Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Jawatan Tentera Darat Malaysia Tahun 2023

Pengambilan Jawatan Tentera Darat Malaysia Tahun 2023
Pengambilan Jawatan Tentera Darat Malaysia Tahun 2023

Pengambilan Jawatan Tentera Darat Malaysia Tahun 2023. Cerita diumumkan bahawa pihak tentera darat Malaysia telah membuka peluang kerjaya itu menjadi prajurit muda atau dikenali sebagai tentera darat Malaysia bagi tahun 2023.

Sehubungan itu, diminta kepada rakyat Malaysia untuk mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup permohonan secara rasminya.

Kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk mendapatkan informasi terkini mengenai peluang jawatan kosong swasta dan kerajaan anda boleh ikuti telegram rasmi kami melalui pautan di bawah:

Telegram kerja
Sertai PERCUMA Sekarang Untuk Dapatkan Info Jawatan Kosong Terkini!

Pengambilan Jawatan Tentera Darat Malaysia Tahun 2023

Pengambilan Jawatan Tentera Darat Malaysia Tahun 2023
Pengambilan Jawatan Tentera Darat Malaysia Tahun 2023

Apakah Pengambilan Jawatan Tentera Darat Malaysia Tahun 2023?

Adalah dimaklumkan bahawa pengambilan jawatan kosong Yang dibuka oleh tentera darat Malaysia maklumatnya adalah seperti berikut:

Jawatan ;

  • Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 199 Tahun 2023

Majikan :

  • Tentera Darat Malaysia (TDM)

Permohonan Dibuka:

  • 17 Julai – 20 Ogos 2023

Apakah Syarat Asas Permohonan Pengambilan Jawatan Tentera Darat Malaysia Tahun 2023?

Untuk permohonan,perlulah mengikuti syarat asas yang telah ditetapkan seperti dibawah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur antara 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 31 Disember 2022 (Pengambilan Siri 197 2023)
  3.  Penglihatan:
    – Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap.
    – Tidak rabun warna.
  4. Pendengaran:
    – Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran.
  5. Kecergasan jasmani:
    – Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  6.  Taraf kesihatan:
    – Sihat, tidak cacat anggota badan.
    – Tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang.
    – Tidak menghidap penyakit lelah.
    – Tidak mempunyai penyakit kronik dan penyakit keturunan.

Syarat Fizikal

Tinggi:
– Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
– Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m

Berat:
– Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
– Berat Badan Minima Wanita 45.0 kg

Indeks Jisim Badan (BMI):
– Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita di antara 18.0 hingga 26.0

Syarat Akademik

  • Memiliki Sijil SPM/SPVM dan setaraf.
    Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki KEPUJIAN dalam:
    – Bahasa Melayu
    – Bahasa Inggeris
    – Sains
    – Matematik
    – Sejarah

Kelayakan Tambahan

Kelebihan mempunyai Sijil/Kemahiran dalam pelbagai bidang Sains & Teknologi. Pencapaian sukan peringkat negeri dan boleh bermain alat muzik/pancaragam. Kelebihan dalam penguasaan bahasa asing.

HANYA CALON YANG LAYAK AKAN DISENARAI PENDEK UNTUK MENGHADIRI UJIAN PEMILIHAN AKHIR

Bentuk Ujian

  1. Pemeriksaan Kesihatan.
  2. Ujian Kecergasan:
    – Larian 2.4 KM – 14 minit
    – Tekan Tubi – 40 kali
    – Bangkit Tubi – 45 kali
  3. Ujian Bertulis:
    – Ujian Kecerdasan (IQ)
    – Ujian Psikologi
    – Ujian Fardhu Ain & Bacaan Al-Quran (Bagi Calon Beragama Islam)

Bagaimana Dengan Skim Gaji Kemasukan Mengikut Kelayakan Akademik?

