Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Biodata Daniel Padilla – Aktor Kacak Popular Filipina

biodata daniel padilla

Pelakon terkenal dan kacak di negara Filipina, Daniel Padilla yang merupakan seorang yang terkenal dengan jolokan “Teen King”. Beliau adalah merupakan artis di bawah ABS-CBN dan Star Magic. Kemunculan beliau dalam dunia hiburan Filipina membuatkan ramai gadis tertawan dengan kekacakan wajah Daniel.

Pelakon yang berawal dengan kemunculan televisyen Gimic(2010). Kemunculan beliau mendapat sambutan ramai dan beliau berjaya mendapatkan peranan utama dalam drama Growing Up(2011). Sejak dari itu beliau telah membintangi pelbagai rancangan televisyen Filipina dan berjaya mengangkat nama beliau ke persada utama dunia hiburan Filipina.

Maklumat Berkenaan Daniel Padilla

Kehidupan Awal dan Pendidikan Daniel Padilla

daniel padilla biografi

Daniel Padilla dilahirkan pada 26 April 1995 dan berumur 28 tahun. Beliau adalah seorang anak kepada pasangan pelakon iaitu Rommel Padilla dan Karla Estrada. Kehidupan awal Daniel Padilla dibesarkan oleh ibu tunggal. Beliau juga mempunyai tujuh adik-beradik tiri di sebelah bapanya.

Daniel Padilla menetap di Tacloban selama setahun dan belajar di sana untuk darjah 4. Pada tahun 2014 beliau telah mendaftar sebagai pelajar sistem pendidikan AMA, sebuah Universiti swasta di Filipina. Oleh sebab jadual yang padat beliau telah dilaporkan mengambil program pengajian di rumah UST Angelicum College pada tahun lalu. Menurut ibu Daniel Padilla, beliau berjaya menamatkan pengajiannya semasa ditemubual di rancangan “Magandang Buhay”.

Biografi Lengkap Daniel Padilla

daniel padilla model

Berikut adalah beberapa maklumat mengenai biografi Daniel Padilla:

BiografiMaklumat
NamaDaniel John Elago Ford
Tarikh Lahir26 April 1995
Tempat LahirManila
KewarganegaraanFilipina
BangsaFilipina
AgamaKristian
Pendidikan-Sistem pendidikan AMA
-UST Angelicum College
PekerjaanPelakong dan Penyanyi
Tahun Aktif2011 – Sekarang
StatusBujang
Filem-24/7 in Love (2012)
-Sisterakas (2012)
-Must Be… Love (2013)
-Pagpag: Siyam na Buhay (2013)
-Dan lain-lain
Anugerah-Anugerah khas pada malam akhir Himig Handog menerusi lagu “Nasa Iyo Na Ang Lahat’
-Anugerah pilihan kanak-kanak 2015 bintang Nickelodeon
-Dan lain-lain
Media SosialInstagram: Daniel Ford
Twitter: Danielpadilla
Tiktok : @padeeyuh

Kerjaya dan Pencapaian Daniel Dalam Dunia Hiburan

daniel padilla aktor

Bermula pada tahun 2010 dengan peranan kecil dalam siri televisyen Gimik(2010). Untuk meningkatkan nama beliau, Daniel telah menyertai agensi bakat di bawah Star Magic. Sejak dari itu, beliau berjaya menempah nama di dalam pelbagai rancangan televisyen dan sinetron serta beberapa filem. Keterlibatan beliau dalam drama siri “Growing Up” berjaya menaikkan nama beliau ke arah yang lebih tinggi.

Setelah itu, beliau mula terlibat dengan sinetron pertamanya ialah Princess and I (2012-2013). Star magic pula memainkan peranan dengan memberi beberapa debut filemnya pada tahun 2012 iaitu filem 24/7 in Love (2012) bersama selebriti bernardo.

Daniel juga telah menceburi bidang nyanyian yang mana beliau berjaya mengeluarkan album pertama itu “Daniel Padilla” pada tahun 2012. Single komersial dan digital pertamanya telah dikeluarkan daripada album itu ialah lagu “Hinahanap-Hanap-Kita”. Dilaporkan album ini telah mencatat tempat di nombor satu seluruh negara dan terjual lebih daripada 30.000 salinan Dan telah diiktiraf sebagai platinum berganda pada tahun 2013.

Kejayaan dan Anugerah Daniel Padilla

daniel padilla singer

Sebagai aktor yang berbakat serta penyanyi yang serba boleh, Daniel telah berjaya mendapatkan beberapa anugerah serta pengiktirafan di negara Filipina. Berikut adalah beberapa pencapaian peribadi yang telah direkodkan oleh Daniel Padilla:

  • Pemenang anugerah khas pada malam akhir Himig Handog menerusi lagu “Nasa Iyo Na Ang Lahat’
  • Anugerah pilihan kanak-kanak 2015 bintang Nickelodeon
  • Tersenarai dalam 10 senarai teratas bagi filem Filipina dengan kutipan tertinggi bagi filem “Siyam Na Buhay”
  • Rancangan Sinetron paling berjaya menerusi “Pangako Sa yo”.
  • Tercalon dalam anugerah Awit ke-29
  • Tercalon dalam Anugerah FAMAS 2014
  • Anugerah Muzik Myx
  • Anugerah hiburan box-office GMMSF 2016
  • Anugerah Vietnam Face of the Year Award
  • Anugerah Luna pelakon lelaki terbaik 2019

Penglibatan Karier Lakonan Daniel Padilla

daniel padilla penyanyi

Daniel juga turut aktif dalam dunia perfileman yang mana terdapat beberapa filem dan rancangan TV berjaya beliau rakamkan. Berikut adalah senarai filem dan rancangan televisyen Daniel Padilla:

Filem Lakonan Daniel Padilla

  • 24/7 in Love (2012)
  • Sisterakas (2012)
  • Must Be… Love (2013)
  • Pagpag: Siyam na Buhay (2013)
  • Sa Ngalan ng Ama, Ina at mga Anak (2014)
  • She’s Dating the Gangster (2014)
  • Bonifacio: Ang Unang Pangulo (2014)
  • Crazy Beautiful You (2015)
  • Barcelona: A Love Untold (2016)
  • Can’t Help Falling in Love (2017)
  • Gandarrapido: The Revenger Squad (2017)
  • The Hows of Us (2018)
  • Whether the Weather is Fine (2021)

Rancangan Televisyen Daniel Padilla

  • Gimik 2010 (2010)
  • Growing Up (2011–2012)
  • Princess and I (2012–2013)
  • Got to Believe (2013–2014)
  • Pangako Sa ‘Yo (2015–2016)
  • La Luna Sangre (2017–2018)
  • 2 Good 2 Be True (2022)

Fakta Mengenai Daniel Padilla

Terdapat beberapa fakta yang menarik mengenai Daniel Padilla. Ramai yang ingin mengetahui info lanjut mengenai aktor kacak ini. Berikut adalah 9 fakta mengenai Daniel Padilla:

  1. Nama sebenar Daniel John Ford Padilla namun terkenal dipanggil dengan Daniel Padilla atau DJ.
  2. Daniel Padilla dilahirkan pada tahun 1995 di Manila Filipina.
  3. Ibu bapa Daniel Padilla ialah rommel Padilla dan kelompok yang merupakan pasangan selebriti tersohor Filipina.
  4. Daniel memulakan debut pertamanya dalam dunia hiburan pada tahun 2010 dengan menjadi bintang sinetron.
  5. Mempunyai bakat nyanyian yang baik selain daripada bidang lakonannya yang menawan
  6. Sangat popular di negara Filipina.
  7. Terlibat dalam beberapa filem besar negara Filipina seperti cannot help falling in Love (2017) dan the hows of us (2018)
  8. Hanya mengeluarkan beberapa album sahaja namun lagunya sangat mendapat permintaan tinggi.
  9. Menjadi teman lelaki kepada kathryn bernardo sejak sekian lama.

Daniel terus mencatat nama dengan beberapa pencapaian dan filem terbaharu. Menjadi nama besar industri hiburan di negara Filipina dan juga berjaya mencipta nama di luar negara adalah sesuatu pencapaian yang boleh dianggap sebagai luar biasa.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati