Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kerap Gastrik? Awas Tanda Awal Anxiety dan 16 Cara Hilangkan Gastrik

Kerap Gastrik? Awas Tanda Awal Anxiety dan 16 Cara Hilangkan Gastrik

Bagaimana cara hilangkan gastrik? “Saya okay je! Saya dah biasa makan lewat” itulah kata-kata dari individu yang suka melewatkan waktu makan sehingga mendatangkan kemudaratan pada diri. Sejak akhir-akhir ini ramai yang menderita gastrik. Jika berjumpa dengan doktor sama ada di hospital swasta ataupun kerajaan jawapan tetap sama ‘awak ada masalah gastrik’.

Begitu juga dengan perubatan islam. Dikatanya terkena buatan orang ataupun gangguan disebabkan oleh mempunyai tanda-tanda seperti jantung berdebar, rasa takut nak mati, dan selalu fikir negatif. Sehingga ada individu habis pokai duit semata merawat gastrik, hasilnya tetap sama, sakitnya tetap terasa.

Bagi admin sebelum anda nak rawat gastrik. Pastikan anda kenali puncanya, Jadi, kali ini admin akan kongsikan apakah itu gastrik? Kenali punca-punca gastrik serta bagaimana cara hilangkan gastrik? Jom baca.

Sakit Gastrik Berpanjangan Bahaya untuk Kesihatan

Apakah itu Gastrik

Gastrik atau lebih dikenali gastritis. Gastrik adalah perut manakala perkataan ‘Tis’ dibelakang adalah radang, maksudnya keradangan ataupun kebakaran. Gastritis dimana keadaan terdapat keradangan pada dinding perut, khususnya pada lapisan dalam perut yang menghasilkan asid dan enzim untuk mencerna makanan.

Apa kaitan Gastrik dan Anxiety?

Gastrik dengan GERD akan membawa kepada anxiety. Anxiety pula dimana keadaan usus kita kekurangan hormon serotonin. Hormon serotonin 95% dikeluarkan daripada usus dan hanya 5% daripada otak, kalau kita ada masalah usus tidak sihat maknanya hormon serotonin akan berkurangan. Hormon serotonin adalah hormon ceria, jika hormon serotonin itu berkurang maknanya hormon ceria kita akan hilang. Oleh itu kita akan diserang anxiety, Antara gejalanya ialah kita akan rasa takut yang melampau, panik, jantung berdebar, telinga berdesing dan sebagainya.

Kenali Punca Berlakunya Gastrik

Apakah Punca Berlakunya Gastrik?Umum diketahui gastrik adalah perut. Punca gastrik adalah dari dinding pelindung perut. Perut sememangnya mempunyai lapisan pelindung permukaan perut. Ia berfungsi untuk neutralkan asid. Tetapi bila perut kita rosak disebabkan oleh jadual makan tidak teratur, makan makanan yang tinggi proses yang ada chemical additive.

Perkara itu yang merosakkan kita punya lapisan perut serta asid perut juga akan terus terkena pada perut. Lapisan perut ini memang Allah cipta ia akan sentiasa rosak dan sentiasa membaiki dalam 3 ke 5 hari. Orang yang ada penyakit gastrik ini biasanya lambat baik. Oleh itu, ubati dengan ubah gaya hidup dan jaga pola pemakanan untuk merawat gastrik dengan cepat dan ketahui cara hilangkan gastrik.

20 Tanda Anda Terkena Gastrik

  1. Sakit kepala yang melampau
  2. Tegang leher dan bahu
  3. Jantung berdebar laju, rasa nak mati
  4. Ketat dada atau dada rasa ditekan bila baring
  5. Nafas tak puas
  6. Rasa mual, loya dan muntah
  7. Kaki tangan rasa sejuk
  8. Leher rasa tercekik
  9. Mengigil dan berpeluh
  10. Telinga berdesing
  11. Rasa takut nak mati, takut yang melampau
  12. Lesu dan cepat letih
  13. Selalu berfikir negatif
  14. Risau dan gelisah
  15. Tiba-tiba sedih
  16. Sembelit
  17. Senak
  18. Kembung perut
  19. Rasa mencucuk
  20. Hilang selera makan

Sekiranya anda terdapat tanda-tanda ini, maka perlulah anda ketahui cara hilangkan gastrik segera.

