Bermula tahun 2024, Malaysia akan melaksanakan cukai jualan LVG iaitu cukai keatas barang yang bernilai rendah yang dijual secara online mulai 1 januari 2024 berdasarkan sumber Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Jelas pihak JKDM bahawa semua pembelian melalui secara atas talian seperti Shopee, Lazada dan juga Tiktok shop yang diimport dari luar negara dijual dengan harga bawah RM500 secara dalam talian akan dikenalkan cukai jualan LVG.
Melalui pengenalan cukai jualan ini oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia adalah untuk mengimbangi harga jualan antara produk luar dan juga produk tempatan. Jadi hanya penjual yang mempunyai nilai ambang jualan LVG sebanyak RM500,000 dalam masa 12 bulan perlulah mendaftar di bawah jkdm.
Pelaksanaan Cukai Jualan LVG Seluruh Malaysia
Isi Kandungan
Berkenaan dengan cukai jualan ini telah diperundangankan ke atas barang bernilai rendah lvg bermula 1 januari 2023. Namun pelaksanaan cukai jualan ke atas lvg bermula pada 1 januari 2024.
Apakah Itu Cukai Jualan LVG?
Cukai jualan LVG adalah merupakan cukai ke atas semua barang tidak termasuk rokok, produk tembakau, minuman keras yang memabukkan, sejenis yang digunakan untuk merokok dan rokok elektronik. Barang yang dikenakan adalah barang yang dijual dengan harga dibawah RM500 serta di bawa masuk ke Malaysia melalui jalan darat, laut serta udara.
Apa itu LVG?
LVG adalah bermaksud Low Value Goods yang bermaksud barang bernilai rendah. Melalui terma yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia , cukai LVG bermaksud seseorang itu akan dikenakan cukai pembelian barangan bernilai rendah harga RM500.
Penerangan dan Contoh Cukai Jualan LVG yang Dikenakan Sebanyak 10%
Terdapat beberapa contoh atau situasi yang mudah untuk anda memahami apakah itu cukai jualan lvg yang akan dikenakan ke atas barang bernilai rendah yang diimport atau dibeli melalui platform atas talian.
Cukai jualan yang akan dikenakan adalah tidak termasuk sebarang cukai duti, yuran atau caj lain seperti pengangkutan insurans atau kos lain. Rujuk contoh 1:
Contoh 1
Najwa membeli jam tangan dari luar negara bernilai rm2 melalui platform abc secara atas talian semasa pembayaran 10% cukai jualan ke atas lvg dikenakan pada harga jam tangan tersebut. Selain itu, kos penghantaran sebanyak RM10 juga dikenakan. Harga yang perlu dibayar oleh najwa adalah seperti berikut:
Penerangan | Harga (RM) |
---|---|
Harga jam tangan (seunit) | 200 |
Cukai jualan LVG (10%) | 200 x 10% = 20 |
Kos pengankutan | 10 |
Jumlah | 230 |
Cukai jualan LVG akan dicas berdasarkan nilai jualan sekeping atau seunit. Rujuk contoh 2 dibawah;
Contoh 2
Contoh 3
Lee membeli baju daripada pembekal di platform beli-belah dalam talian ABC (Penjual Berdaftar) dengan harga RM200 dan sepasang kasut dengan harga RM600. Lee menggunakan diskaun berikut semasa membuat pembelian:
- Diskaun sebanyak RM30 untuk baju; dan
- Diskaun sebanyak RM150 untuk kasut.
Sehubungan itu, nilai jualan dikira seperti di bawah:
Harga Barangan | Harga Selepas Diskaun | Cukai Jualan LVG Dikenakan |
---|---|---|
Baju (RM200) | RM170 | 170 x 10% = 70 |
Kasut (RM600) | RM450 | 450 x 10% = 45 |
Contoh 4
Yumni membeli dompet daripada pembekal di platform beli-belah dalam talian DEF (Penjual Berdaftar) dengan harga RM300. Yumni menggunakan baucar bernilai RM50 semasa membuat pembelian:
Sehubungan itu, nilai jualan dikira seperti di bawah:
Harga Barangan | Cukai Jualan LVG Dikenakan | Baucar |
---|---|---|
Dompet (RM300) | 300 x 10% = 30 | RM50 |
Dalam keadaan ini, baucar mempunyai nilai wang sebanyak MYR50. Walau bagaimanapun, baucar ini tidak akan dianggap sebagai diskaun dan cukai jualan ke atas LVG akan dikenakan ke atas nilai jualan sebenar.
Maklumat Lanjut dan Sebarang Pertanyaan
Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan cukai LGV ini, berikut adalah penerangan berdasarkan soalan FAQs yang disediakan oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia:
Hubungi talian dibawah untuk sebarang pertanyaan dan kekeliruan berkenaan cukai jualan LGV:
- 1-300-888-500 (Domestik)
- +603-7806 7200
Waktu panggilan 8.00 AM – 5.00 PM
Soalan FAQs Berkenaan Cukai Jualan LGV
Bilakah tarikh pelaksanaan cukai jualan pada LVG?
Untuk pengetahuan, cukai jualan ke atas LVG telah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023.
Apakah yang dimaksudkan dengan Barang Bernilai Rendah (LVG)?
Semua barang (tidak termasuk rokok; produk tembakau; minuman keras yang memabukkan; rokok paip (termasuk mangkuk paip); rokok elektronik dan elektrik peribadi yang serupa peranti pengewapan; dan penyediaan sejenis yang digunakan untuk merokok melalui rokok elektronik dan alat pengewapan elektrik, dalam bentuk cecair gel, sama ada atau tidak mengandungi nikotin) yang dijual pada harga tidak melebihi RM500 dan dibawa masuk ke Malaysia melalui darat, laut atau udara.
Siapakah yang akan mengenakan cukai jualan ke atas LVG?
Mereka adalah penjual berdaftar (RS)
Siapakah itu RS?
Right Seller iaitu penjual yang berdaftar dibawah JKDM.
Dalam konteks LVG, siapakah penjual yang sebenarnya?
“Penjual” bermaksud seseorang, sama ada di dalam atau dari luar Malaysia, yang:
i. menjual LVG pada platform dalam talian; atau
ii. mengendalikan pasaran dalam talian untuk penjualan dan pembelian LVG.