Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Terkini : i-Belia, Permohonan Bantuan One-Off Belia Terengganu RM150

BANTUAN i Belia 1
Permohonan Bantuan One-Off

Terkini : i-Belia, Permohonan Bantuan One-Off Belia Terengganu RM150. Makluman terbaru! Dibawa Kerajaan Negeri Terengganu telah mengumumkan pemberian bantuan baharu kepada belia di negeri Terengganu menerusi bantuan yang dinamakan  ‘Bantuan i-Belia’.

i-Belia merupakan bantuan yang dikhususkan kepada semua belia serta mahasiswa yang berumur likungan antara 18-39 tahun yang menetap di Terengganu, bantuan diberikan secara one-off.

Bagi anda yang berminat untuk membuat permohonan bantuan i-Belia, anda boleh ikuti makluman terbaru berkenaan bantuan dan cara permohonan dibawah.

Terkini : i-Belia, Permohonan Bantuan One-Off Belia Terengganu RM150

Apakah Itu Permohonan Bantuan One-Off Bantuan i-Belia?

Bantuan i-Belia merupakan bantuan yang diperkenalkan secara rasmi oleh kerajaan Terengganu baharu sahaja minggu ini. Bantuan ini merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk memberi manfaat kepada golongan belia dan mahasiswa.

Dijangka sebanyak 135,974 orang akan menikmati manfaat yang diberikan dari golongan belia.

Berapakah Kadar Permohonan Bantuan One-Off Bantuan i-Belia?

Untuk pengetahuan umum, bantuan yang disalurkan adalah sebanyak RM150 secara one-off. Permohonan adalah dibahagi kepada beberapa kategori. Anda boleh ikuti kategori yang dibahagikan dibawah.

Kategori Permohonan Bantuan One-Off

Bantuan ini diberikan kepada 4 kategori iaitu:

  1. Kategori Belia Bujang
  2. Kategori Belia Bujang (Perantau)
  3. Kategori Mahasiswa
  4. Kategori Mahasiswa (Perantau)
i belia 1 723x1024 1
Permohonan Bantuan One-Off
Permohonan Bantuan One-Off

Bilakah Tempoh Permohonan Dibuka Dan Ditutup?

Untuk makluman kepada semua, permohonan bantuan i-Belia kini dibuka bermula 18 September 2022 dan permohonan akan ditutup pada 6 Oktober 2022.

Bagi para pemohon, anda boleh membuat permohonan segera bantuan i-Belia yang diperkenalkan oleh kerajaan Terengganu sebelum tarikh tutup pada 6 Oktober.

Ikuti cara permohonan bantuan i-Belia dibawah.

Permohonan Bantuan i-Belia, Bantuan RM150 One-off Tahun 2022

Bagaimanakah  Syarat Permohonan Bantuan i-Belia?

ec2b56d9 fca7 4b18 b4e4 cede158e6b1c 7

Permohonan bagi bantuan i-belia adalah tertakluk kepada syarat-syarat permohonan, anda boleh rujuk dibawah.

Syarat Permohonan Adalah Merujuk Kepada Kategori:

KATEGORI BELIA BUJANG

1. Berumur di antara 18 tahun hingga 39 tahun.

2. Status pemohon masih BUJANG pada tarikh permohonan.

3. Bagi pemohon yang BEKERJA, Jumlah pendapatan bulanan tidak melebihi RM1,500 sebulan.

4. Bagi pemohon yang BELUM BEKERJA, Jumlah pendapatan ISI RUMAH tidak melebihi RM2,500 sebulan (Jumlah pendapatan Ibu Bapa / Penjaga).

5. Kakitangan Kerajaan Negeri dan Persekutuan tidak layak memohon.

6. Pemohon yang berstatus MAHASISWA tidak layak memohon bagi kategori Belia Bujang.

KATEGORI BELIA BUJANG (PERANTAU)

1. Anak jati Terengganu yang tinggal di LUAR TERENGGANU (PERANTAU) LAYAK MEMOHON.

2. Berumur di antara 18 tahun hingga 39 tahun.

3. Status pemohon masih BUJANG pada tarikh permohonan.

3. Bagi pemohon yang BEKERJA, jumlah pendapatan bulanan tidak melebihi RM1,500 sebulan.

4. Bagi pemohon yang BELUM BEKERJA, jumlah pendapatan ISI RUMAH tidak melebihi RM2,500 sebulan (Jumlah pendapatan Ibu Bapa / Penjaga).

5. Kakitangan Kerajaan Negeri dan Persekutuan tidak layak memohon.

6. Pemohon yang berstatus MAHASISWA tidak layak memohon bagi kategori Belia Bujang..

KATEGORI MAHASISWA(Perantau/Bukan Perantau)

1. Berumur di antara 18 tahun hingga 39 tahun.

2. Pemohon adalah seorang MAHASISWA yang masih menuntut di institusi Awam atau Swasta di dalam Malaysia.

SYARAT UTAMA I-BANTUAN

1. Pemohon adalah rakyat Terengganu & menetap di Negeri Terengganu.

2. Maklumat pemohon mesti telah ada dalam sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20).

3. Pemohon adalah pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.

4. Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.

Cara Permohonan Bantuan i-Belia

Bagi membuat permohonan Bantuan i-Belia, pemohon boleh merujuk cara-cara permohonan seperti berikut:

  1. Sila layari laman web rasmi bantuan: Laman Web Rasmi Bantuan i-Belia
  2. Kemudian, klik ‘Daftar’.
  3. Sila isi maklumat dengan betul dan kemudian klik ‘Daftar’.
  4. Jika maklumat pemohon (KIR) yang tiada dalam sistem PRT20, tidak akan berjaya mendaftar dalam sistem iBantuan.
  5. Bagi memastikan nama berada di dalam sistem PRT20, muat turun borang PRT20. Anda perlu lengkapkan dan hantar terus pada JPKK atau Pusat Khidmat Masyarakat DUN anda.
  6. Kemudian, Log masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan anda.
  7. Tekan ‘Mohon’ pada ruangan Pencen Rakyat.
  8. Sila baca syarat permohonan, lalu tekan ‘Berikutnya’.
  9. Isi nombor kad pengenalan anda dan klik butang ‘Semak’.
  10. Jika anda berjaya, sila isi borang permohonan online dengan lengkap.
  11. Tekan butang ‘ Simpan Dan Cetak’
  12. Lengkapkan lampiran yang diminta/diperlukan.

Bantuan i-Belia, Membantu Para Belia Meringankan Beban Dengan Bantuan One-Off

Kerajaan Terengganu terus konsisten dalam membantu rakyat dan memastikan bantuan disalurkan kepada semua lapisan masyarakat. Penghargaan wajar diberikan kepada kerajaan Terengganu yang terus maju demi rakyat.

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati