Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tarikh Nifsu Syaaban 2024 dan Kelebihan Malam Nifsu Syaaban

Tarikh Nifsu Syaaban 2024 dan Kelebihan Malam Nifsu Syaaban
Tarikh Nifsu Syaaban 2024 dan Kelebihan Malam Nifsu Syaaban 7

Mengapakah malam Nisfu Syaaban begitu istimewa? Banyak kelebihan malam nisfu syaaban, antaranya malam terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa. Umat Islam dinasihati untuk tidak melepaskan peluang, merebut rahmat dan kurniaan Allah dengan cara beribadah memanjatkan kesyukuran atas limpahan nikmat Allah yang tiada terhingga banyaknya.

Mari kita pelajari lebih lagi tentang kehebatan Malam Nifsu Syaaban dengan membaca artikel ini.

Menyambut Malam Nifsu Syaaban Memperolehi Banyak Ganjaran

Maksud Nifsu Syaaban Dalam Islam

Nifsu Syaaban 1
Tarikh Nifsu Syaaban 2024 dan Kelebihan Malam Nifsu Syaaban 8

Nisfu adalah bermaksud separuh (Nisf). Oleh itu nisfu syaaban bermaksud separuh daripada Bulan Syaaban, iaitu pada malam ke-15. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar.

Malam Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Hari malam Nisfu Syaaban adalah bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), dan Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Malam Nisfu Syaaban juga dipanggil:

  • Lailatul Mubarakah (malam keberkatan),
  • Lailatul Baraah (malam pelepasan),
  • Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian dan penentuan)
  • Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa).
  • Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa),
  • Lailatul Syafaah (malam syafaat)
  • Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat).
  • Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya.

Tarikh Rasmi Bulan Syaaban dan Malam Nifsu Syaaban 2024

Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam 15 Syaaban, sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib, iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban 1445 Hijrah

1445 (Hijrah)2024 (Masihi)
1 Syaaban11 Februari
15 Syaaban25 Februari

Malam Nisfu Syaaban di Malaysia mengikut kalendar Masihi adalah pada 24 Feb 2024, (Sabtu Malam Ahad iaitu sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib). Malam Nisfu Syaaban 2024M/1445H.

TarikhHari
24 Februari 2024Hari Sabtu Malam Ahad (sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)

Doa Menghidupkan Malam Nifsu Syaaban

Nifsu Syaaban 2
Tarikh Nifsu Syaaban 2024 dan Kelebihan Malam Nifsu Syaaban 9

Malam Nifsu Syaaban termasuk dalam malam mustajab doa. Jom kita sama-sama memperbanyakkan doa-doa ini ketika di bulan Rejab dan Syaaban, semoga Allah swt kurniakan buat kita kekuatan dan kembalikan semula penghayatan kita untuk lebih giat beribadah nanti di bulan ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, in Shaa Allah.

Antara doa yang boleh dibacakan ialah:

DOA 1

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

Maksudnya: “Ya Allah, Kau berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah kami dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan.”

DOA 2

اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا

Maksudnya: “Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan Ramadhan itu).”

Mintalah juga pada Allah swt agar kita diberi kesihatan yang baik dan berterusan, agar dapat beribadah pada Allah swt pada setiap masa, khususnya pada bulan Ramadhan nanti dalam keadaan sempurna dan diterima Allah swt.

Keagungan Malam Nifsu Syaaban Tinggi Keberkatan

Amalan Sunnah Pada Malam Nifsu Syaaban

Nifsu Syaaban 6
Tarikh Nifsu Syaaban 2024 dan Kelebihan Malam Nifsu Syaaban 10

Islam tidak meletakkan sesuatu amalan khusus yang mungkin boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah untuk diamalkan pada Malam Nisfu Syaaban.

Tetapi dalam masa yang sama, kita hendaklah mengambil peluang dengan kelebihan yang ada pada malam tersebut dengan beramal sebanyak-banyaknya.

Antara contoh amalan yang boleh dilakukan yang dianggap Sunnah Rasulullah s.a.w.

1. Puasa sunat bulan Syaaban

Mengikut Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. membanyakkan puasa di bulan Sya’aban.

2. Membaca surah Yasin sebanyak 3 kali

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya membaca al-Quran. Setiap huruf diberi ganjaran pahala berganda. Surah Yasin adalah satu surah dalam al-Quran.

3. Berdoa dan munahajat

Nabi Muhammad s.a.w. mengatakan bahawa doa itu senjata orang mukmin. Allah S.W.T. memerintah hambaNya berdoa nescaya Allah S.W.T. memperkenankan doa mereka.

Tegasnya amalan-amalan tersebut tiada larangan melakukan pada bulan Sya’aban, tiada pula disunatkan kerana bulannya, hari atau malamnya tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunnahan ibadah tersebut.

Kelebihan dan Hadis Sahih Malam Nifsu Syaaban

Nifsu Syaaban 4
Tarikh Nifsu Syaaban 2024 dan Kelebihan Malam Nifsu Syaaban 11

Pada pertengahannya (Nisfu Syaaban) antara malam dinantikan oleh umat Islam berikutan terdapat dalam hadis (hadith) riwayat mengenai pengampunan daripada Allah SWT yang dikaitkan dengan malam Nisfu Syaaban.

Ya, malam Nisfu Sya’ban merupakan bulan yang mulia, selain merupakan bulan yang dekat dengan bulan Ramadhan, bulan Sya’ban termasuk di dalamnya malam Nisfu Sya’ban juga memiliki banyak keutamaan. Di sini didatangkan beberapa matan hadith dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang berkaitan kelebihan malam nisfu Sya’ban. Antaranya:

  • Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ لَيَطَّلِعُ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 1380] Imam al-Zahabi mengatakan hadith ini dhaif disebabkan terdapat pada sanadnya Ibn Lahi’ah. [Lihat: Talkhis al-‘ilal al-Mutanihiyah, 184]

  • Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إنَّ اللهَ تعالى يَنْزِلُ ليلةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا ، فيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعْرِ غَنَمِ كلبٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan sebanyak bilangan bulu kambing pengawal”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 670] Al-‘Aini mengatakan hukum hadith ini adalah munqathi’. [Lihat: ‘Umdah al-Qari, 11:116]

  • Daripada Abu Tha’labah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ اطَّلَعَ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ فَيَغْفِرُ لِلْمُؤْمِنِ، وَيُمْلِي لِلْكَافِرِينَ، وَيَدَعُ أَهْلَ الْحِقْدِ بِحِقْدِهِمْ حَتَّى يَدَعُوهُ

Maksudnya: “Apabila tiba malam nisfu Sya’ban, Allah SWT melihat kepada makhluk-Nya. Kemudian Allah SWT mengampunkan orang yang beriman serta mengabaikan orang yang kufur dan membiarkan orang yang dengki dengan dengkinya sehingga mereka itu meninggalkannya”. [Syu’ab al-Iman, no. Hadith 3551] Ibn Jauzi mengatakan bahawa hukum hadith ini adalah tidak sahih. [Lihat: al-‘Ilal al-Mutanihiyah, 2:560]

Keistimewaan Malam Nifsu Syaaban Menjadi Keutamaan

Nifsu Syaaban 5
Tarikh Nifsu Syaaban 2024 dan Kelebihan Malam Nifsu Syaaban 12

Bulan Sya’aban adalah salah satu bulan yang mempunyai kelebihan dan keistimewaannya kerana hampirnya ia dengan bulan Ramadan yang jelas mendapat kemuliaan daripada Allah SWT. Antara keistimewaannya terdapat 3 iaitu:

  • Diturunkan keampunan
  • Doa dikabulkan
  • Malam penetapan nasib manusia di Lauhul Mahfuz

Namun masih ramai antara kita yang masih terleka dalam merebut kesempatan ini, sehinggakan disebutkan di dalam hadis Nabi Muhammad SAW :

شعبانُ بين رجبَ ورمضانَ يغفلُ الناسُ عنه تُرفعُ فيه أعمالُ العبادِ فأُحِبُّ أن لَا يَرْفَع عَمَلِي إَلَّا وأنَا صَائِم

Maksudnya: “Bulan Sya’ban, ada di antara bulan Rejab dan Ramadan, banyak manusia yang melalaikannya. Saat itu amal manusia diangkat, maka aku suka jika amalku diangkat ketika aku sedang puasa”.[HR An-Nasaie, Hadis Hasan]

Soalan Tentang Nifsu Syaaban

1. Apa itu malam Nisfu Syaaban?

Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.

2. Adakah dosa diampunkan pada malam Nisfu Syaaban?

Semestinya pengampunan Allah s.w.t tersebut berasaskan amalan-amalan soleh yang dilakukan oleh hamba-hambaNya.

3. Bilakah waktu berdoa paling mustajab?

“Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam jumat, malam al-Adha, malam al-Fitri, malam awal bulan Rejab, dan malam nisfu Sya’ban”. [Lihat: al-Um, 1:264]

4. Apakah zikir Nisfu Syaban?

Bacalah Alhamdulillahi Rabbi ‘Alamin Wassolatu Wassalaamu ‘Alaa Asyrofil Mursalin Sayyidina Muhammadin Wa ‘Alaa Aalihi Wasohbihi Ajmain.

5. Apakah pahala puasa Nisfu Syaban?

Siapa yang puasa Syaban, dia akan memperoleh syafaat Rasulullah SAW di hari akhirat kelak.” Penjelasan Syekh Nawawi ini turut diperkuat oleh sejumlah hadis serta kesaksian sahabat.

6. Apakah hukum menghidupkan malam Nisfu Syaaban?

Kesemua amalan pada Malam Nisfu Syaaban tidak boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah yang mesti dibuat dalam bentuk tuntutan kerana kesemua amalan ini adalah bersifat umum.

7. Adakah amalan pada malam Nisfu Syaaban sunnah Nabi?

Islam tidak meletakkan sesuatu amalan khusus yang mungkin boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah untuk diamalkan pada Malam Nisfu Syaaban. Semua amalan-amalan pada malam ini adalah bersifat umum.

8. Adakah wajib membaca surah yasin sebanyak 3 kali pada malam Nisfu Syaaban?

Tidak wajib. Tiada Nas yang mewajibkan bacaan Yasin sebanyak 3 kali pada Malam Nisfu Syaaban.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati