MAKLUMAN : Semak Wang Tidak Dituntut(WTD) Bulan Disember Anda Segera. Daftar Masuk E-Gumis Online. Perhatian kepada rakyat Malaysia anda boleh membuat tuntutan wang anda yang masih belum dituntut di Jabatan Akauntan Negara Melalui portal rasmi eGUMIS.
Sistem eGUMIS kini tekah pun dilancarkan secara rasmi untuk memudahkan urusan dalam semakan wang tak dituntut secara online.Pada awalnya,Sistem ini dijangka beroperasi suku kedua pada tahun 2018 namun ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu oleh kerajaan.
Pada tahun 2020 bersamaan 1 Januari , eGUMIS sekarang boleh diakses secara sepenuhnya untuk semak wang yang tidak dituntut (WTD).Semakan boleh dibuat oleh anda sama ada dengan menggunakan nombor kad pengenalan (individu) atau nombor pendaftaran syarikat (syarikat). Secara rasminya terkini bagi bulan Disember anda boleh membuat semakan dengan mudah bagi membuat tuntutan wang yang anda tidak tuntut selama ini. Ikuti cara-cara tuntutan dan makluman lain.
Sertai Telegram kami untuk dapatkan makluman terbaru daripada kerajaan Malaysia dalam pengumuman berkaitan rakyat Malaysia, sertai DISINI.
Semak Wang Tidak Dituntut
MAKLUMAN : Semak Wang Tidak Dituntut(WTD) Bulan Disember Anda Segera. Daftar Masuk E-Gumis Online
Isi Kandungan
Apakah Itu Semak Wang Tidak Dituntut (WTD)?
WTD adalah merupakan sejumlah bilangan wang milik mana-mana oleh individu atau syarikat sama ada dalam bentuk simpanan, dividen, tuntutan insurans, bank draf atau sebagainya.Secara umumnya,Wang ini tidak dituntut oleh pemiliknya dalam satu tempoh yang telah ditetapkan. Kerajaan Malaysia amatlah telus dalam hal-hal kewangan.
Banyak wang yang tidak dituntut oleh rakyat Malaysia sehingga sekarang. Pada tahun 2019, telah direkodkan bahawa sebanyak RM10 billion lebih wang tidak dituntut oleh rakyat Malaysia.
Selain itu..
Semak Wang Tidak Dituntut yang tak dituntut atau WTD ini juga merupakan wang yang sepatutnya dibayar kepada seseorang namun gagal dibayar dalam tempoh setahun.
Kategori WTD Contohnya:
- gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
- dividen;
- keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
- tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
- draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
- simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
- cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai;
- pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
Selain itu, wang dalam akaun yang masih tidak aktif selama tujuh tahun juga termasuk dalam Semak Wang Tidak Dituntut. Contohnya:
- Akaun simpanan;
- Akaun semasa;
- Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).
Terkini : Rakyat Malaysia Bakal Menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) Tahun 2023
eGUMIS : Semak Wang Tidak Dituntut(WTD) Secara Online Bulan Disember Tahun 2022
Untuk memudahkan urusan semakan WTD secara online, Jabatan Akauntan Negara (JANM) telah melancarkan satu portal guna untuk awam iaitu, eGUMIS.
Untuk menggunakan sistem eGUMIS tersebut, anda boleh ikuti beberapa cara mudah seperti tertera di bawah:
- Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
- Untuk pendaftaran pengguna secara atas talian(online). Pengguna akan terima emel menyatakan kata laluan sementara bagi log masuk ke portal eGUMIS.
- Untuk log masuk portal, anda boleh menggunakan kata laluan sementara yang seperti yang diemel. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu.
- Kemudian,kemaskini maklumat pengguna.
- Seterusnya, anda boleh Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” bagi membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada) dan perlu.
Bagi fasa awal, sistem eGUMIS hanya mengandungi rekod WTD dari tahun 2006 sehingga sekarang(2022).
Sistem eGUMIS ini hanya membenarkan anda untuk membuat carian sebanyak 2 kali sehari sahaja.
Sekiranya anda terdapat amaun wang yang boleh dituntut,Sila tekan kotak biru ‘Teruskan Dengan Permohonan’ untuk proses tuntutan.
Proses Tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) Tahun 2022
Sekiranya anda mempunyai jumlah Wang Tak Dituntut,anda boleh membuat Permohonan untuk dimasukkan ke dalam akaun bank anda yang terkini.
Permohonan tuntutan hanya WTD layak untuk pihak-pihak seperti dibawah:
- Pemilik WTD sendiri;
- Merupakan Pentadbir harta pusaka (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka ditetapkan;
- Merupakan pelikuidasi yang mewakili syarikat/firma yang sedang dalam proses penggulungan
- Merupakan Individu atau syarikat/firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah; atau
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat atau firma yang bubar atau individu yang bankrap
Setelah anda membuat tuntutan, wang anda akan diproses dalam beberapa tempoh dan biasanya ia mengambil masa lebih kurang 1 bulan untuk dikreditkan ke akaun bank yang dinyatakan dalam borang tuntutan.
Maklumat Lanjut
Anda boleh merujuk garis panduan dalam tuntutan WTD melalui pdf dibawah:
Brosur Garis Panduan Permohonan Tuntutan WTD
Untuk memudahkan urusan semakan anda, anda boleh merujuk manual pengguna:
Demikianlah cara mudah untuk anda mendapat wang anda yang masih belum dituntut. Anda jangan lepaskan peluang untuk mengambil inisiatif hasil dari kemudahan dan ketelusan kerajaan Malaysia.