Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Permohonan Tajaan Biasiswa/Pinjaman Yayasan Sabah Pengajian Tinggi 2021

yayasan sabah

Permohonan Tajaan Biasiswa/Pinjaman Yayasan Sabah Pengajian Tinggi 2021 dibuka sehingga 31 Julai 2021. Biasiswa ini dibuka kepada anak Negeri Sabah yang ingin melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi pada tahun 2021.

Yayasan Sabah (YS) mempelawa calon-calon yang mempunyai kriteria diinginkan untuk memohon Tajaan Biasiswa/Pinjaman untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi 2021 yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Permohonan Tajaan Biasiswa/Pinjaman Yayasan Sabah Pengajian Tinggi 2021

Tarikh Penting Biasiswa/Pinjaman Yayasan Sabah Pengajian Tinggi 2021

Biasiswa/Pinjaman Yayasan Sabah Pengajian Tinggi 2021
Biasiswa/Pinjaman Yayasan Sabah Pengajian Tinggi 2021

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Julai 2021 (Sabtu)

Kelayakan Memohon Biasiswa/Pinjaman Yayasan Sabah Pengajian Tinggi 2021

  1. Untuk memohon biasiswa Yayasan Sabah, pemohon mestilah merupakan anak Negeri Sabah yang memiliki kriteria seperti berikut:
    • Pemohon atau bapa atau ibu merupakan warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah atau;
    • Pemohon, ibu atau bapa pemohon adalah warganegara Malaysia, hanya salah seorang ibu atau bapa berasal dari negeri Sabah atau;
    • Pemohon, ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa mempunyai status Penduduk Tetap di negeri Sabah
    • KEUTAMAAN AKAN DIBERIKAN kepada mereka yang berasal dan menetap di negeri Sabah.

Jenis-jenis Tajaan Yang Ditawarkan

  1. Biasiswa

    • Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)
    • Biasiswa Cemerlang Pelajar Luar Bandar (BCPLB)
    • Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam
    • Biasiswa Ulum Islamiah
    • Biasiswa Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Automotif dan Kejuruteraan Perniagaan)
    • Biasiswa Pengajian Islam (KTYS/KUIM)
    • Biasiswa IPTA/IPTS
    • Biasiswa Pelancongan/Perhotelan
  2. Dermasiswa

    • Dermasiswa KTYS
    • Dermasiswa Bahasa Arab (UCSF-Timur Tengah)
    • Dermasiswa Kolej Profesional Baitulmal, Kuala Lumpur (DKPBKL)
  3. Pinjaman Pengajian

Kelayakan Akademik:

  • Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)

    • Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 5A+ termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2020.
  • Biasiswa Cemerlang Pelajar Luar Bandar (BCPLB)

    • Pemohon tergolong dalam kategori B40 luar bandar dan mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 5A termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2020.
  • Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam dan Biasiswa Ulum Islamiah 

    • Pemohon mestilah memperoleh Sijil Penuh dalam peperiksaan STAM (sekurang-kurangnya Jaid Jiddan/Sangat Baik) atau memperoleh 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Arab dalam peperiksaan SPM.
  • Biasiswa Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Automotif dan Kejuruteraan Perniagaan)

    • Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.00 dalam peperiksaan Asasi atau Matrikulasi
  • Biasiswa Pengajian Islam (KTYS/KUIM), Biasiswa IPTA/IPTS, Biasiswa Pelancongan/Perhotelan/Kursus Asas Kejuruteraan dan Pinjaman Pengajian

    • Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik dalam peperiksaan SPM.
  • Dermasiswa KTYS

    • Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 3 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.

Iklan Biasiswa/Pinjaman Yayasan Sabah

Calon boleh mendapatkan panduan lebih lanjut dan iklan berkaitan Biasiswa/Pinjaman Yayasan Sabah di sini. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat perlu mengemukan permohonan seperti berikut:

  • Permohonan boleh dilakukan dan dihantar secara atas talian di laman sesawang rasmi Yayasan Sabah
  • Pemohon perlu mendaftar akaun di Permohonan Tajaan Yayasan Sabah
    • Klik pada “Daftar Akaun“, isikan nama, nombor MyKad, emel, negeri dan daerah asal.
    • Setelah selesai melengkapkan segala maklumat yang diperlukan, sila tekan butang “Daftar
    • Selepas mendaftar, pemohon akan menerima emel yang mengandungi ID dan kata laluan (password)
    • Sila klik pautan di dalam emel untuk mengaktifkan akaun dan seterusnya log masuk untuk mengisi borang permohonan secara atas talian.
    • Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan mengikut arahan yang ditetapkan.

Maklumat Lanjut

Jika sekiranya calon mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui keterangan lebih lanjut, boleh hubungi talian berikut:

Bahagian Pembangunan Pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah:

Tel : 088-326385/326390/326392/326393/326395/326396
Emel: [email protected]

Sebelum ini kami ada berkongsi berkaitan Semakan Permohonan Tajaan JPA (PIDN) 2021 dan Permohonan Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA 2021/2022.

Semoga perkongsian Permohonan Tajaan Biasiswa/Pinjaman Yayasan Sabah Pengajian Tinggi 2021 dapat membantu para pelajar yang layak untuk membuat permohonan untuk mendapatkan tajaan Yayasan Sabah 2021.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati