Hari Nuzul Al-Quran merupakan hari dimana seluruh umat Islam memperingati peristiwa di mana Allah telah menurunkan ayat pertama Al-Quran kepada Junjungan besar kita Nabi Muhammad.
Penurunan Al-Quran ini merupakan proses yang berterusan dan secara berperingkat peringkat selama 23 tahun sehingga menjadi sebuah kitab Al-Quran yang lengkap. Mari ketahui lebih lanjut tentang kejadian berlakunya hari Nuzul Al-Quran.
Definisi Nuzul Al-Quran
Isi Kandungan
Perkataan ‘Nuzul’ itu sendiri merujuk kepada maksud ‘turun’ atau ‘berpindah daripada atas ke bawah’. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’.
Secara teknikalnya, Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Ketika itu, Malaikat Jibril membawa lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq kepada baginda Nabi Muhammad dan merupakan ayat Al-Quran yang pertama sekali diturunkan ke dunia.
Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali.
Kelebihan Turunnya Keistimewaan Al-Quran
Al-Quran adalah kitab suci umat Islam yang dianggap sebagai wahyu Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril. Al-Quran merupakan sumber ajaran dan pedoman hidup bagi umat Islam, tetapi keistimewaan Al-Quran tidak hanya terbatas pada aspek keagamaan semata.
Berikut adalah beberapa keistimewaan Al-Quran yang perlu diketahui:
Bil. | Keistimewaan | Huraian |
---|---|---|
1. | Kitab Terakhir dan Penyempurna | Al-Quran dianggap sebagai kitab terakhir dan penyempurna ajaran Allah SWT. Dalam Al-Quran, Allah menyatakan bahwa kitab ini diturunkan sebagai panduan dan rahmat bagi seluruh umat manusia (QS. Al-Anbiya: 107). Al-Quran mengandung petunjuk untuk kehidupan duniawi dan akhirat, serta mengatur segala aspek kehidupan manusia, termasuk masalah sosial, politik, ekonomi, dan etika. |
2. | Sumber Petunjuk dan Hidayah | Al-Quran merupakan sumber utama petunjuk dan hidayah bagi umat manusia. Di dalamnya terkandung ajaran-ajaran moral dan etika yang mengajarkan tentang kebaikan, kasih sayang, keadilan, dan kesetaraan. Al-Quran juga memberikan panduan tentang bagaimana beribadah kepada Allah SWT dengan tulus dan ikhlas. |
3. | Membawa Cahaya dan Pencerahan | Al-Quran diibaratkan sebagai cahaya yang menerangi kegelapan hidup manusia. Dengan membaca, memahami, dan mengamalkan ajaran-ajaran Al-Quran. Seseorang dapat menemukan jalan kebenaran dan cahaya dalam menghadapi kehidupan yang penuh tantangan dan kesulitan |
4. | Kesempurnaan dalam Bahasa Arab | Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab yang dianggap sebagai bahasa yang paling indah dan sempurna. Ayat-ayat Al-Quran mengandung gaya bahasa yang luar biasa indah dan memikat, serta tidak tertandingi oleh karya sastera lainnya. |
5. | Keajaiban Ilmiah | Al-Quran juga mengandung banyak ayat yang mengandung keajaiban ilmiah, seperti tentang penciptaan alam semesta, fenomena alam, embrio manusia, perjalanan bintang, dan lain-lain. Keajaiban ilmiah dalam Al-Quran menjadi bukti atas kebenaran wahyu Allah SWT. |
6. | Keabadian dan Ketahanan | Salah satu keistimewaan Al-Quran adalah keabadiannya. Sejak diturunkan hingga saat ini, Al-Quran tetap terjaga dan tidak mengalami perubahan atau penyimpangan. Al-Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dijamin oleh Allah SWT akan terjaga dari perubahan dan revisi. |
Tanggal Jatuh Nuzul Al-Quran Pada Tahun 2024
Bilakah tarikh Nuzul Al-Quran jatuh pada tahun 2024? Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa penting bagi umat islam di bulan Ramadhan yang mulia. Peristiwa ini diraikan sebagai tanda mengingati tarikh permulaan turunnya Al-Quran yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW.
Tarikh Nuzul Al-Quran | 28 Mac 2024 (Khamis) | 17 Ramadhan 1445 H |
Cuti Umum Semasa Nuzul Al-Quran 2024
Peristiwa Nuzul Al-Quran juga merupakan cuti umum kepada beberapa buah negeri di Malaysia tahun ini yang jatuh pada tarikh 17 Ramadhan 1445H. Berikut adalah perkongsian maklumat tentang negeri-negeri yang mengambil cuti umum pada tarikh ini:
Negeri-negeri yang mengistiharkan cuti umum pada hari Nuzul Al-Quran.
- Perlis
- Pulau Pinang
- Perak
- Selangor
- Terengganu
- Kelantan
- Pahang
- Wilayah Persekutuan KL, Putrajaya, Labuan
Sambutan Nuzul Al-Quran di Malaysia
Apabila menyambut bulan puasa, banyak sangat perkara atau aktiviti yang boleh dilakukan apabila menyambut Nuzul Al-Quran seperti pertandingan tilawah Al-Quran, khatam Al-Quran, dan taddarus AL-Quran beramai-ramai.
Semasa di masjid, ada juga tazkirah atau ceramah hari nuzul Al-Quran yang boleh menghadiri supaya dapat mendidik jiwa agar ikhlas dalam beribadah. Seluruh sekolah di Malaysia juga pasti akan mengadakan program dan aktiviti yang menarik sebagai contoh ‘marathon Al-Quran’.
Peristiwa Berlakunya Nuzul Al-Quran
Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Muhammad ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Allah SWT memilih bulan Ramadan berlakunya peristiwa Nuzul al-Quran (diturunkan al-Quran), yang menunjukkan kelebihan bulan yang mulia dan berkat ini. Firman Allah SWT:
﴿شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ…١٨٥﴾
“Pada bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan padanya al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil)…” (Surah al-Baqarah: 185)
Ulama tafsir menyatakan Al-Quran diturunkan dari Loh Mahfuz ke langit dunia terlebih dahulu. Kemudian, diturunkan oleh Malaikat Jibril AS secara berperingkat-peringkat dalam beberapa ayat selama 23 tahun di Makkah (Marhalah Makkiyyah), kemudian di Madinah (Marhalah Madaniyyah). Malah turut dinyatakan bahawa wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah SAW berlaku pada bulan Ramadan pada malam al-Qadar yang besar fadhilatnya.
Perkara yang paling penting bagi penganut Islam ialah meyakini bahawa Al-Quran tanpa sedikit pun keraguan tentang kebenarannya dan menjadi panduan kepada seluruh umat manusia. Walaupun hanya orang yang beriman dan bertaqwa sahaja yang menerimanya, namun hakikatnya tidak dapat dinafikan. Sesungguhnya, al-Quran itu suatu mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW bukan hanya kepada baginda tetapi untuk seluruh umat manusia sehingga hari kiamat.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW, ayat al-Quran pertama yang diturunkan oleh Allah SWT melalui utusan malaikat Jibrail adalah lima ayat daripada surah al-‘Alaq dengan maksudnya;
“Bacalah (wahai Muhammad) Dengan Nama Tuhan-mu, yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari segumpal darah beku. Bacalah Dengan Nama Tuhan-mu, Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya”, (al-‘Alaq: 1-5).
Jelas lagi nyata, pengajaran isi al-Quran ini telah mengangkat Islam sebagai sebuah agama yang lengkap bersifat rahmat, selamat, adil, sederhana dan toleransi sebagai panduan untuk kehidupan manusia seluruhnya. Justeru, menjadi tanggungjawab kita semua untuk membuktikan bahawa Islam bukan agama kekerasan, keganasan, atau kezaliman dalam memperkenalkan ajarannya.
Cara Memupuk Anak-Anak Mempelajari Hari Nuzul Al-Quran
Salah satu aktiviti yang boleh dilakukan adalah menonton video yang berkaitan dengan ayat-ayat dari Al-Quran. Perkenalkan anak anda dengan beberapa cerita dari Al-Quran yang sesuai dengan umur mereka.
1. Belajar Ayat-Ayat Al-Quran
Belajar ayat-ayat Al-Quran adalah satu lagi aktiviti yang boleh dilakukan dengan melibatkan semua anak-anak. Aktiviti ini boleh dimulakan dengan memilih beberapa ayat Al-Quran yang mudah untuk dibaca dan dipelajari oleh anak anda. Anda boleh menulis ayat-ayat itu di atas papan atau kertas, dan galakkan anak-anak untuk mengulang ayat yang telah dibaca.
2. Menghias Bilik Anak-Anak
Aktiviti seterusnya dengan melibatkan anak anda dalam menghias bilik mereka untuk menyambut nuzul al-quran. Anda boleh menggantung poster dengan ayat-ayat al-quran atau seni islam. Anda juga boleh menggunakan belon, hiasan kertas dan hiasan lain untuk mencipta suasana yang meriah.
3. Aktiviti Melukis
Aktiviti melukis adalah aktiviti yang mudah dilakukan dan sesuai untuk semua peringkat umur anak-anak. Ibubapa boleh mencetak gambar-gambar yang berkaitan dengan Nuzul Al-Quran dan meminta anak-anak untuk mewarna. Aktiviti ini dapat membantu meningkatkan kemahiran motor halus dan kreativiti anak-anak.
4. Menonton Video Berkaitan Dengan Ayat-Ayat Al-Quran.
Hari Nuzul Al-Quran dianggap sebagai hari suci dalam kalendar Islam dan sering dirayakan dengan pelbagai cara di seluruh dunia. Jadi, kami akan berkongsi empat aktiviti yang boleh dilakukan bersama dengan anak-anak supaya mereka lebih mengenali dan sayangi Al-Quran. Berikut video Nuzul Al-Quran dari channel HS KidsEdu untuk anak-anak anda tonton.
Soalan FAQs Berkaitan Nuzul Al-Quran
1. Apakah Nuzul Al-Quran?
Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur’an yang pertama kepada Muhammad hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.
2. Bilakah Hari Nuzul Al-Quran Berlaku?
Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Muhammad bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.
3. Dimanakah Berlakunya Nuzul Al-Quran?
Ketika baginda Nabi Muhammad SAW sedang beribadat di Gua Hira.
4. Apakah Maksud Nuzul Al-Quran?
Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Muhammad maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran.
5. Apakah Kelebihan Hari Nuzul Al-Quran?
Banyak fadhilatnya dan salah satunya ialah pahala dan kebaikan.
Dengan mengaji al-Quran ia dapat menjadikan keadaan persekitaran lebih tenang, aman dan penuh dengan keberkatan.