Resepi Air Asam Ikan Bakar Simple dan Ala Thai

Himpunan Resepi Air Asam Ikan Bakar Simple dan Ala Thai

Kalau dengar air asam mesti berliur apatah lagi kalau dimakan dengan ikan bakar. Kepada peminat ikan bakar di luar sana,jangan risau! Harini, kita akan kongsikan resepi air asam ikan bakar ala thai yang simple. Bolehlah simpan dalam bekas untuk kegunaan seharian. Boleh juga letak dalam peti sejuk agar tahan lama. Nanti bila nak makan,tinggal keluarkan je dari peti sejuk dan boleh dinikmati dengan ahli keluarga.

Berikut adalah penerangan mengenai air asam dan cara membuat air asam yang mudah anda buat dengan beberapa bahan sahaja. Oleh itu, para pembaca, boleh merujuk kepada perkonsian kami dengan segera.

Penerangan Ringkas Air Asam dan Kelebihannya

buah asam jawa

Apa Itu Air Asam?

Air asam ialah air yang mengandungi beberapa jenis asam seperti lemon, jeruk nipis, asam jawa atau cuka. Air asam berasal dari buah asam yang dihasilkan melalui pokok saka malar hijau dan amat berguna dalam masakan harian di negara kita,Malaysia. Pokok asam jawa ini merupakan tumbuhan semula jadi di benua Afrika.

Namun, ianya telah tersebar luas ke seantero dunia termasuklah Malaysia. Selain dijadikan pokok tanaman, ianya juga boleh dijadikan pokok hiasan. Pokok asam jawa ini diperkenalkan oleh para pedagang Arab yang datang ke Asia Tenggara. Asam jawa biasanya dilarutkan dalam air dan digunakan dalam masakan.

Selain itu, ianya boleh dimakan begitu sahaja. Asam jawa ini juga terkenal dalam perubatan tradisional kerana dapat merawat batuk dan sakit tekak. Asam jawa juga mengandungi pelbagai nutrisi seperti Magnesium, Zat Besi, Fosforus, Kalium, Serat, Niacin, Kalsium, Vitamin C dan Vitamin A.

Kelebihan Air Asam Untuk Kesihatan

air asam

Terdapat banyak kebaikan air asam yang anda wajib ketahui. Antara kebaikan air asam adalah seperti dibawah:

11 Kelebihan Amal Air Asam
Membantu mencerahkan kulit
Membantu masalah pernafasan
Mengawal berat badan
Mengurangkan kolestrol
Mengawal darah tinggi
Mengatasi masalah simbelit
Merawat penyakit jantung
Melembapkan kulit
Dapat meredakan jerawat
Mengatasi masalah cirit-birit
Mengurangkan rasa loya dan mual bagi ibu mengandung
Mengurangkan keradangan
Melindungi hati
Dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular

Resepi dan Cara Buat Air Asam Dengan Mudah

Disini kami senaraikan keperluan anda dalam membuat Air Asam yang sedap. Anda boleh ikuti senarai bahan masakan dan resepi Air Asam mudah berserta penerangan video.

Bahan-bahan Yang Diperlukan Untuk Menghasilkan Air Asam Ikan Bakar Ala Thai

bahan bahan air asam

Tak sangkah membuat air asam hanya memerlukan beberapa bahan sahaja! Berikut adalah bahan-bahan air asam:

  • 5 tangkai cili kering
  • 10 tangkai cili padi
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit cuka
  • 2 sudu besar gula
  • Garam (secukupnya)
  • 4 biji limau kasturi

Cara Penyediaan

Resepi air asam sangatlah mudah dan ada beberapa langkah sahaja, berikut adalah cara buat air asam:

  1. Cili kering hendaklah digoreng terlebih dahulu kemudian bawang putih dan cili padi dipotong dan dicampurkan dengan 2 sudu besar minyak masak
  2. Kemudian,goreng sehingga garing sedikit dan angkat
  3. Setelah digoreng,hendaklah ditumbuk hingga hancur
  4. Pindahkan ke dalam mangkuk disertai dengan bahan-bahan yang belum digunakan tadi
  5. Kacau sehingga sebati dan campurkan dengan sedikit air.
  6. Selepas selesai, maka hidangan anda telah siap dan bersedia untuk dihidang!

Tutorial Penyediaan Air Asam Ikan Bakar Ala Thai

Bagi anda yang ingin ketahui dan ikuti langkah yang lebih tepat dan berkesan, boleh ikuti penerangan lebih lanjut melalui video yang kami kongsikan dibawah:

Diharapkan dengan perkongsian kali ini dapat membantu anda menyediakan hidangan air asam dengan sedap sekali! Kami gembira sekiranya anda berjaya lakukannya dan jangan lupa kongsikan resepi ini kepada rakan-rakan anda.

Soalan FAQs Berkenaan Air Asam

Apakah itu air asam?

Air asam adalah resepi masakan tradisional rakyat Malaysia yang mengunakan asam jawa dalam bahan masakan air asam ini.

Bagaimana air asam itu dibuat?

Air asam dibuat dengan beberapa bahan dan resepi khusus. Anda boleh rujuk cara buat air asam diatas.

Bagaimanakah rasa air asam?

Rasanya manis-manis masam dan jikalau ditambah lada akan terasa pedas masam manis.

Apakah yang sesuai dihidang bersama air asam?

Air asam sangat sesuai dijadikan hidangan keluarga dan ianya sedap dijadikan sebagai sos bagi lauk ikan bakar, ayam dan ulam ulaman.

Apakah keistimewaan air asam?

Pada sudut kesihatan, ianya mempunyai kelebihan tersendiri iaitu membantu mencerahkan kulit, mengurangkan jerawat dan lain-lain.