Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 hingga Gred DG54 dan Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) secara TBKK bagi Julai sehingga Disember 2018

thumbnail 9

Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 hingga Gred DG54 dan Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) secara TBKK bagi Julai sehingga Disember 2018. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, iklan urusan kenaikan pangkat bagi PPP dan PKP secara TBKK untuk Fasa 2 iaitu Julai sehingga Disember tahun ini telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG32 HINGGA GRED DG54 DAN PEGAWAI KUMPULAN PELAKSANA (PKP) SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BAGI JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2018

URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG32 HINGGA GRED DG54 DAN PEGAWAI KUMPULAN PELAKSANA (PKP) SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BAGI JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2018
URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG32 HINGGA GRED DG54 DAN PEGAWAI KUMPULAN PELAKSANA (PKP) SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BAGI JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2018

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula seperti Jadual di bawah:

Bil.TarikhTempohKeterangan
1.

21 Mei 2018 (Isnin)

hingga

12 Jun 2018 (Selasa)

23 hari
  • Tempoh perakuan Ketua Jabatan (Pengetua/Guru Besar/Ketua Bahagian (Di Bahagian/IAB/IPG Kampus/Kolej Matrikulasi) kepada JPN/Bahagian
  • Tarikh tutup pada 12 Jun 2018

(sebelum jam 11.59 malam)

Nota : Sebarang usaha untuk membuat perakuan SELEPAS tarikh berkenaan akan menemui kegagalan

2.

13 Jun 2018 (Rabu)

hingga

29 Jun 2018 (Jumaat)

17 hari
  • Tempoh perakuan JPN/Pengarah Bahagian/IAB/IPGM (Penyedia / Penyemak / Pengesah) kepada BPSM, KPM
    • Tarikh tutup pada 29 Jun 2018

(sebelum jam 11.59 malam)

Nota : Sebarang usaha untuk membuat perakuan SELEPAS tarikh berkenaan akan menemui kegagalan

Urusan ini terbuka kepada:

  1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 Bagi Urusan JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2018;
  2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 ke Gred DG44 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Bagi Urusan JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2018;
  3. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 ke Gred DG48 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Bagi Urusan JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2018 (HANYA PPP yang belum menggunapakai pengalaman PPPLD semasa ke Gred DG44 SAHAJA; dan
  4. Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) Bagi Urusan JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2018.

3.         Pegawai yang terlibat TIDAK PERLU MEMOHON dan sebaliknya perlu diperakukan terus oleh Ketua Jabatan menerusi iklan ePangkat yang DIBUKA BERMULA 21 MEI 2018.

4.         Untuk makluman YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, semua perakuan kenaikan pangkat hendaklah diperaku menerusi sistem ePangkat yang akan dibuka seperti tarikh di atas beserta ULASAN DIPERAKU/TIDAK DIPERAKU WAJIB diisi dalam ePangkat semasa perakuan dibuat (MANDATORI) KECUALI pegawai dalam keadaan berikut yang perlu diperakukanSECARA MANUAL iaitu:

(a)          Pegawai yang sedang Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP), Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) atau Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG);

(b)          Pegawai yang telah diluluskan Cuti Separuh Gaji (CSG) dan/atau Cuti Tanpa Gaji (CTG) – sila kemukakan sesalinan surat kelulusan CTG/CSG oleh Ketua Jabatan;

(c)          Pegawai yang berada di jawatan kader / dalam tempoh peminjaman;

(d)          Pegawai yang telah dikenakan pelanjutan tempoh percubaan dengan berdenda (TPB) – sila kemukakan sesalinan surat pengesahan TPB oleh Ketua Jabatan;

(e)          Pegawai yang PERNAH DIPERAKU TETAPI GAGAL dalam urusan berkenaan kerana markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) / Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) / Penilaian Tahap Kriteria Kecemerlangan (KC) tidak mencapai tahap yang ditetapkan;

(f)           Pegawai yang didapati Tidak Hadir Bertugas (THB) bagi sesuatu tempoh Tanpa Sebab Atau Tanpa Kelulusan / Kebenaran Ketua Jabatan dan tindakan potongan emolumen yang telah diambil BOLEH DIPERAKU dengan mengemukakan dokumen – dokumen yang lengkap berdasarkan kepada keputusan LKPPP Bilangan 5 Tahun 2017; dan

(g)          Pegawai yang layak dipertimbangkan kenaikan pangkat SEBELUM bersara wajib / bersara pilihan / meninggal dunia yang diperaku oleh Ketua Jabatan.

5.          LKPPP Bilangan 5 Tahun 2015 telah memutuskan bahawa PPP yang sedang disiasat / dalam prosiding tatatertib / telah dikenakan tindakan tatatertib TIDAK BOLEH DIPERAKU dalam urusan pemangkuan / kenaikan pangkat. Ketua Jabatan hanya boleh memperaku PPP tersebut setelah keputusan tatatertib diperolehi dan kes selesai.

6.         Juga dimaklumkan bahawa LKPPP Bilangan 3 Tahun 2017 yang bersidang pada 09 Jun 2017 telah memutuskan supaya PPP yang berada di dalam jawatan kumpulan (Pool) dan memperoleh markah yang layak diberi pertimbangan untuk kenaikan pangkat DITANGGUHKAN TERLEBIH DAHULU PERTIMBANGAN KENAIKAN PANGKAT SEHINGGA PEGAWAI DIKELUARKAN DARI JAWATAN KUMPULAN (POOL) DAN DITEMPATKAN MELAKSANAKAN TUGAS HAKIKI DI JABATAN ATAU SEKOLAH berdasarkan kepada surat edaran KPM Rujukan KPM.500-7/1/1 Jld. 8 (81) bertarikh 09 Jun 2017.

Dapatkan “Iklan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 hingga Gred DG54 dan Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) secara TBKK bagi Julai sehingga Disember 2018” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : IKLAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG32 HINGGA GRED DG54 DAN PEGAWAI KUMPULAN PELAKSANA (PKP) SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BAGI JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2018

SUMBER : KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Login ePangkat

Nota: Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan urusan kenaikan pangkat PPP di bawah seliaan YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan akan terjejas dan KEMENTERIAN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG MASALAH PERAKUAN YANG TIDAK DIPERAKU DISEBABKAN PERCANGGAHAN MAKLUMAT ATAU TIDAK LENGKAP(Contoh: Tidak memuatnaik halaman BPK seperti yang tercatat dalam nota paparan ePangkat / kenyataan cuti yang meragukan / kesilapan tarikh lantikan tetap atau pengesahan dalam jawatan oleh SPP)

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 hingga Gred DG54 dan Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) secara TBKK bagi Julai sehingga Disember 2018 memberikan manfaat buat semua khususnya kepada PPP dan PKP yang berminat. Teruskan menyokong kami dengan menyertai saluran Telegram kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi terkini lagi sahih dari semasa ke semasa. Terima kasih.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati