan-bahan:

  • Ayam 1 kg
  • 3 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 sekawan (2 kayu manis, 3 bunga lawang, 3 bunga cengkih, 3 buah pelaga)
  • 1 sudu rempah kurma
  • 1 sudu garam, gula dan ajinomoto
  • Ubi ketam
  • ½ Santan

Cara penyediaan:

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih (dihiris)
  2. Kemudian masukkan 4 sekawan seketika masukkan sudu rempah kurma yang dicampur dengan air
  3. Tumis seketika
  4. Masukkan seekor ayam dan masukkan garam, gula dan ajinomoto
  5. Gaul seketika, masukkan air sampai di tenggelam.
  6. Masukkan ubi kentang sehingga ubi ketam lembut dan masukkan santan, kacau
  7. Letakkan bawang merah dan cili hijau (untuk hiasan)
  8. Siap! Untuk dihidangkan.

2. Resepi Ayam Masak Kicap Rempah Kurma

405835142 361786263033447 7545716739488676976 n

Kredit : Resepi Bonda

Bahan-bahan:

  • Ayam yang sudah digoreng (ketepikan dahulu).
  • 3 Bawang besar (Di hiris)
  • 2 Halia (Di hiris)
  • 4 Bawang merah
  • 3 Bawang putih
  • Rempah kurma dan Cili kering (diblend)

Cara penyediaan:

  • Panas kan minyak
  • Masukkan 4 sekawan beserta bahan yang di hiris tadi
  • Dan bahan blend pula ditumis hingga naik bau
  • Masukkan kicap manis (cita rasa)
  • 3 sudu rempah kurma, Gaul sebati
  • Letak air Garam, perasa, gula.
  • Bila mula mendidih, masukkan ayam tadi.
  • Siap! Sedia untuk dimakan

Selamat mencuba! Admin harap resepi ini dapat memberi inspirasi atau kemudahan untuk anda menyediakan, mencari hidangan yang sesuai di rumah anda.

Soalan FAQs Berkenaan Resepi Ayam Masak Kurma

Apakah saya menggunakan daging lain selain ayam dalam resepi ini?

Ya, resipi ini sering diubahsuai dengan menggunakan daging lain seperti daging kambing atau lembu, menghasilkan rasa yang berbeza.

Adakah ayam masak kurma ini pedas?

Tahap kepedasan boleh disesuaikan mengikut citarasa. Anda boleh menyesuaikan jumlah serbuk cili atau menggunakan jenis cili tertentu untuk mengawalkan kepedasan hidangan.

berapa lama proses memasaknya

Proses memasak biasanya mengambil masa kira-kira 30 hingga 45 minit bergantung kepada pekatannya serta daging, ayam yang digunakan

Apakah hidangan tambahan yang sesuai untuk ayam masak kurma?

Nasi putih atau nasi beriyani, roti atau roti lembut adalah pilihan tambahan.

bagaimana jika saya tidak mempunyai susu pekat bolehkah saya gantikan dengan bahan lain

Anda boleh menggunakan santan pekat atau susu separuh cair sebagai alternatif kepada susu pekat dalam resipi ini

Adakah saya perlu merendam ayam sebelum memasaknya?

Anda boleh merendam ayam dengan sedikit kunyit garam dan air sebelum masak bagi memastikan daging menjadi lebih lembut dan meresap rempah dengan baik

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Yumni Khans
Yumni Khans
'Kita bukan diciptakan untuk berputus asa..'

Anda Mungkin Meminati