Petua Hilangkan Sakit Gastrik

Berikut adalah beberapa petua yang dapat membantu mengurangkan sakit gastrik dan cara hilangkan gastrik:

Kerap Gastrik? Awas Tanda Awal Anxiety dan 16 Cara Hilangkan Gastrik
Cara Hilangkan Gastrik
  • Makan makanan yang mengandungi probiotik seperti yogurt, kimchi, dan sebagainya. Pemakanan yang mengandungi probiotik ini dapat memperbaiki gejala gastritis.
  • Minum air rebusan halia muda. Halia muda terdapat banyak khasiatnya. Anda boleh rebus dan terus minum. Sekiranya anda mempunyai penyakit darah rendah cukup sahaja buat ulam halia kerana air rebusan halia tidak digalakkan kepada mereka yang mempunyai masalah darah rendah.
  • Amalkan bahan semula jadi seperti daun kunyit, daun jambu batu, halia muda. Bahan ini berfungsi untuk mengurangkan masalah gastrik.
  • Kurangkan pengambilan kopi, minuman dan makanan ringan, alkohol, tembakau dan makanan berlemak untuk mengurangi risiko masalah gastrik.
  • Elakkan makanan yang boleh menyebabkan asid berlebihan seperti durian, pisang, terung, timun, ubi, kubis mentah, nasi lemak, susu pekat, pulut dan sebagainya.
  • Elakkan makanan yang mengandungi gluten seperti roti, roti canai, donat dan lain-lain. Makanan yang mempunyai gluten merupakan makanan yang boleh menyebabkan keradangan pada usus.

Cara Hilangkan Gastrik dengan Cara Alami

Penting untuk kita menjaga pola makan dan ubah gaya hidup bagi merawat gastrik secara alami. Terdapat beberapa perkara pesakit gastrik ‘JANGAN’ lakukan, antaranya ialah:

Kerap Gastrik? Awas Tanda Awal Anxiety dan 16 Cara Hilangkan Gastrik
Cara Hilangkan Gastrik
  • Jangan terus baring selepas makan.
  • Jangan telan tanpa kunyah 40 kali.
  • Jangan minum air kosong sekiranya asid refluks atau tekak rasa tercekik, digalakkan minum air suam untuk tolak asid turun ke bawah.
  • Jangan lewatkan waktu makan
  • Jangan banyak tidur atau baring. Sekurangnya berjalan 30 minit sehari.
  • Jangan makan berat ketika perut kosong, seeloknya makan kurma atau air rendaman kurma sebelum makan makanan berat.

Pencegahan Untuk Sakit Gastrik

Pesakit gastrik perlu makan sedikit tetapi kerap, dalam pada itu. Pesakit gastrik juga perlu mengikut jadual makan pada waktu perut sedang bekerja untuk merembeskan asid.

Berikut adalah jadual bagi pesakit gastrik.

Sarapan pagi : Antara jam 5pagi sehingga 8pagi, jangan makan makanan berat diwaktu pagi seperti ayam, daging, telur digalakkan.

Makan tengahari : Antara jam 11 tengahari sehingga 2 petang, perlu makan makanan berat, seperti nasi dan sebagainya.

Waktu malam : Antara jam 6 petang sehingga 8 malam, selepas makan, jangan terus baring. Ambil masa sekurangnya 2jam sebelum tidur.

Jika anda mengalami gejala gastrik, adalah penting untuk mendapatkan penilaian dan rawatan dari profesional penjagaan kesihatan. Menyedari dan menangani gejala gastrik dengan cepat dapat membantu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan secara menyeluruh. Jelaslah bahawa mencegah itu adalah lebih baik dengan ikuti langkah yang saya kongsikan di atas, pastikan anda berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan penyakit yang anda miliki.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Yumni Khans
Yumni Khans
'Kita bukan diciptakan untuk berputus asa..'

Anda Mungkin Meminati