Berikut adalah dibawah senarai untuk skim gaji mengikuti Kelayakan akademik;

  1. SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan: RM1,459.00]
  2. SPVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan: RM1,564.00]
  3. SKM TAHAP 2 – Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan: RM1,630.01]
  4. SKM TAHAP 3 – Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan: RM1,696.02]
  5. DIPLOMA PERUBATAN – Diploma dalam bidang perubatan atau kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan: RM1,894.05]
  6. DIPLOMA KEJURUTERAAN – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan: RM2,026.07]

ELAUN

  • Elaun Sara Hidup
  • Elaun Khidmat
  • Bayaran Insentif Khas
  • Elaun Kepakaran
  • Elaun Imbuhan Perumahan
  • Elaun Perjalanan

Kemudahan Yang Disediakan

  • Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer
  • Rawatan Perubatan
  • Lembaga Tabung Angkatan Tentera
  • Insurans Kelompok Angkatan Tentera
  • Peluang melanjutkan pelajaran
  • Kemudahan Kediaman

Mohon juga jawatan;

CARA MEMOHON

Calon yang berminat untuk membuat permohonan anda boleh ikuti langkah-langkah permohonan yang Kami sediakan di bawah dan mestilah ikuti hanya melalui penetapan yang telah ditetapkan sahaja:

  1. Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) dengan menggunakan pautan di:

PENDAFTARAN ATAS TALIAN AKAN DIBUKA APABILA TARIKH PERMOHONAN DIBUKA SAHAJA.

2. Calon harus memahami syarat kelayakan yang telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum memohon bagi memastikan syarat-syarat kelayakan dipatuhi.

3. Hanya satu (1) permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap calon.

4. Sila pastikan maklumat anda diisi dengan lengkap dan sempurna sebelum dihantar.

5. Calon yang layak ke Pemilihan Akhir akan dimaklumkan melalui akaun Pendaftaran Baru/ Daftar Masuk yang telah didaftarkan.

PANDUAN MENDAFTAR ONLINE

1. Tekan (Click) pautan (link) seperti berikut:

Pendaftaran Baru/Daftar Masuk- https://mims.mod.gov.my/sppmtd/ (tekan advanced dan seterusnya Proceed to mims.gov.my (unsafe) )atau
Jom Masuk Tentera – https://jmt.mod.gov.my/

2. Isi maklumat

Calon hendaklah isi penuh seperti berikut tanpa sebarang kesilapan:

  • NAMA PENUH
  • NO KAD PENGENALAN
  • JANTINA
  • NO TELEFON (Boleh dihubungi)
  • EMAIL (Aktif)
  • KATA LALUAN (Pastikan anda tidak terlupa Kata Laluan)

Kemudian, Tekan (Click) DAFTAR

(Pastikan email yang digunakan masih aktif kerana sebarang maklumat akan dihantar ke alamat email yang diberikan)

3. Log Masuk menggunakan No Kad Pengenalan, Email, dan Kata Laluan (Yang Anda Daftarkan).

4. Isi Maklumat Peribadi yang diperlukan dalam Borang Permohonan menggunakan HURUF BESAR.

5. Setelah maklumat lengkap diisi, calon perlu tekan (click) butang HANTAR.

6. Untuk membuat SEMAKAN, calon boleh membuat semakan status permohonan di bahagian SEMAK STATUS PERMOHONAN di akaun yang telah anda daftarkan.

MAKLUMAT LANJUT

1. Layari laman sesawang rasmi dan media sosial rasmi Tentera Darat di:

Laman Sesawang Rasmi – https://army.mil.my
Facebook Rasmi – https://www.facebook.com/TenteraDaratMY
Instagram Rasmi – https://www.instagram.com/tenteradarat/?hl=en
Twitter Rasmi – https://twitter.com/tenteradarat
Tik Tok Rasmi – https://www.tiktok.com/@tenteradaratmy

2. Alamat Surat Menyurat:

Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat, Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat 2, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur

3. Maklumat Pegawai yang boleh dihubungi:

– Telefon Bimbit Pegawai:
– 017-4033752: Leftenan Noraini
– 019-2536556: Staf Sarjan Ridhwan
– No Telefon Pejabat: 03-4014 0470 (Waktu Hari Bekerja)
– Email: [email protected]

Penutup

Kepada para calon hendaklah membuat permohonan dengan kadar segera dan perlulah mengikuti sop permohonan yang telah ditetapkan oleh pihak Tentera Darat Malaysia agar permohonan anda adalah diterima dan juga pastikan butiran anda adalah tepat dan sahih bagi mengelakkan apa-apa masalah berlaku dalam urusan permohonan.

Kepada anda yang membuat permohonan Kami dari admin, mengharapkan permohonan anda berjaya dan semoga dipermudahkan urusan permohonan yang seterusnya.

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati