Tahukah anda bahawa hati merupakan organ yang penting dalam tubuh badan kita? Jika hati tidak dapat berfungsi dengan baik, wujudlah risiko masalah kesihatan yang serius dan membimbangkan. Perkongsian kali ini untuk memberitahu anda semua tentang fungsi hati, tanda-tanda penyakit hati dan makanan yang perlu dielakkan bagi mereka yang menghidap penyakit hati.
Fungsi hati bagi tubuh sangatlah penting khususnya dalam membantu proses pencernaan. Bila organ hati tidak berfungsi dengan baik, berbagai masalah serius dapat muncul. Oleh karena itu, penting untuk kita menjaga fungsi hati.
Hati terletak di bahagian kanan atas rongga perut, tepatnya di bawah diafragma. Organ terbesar dalam sistem pencernaan ini berwarna merah kecoklatan. Kita tidak akan merasakan organ ini kerana dilindungi oleh tulang rusuk.
Tanda Penyakit Hati
Mereka yang mempunyai hati yang rosak akan mengalami beberapa simptom. Selalunya, tanda-tanda ini tidak akan berlaku pada tahap awal penyakit. Apabila penyakit ini telah merebak maka pelbagai gejala akan timbul.
Berikut merupakan tanda-tanda penyakit hati:
- Kehilangan berat badan secara drastik
- Ketidakselesaan di bahagian kanan atas perut
- Ketulan keras pada perut kanan tepat di bawah rusuk
- Loya dan muntah
- Hilang selera makan
- Jaundis (kulit menjadi kuning dan bahagian putih mata)
- Perut bengkak
- Kelesuan
- Air kencing berwarna gelap
Fungsi Hati
Hati merupakan salah satu organ penting yang mempunyai pelbagai fungsi dalam sistem badan manusia.
Antara fungsi hati adalah seperti yang berikut:
- Menghancurkan sel darah merah yang sudah lama
Sel darah merah dihasilkan secara teratur di dalam tubuh. Sel darah ini umumnya memiliki usia sekitar 100–120 hari. Selain itu, sel darah merah yang sudah lama akan diproses oleh organ hati dan menghasilkan bilirubin.
Bilirubin akan disaring oleh ginjal dan dikeluarkan melalui urine. Proses inilah yang menjadikan urine berwarna kekuningan.
Gangguan pada fungsi hati akan menyebabkan bilirubin berkumpul dan menyebabkan berbagai masalah kesihatan dan salah satunya adalah penyakit kuning di mana mata dan kulit berwarna kekuningan
2. Membersihkan darah
Hati juga berfungsi untuk membersihkan darah dari bahan berbahaya seperti racun, alkohol, dan ubat-ubatan. Peranan hati adalah untuk mengubah bahan berbahaya tersebut menjadi molekul yang larut dalam air dan akan dikeluarkan melalui urine.
3. Menyimpan tenaga dan nutrisi
Hati menyimpan tenaga untuk tubuh dalam bentuk glikogen dan mengubahnya menjadi glukosa apabila kadar glukosa dalam darah adalah rendah. Selain itu, hati juga berperanan dalam penyimpanan zat besi dan beberapa vitamin seperti vitamin A, vitamin B12, vitamin D dan vitamin K.
4.Memproduksi zat yang dibutuhkan tubuh
Organ hati menghasilkan pelbagai zat yang penting bagi tubuh. Misalnya, kolesterol dan protein khusus yang dapat membawa lemak ke seluruh tubuh. Organ ini juga menghasilkan protein yang dapat menjaga keseimbangan cairan dalam sistem tubuh badan.
Protein yang berperanan sebagai agen pembekuan darah dan sistem imunisasi tubuh badan juga dihasilkan oleh organ hati. Selain itu, hati menghasilkan hormon pertumbuhan pada anak-anak dan cairan hempedu yang memainkan perananan penting dalam proses pencernaan makanan.
Makanan Yang Harus Dihindari Untuk Penyakit Hati
Terdapat beberapa makanan yang patut dihindari bagi melindungi kesihatan hati. Berikut merupakan makanan yang patut dielakkan:
1)Makanan berlemak
Kentang goreng dan burger adalah pilihan yang sangat tidak sihat untuk menjaga kesihatan hati. Terlalu banyak makanan yang mengandungi lemak tepu boleh membuatkan hati mengalami kesukaran untuk menjalankan tugasannya. Lama-kelamaan, makanan ini akan menyebabkan keradangan dan mungkin akan mengakibatkan parut pada organ hati yang dikenali sebagai sirosis.
2)Makanan manis
Mengambil terlalu banyak makanan manis boleh menyebabkan kesesakan pada hati. Ini kerana sebahagian tugas hati adalah untuk menukar gula menjadi lemak. Terlalu banyak gula mengakibatkan peningkatan lemak dalam darah. Untuk tempoh jangka masa panjang, ia akan menyebabkan penyakit hati berlemak. Jadi kita dinasihatkan mengurangkan pengambilan makanan manis.
3)Alkohol
Pengambilan alkohol terlalu banyak boleh mendatangkan masalah kepada hati yang untuk tempoh masa panjang dan boleh menyebabkan sirosis.
Hati merupakan organ yang paling penting dalam badan manusia. Dengan perkongsian yang sederhana ini diharapkan anda yang membaca mendapat maklumat dan ilmu yang ingin disampaikan dan dapat digunakan untuk kebaikan di masa akan datang.