Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

15 Kelebihan Berbekam Pada Tubuh Badan Yang Patut Kita Ketahui

15 Kelebihan Berbekam Pada Tubuh Badan Yang Patut Kita Ketahui
15 Kelebihan Berbekam Pada Tubuh Badan Yang Patut Kita Ketahui 7

Apa itu berbekam? Kini kaedah perubatan atau perawatan kesihatan di dunia telah berkembang begitu pesat, tak terkecuali Malaysia. Pelbagai kaedah atau cara baru untuk merawat bermacam jenis penyakit yang dilakukan setiap hari untuk kesenangan dan keselesaan setiap rakyat.

Namun, meskipun banyak kaedah perubatan moden yang dikembangkan dari masa ke semasa, bekam adalah salah satu kaedah perubatan tradisional yang masih menjadi pengamalan ramai orang. Mari lihat artikal di bawah untuk mendapatkan pengetahuan berbekam.

Berbekam Dapat mendatangkan banyak manfaat pada badan

Apa Itu Bekam

bekam 1 2
15 Kelebihan Berbekam Pada Tubuh Badan Yang Patut Kita Ketahui 8

Berbekam ialah salah satu rawatan untuk mengeluarkan darah kotor dalam badan kita dengan cara menoreh atau membedah sedikit pada badan atau kepala kita untuk menghisap darah kotor dengan tanduk atau cawan panas yang akan ditelangkupkan pada tempat yang dibedah itu.

Kaedah ini merupakan rawatan tradisional paling tertua di dunia kerana telah berusia ribuan tahun dan diamalkan oleh pelbagai macam peradaban kuno di dunia ini, mulai dari Mesir, Persia, Babilonia, Cina, Yunani, hingga Romawi.

Jenis-Jenis Bekam

bekam 2
15 Kelebihan Berbekam Pada Tubuh Badan Yang Patut Kita Ketahui 9

Untuk pengetahuan orang ramai juga bekam mempunyai banyak jenis juga ya. Terdapat 3 jenis dan lebih lagi perubatan tradisional ini dijalankan di Malaysia. Dibawah dilampirkan beberapa jenis bekam.

1.Bekam Angin

Kaedah bekam ini adalah mengeluarkan darah dari dalam badan dengan hanya menyedut permukaan kulit tanpa dibedah. Disebabkan seseorang yang rasa nyeri oleh reumatik dan rasa nyeri di bahagian belakang badan kaedah ini adalah sesuai untuk mengatasi masalah mereka. Bekam ini juga akan meninggalkan bekas berupa lebam merah kehitam-hitaman pada tempat yang dibekam dan akan hilang dalam beberapa hari sahaja.

2. Bekam Basah

Bekam basah ini juga adalah kaedah yang dilakukan dengan bekam kering dulu dan permukaan kulit akan dilukai dengan jarum yang disterilkan, kemudian disedut dengan menggunakan alat cupping set dan hand pump untuk mengeluarkan darah kotor melalui luka pada jarum tadi. Kaedah ini hanya dilakukan selama 3 hingga 5 minit dan tidak boleh lebih dari 9 minit. Biasanya pada bahagian yang disedut akan mengeluarkan darah berwarna merah kehitaman dan berbuih manakala proses penyedutan ini hanya boleh dilakukan sebanyak maksimum 7 kali dan tidak boleh lebih. Selepas berbekam, pada 1 jam yang pertama tidak boleh terkena air dan bekam cara ini juga tidak boleh kerap dilakukan dan diunjurkan jarak waktu selama 3 minggu sekali.

3. Bekam Api

Bekam api disebut sebagai Fire Cupping, sejenis bekam yang menggunakan medium api sebagai bahan untuk membuat ruangan hampa pada alat penyedut. Bekam ini dilakukan dengan gelas yang direkabentuk khusus untuk membuat ruang hampagas pada kawasan bekam. Kemudian, kertas atau kapas yang terbakar akan digunakan untuk membakar udara di dalam gelas tersebut dan ditempelkan ke permukaan kulit.

Kelebihan Berbekam pada badan

bekam 4
15 Kelebihan Berbekam Pada Tubuh Badan Yang Patut Kita Ketahui 10

Banyak kelebihan berbekam pada tubuh badan dan kaedah ini menjadi kepercayaan kepada umat Islam kerana berbekam adalah salah satu ideal yang terbaik untuk penyembuhan dan penuetralan sesetengah penyakit. Berikut dibawah adalah kelebihan-kelebihan berbekam:

  1. Memperbaiki aliran pembuluh darah
  2. Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
  3. Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis (pengapuran pembuluh darah/kolesterol dalam darah dan pembuluh yang boleh menyempitkan saluran darah.
  4. Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman dibahagian kepala dan wajah , migrain dan sakit gigi.
  5. Bermanfaat penderita asma, pneumonia dan angina pectoris
  6. Bermanfaat mengatasi luka–luka, bisul, jerawat dan gatal–gatal kulit
  7. Bermanfaat mengatasi kemalasan, kelesuan dan penyakit banyak tidur
  8. Bermanfaat mengatasi luka–luka bernanah
  9. Bermanfaat mengatasi luka–luka bernanah
  10. Membuang darah bertoksik untuk kesihatan keseluruhan
  11. Hilangkan stress dan tekanan
  12. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan melancarkan sistem perkumuhan
  13. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tidak lancar
  14. Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tidak lancar menyebabkan penglihatan jadi kabur
  15. Menggalakkan metabolisma badan kerana sel darah kotor telah keluar dan sel darah baru yang sihat akan terhasil

Semua manfaat yang dinyatakan di atas bergantung pada individu yang mengalami salah satu atau sebahagian daripadanya. Rawatan ini haruslah dilakukan beberapa kali sehingga dapat lihat hasilnya.

5 Keburukkan Akibat Berbekam

Namun, sesetengah pakar ada mengatakan berbekam ini mempunyai kesan sampingan juga selepasnya. Bekam akan meninggalkan beberapa jenis kesan pada kulit:

bekam 5
15 Kelebihan Berbekam Pada Tubuh Badan Yang Patut Kita Ketahui 11
  1. Bekas bekam yang timbul berwarna merah cerah, biasanya ini menunjukkan peredaran darah yang baik.
  2. Bekas bekam yang timbul berwarna merah gelap, ini memberi petunjuk keadaan lemak di dalam darah yang tinggi dan peredaran darah kurang baik.
  3. Bekas bekam yang timbul berwarna ungu kegelapan atau hitam. Pada umumnya keadaan ini memberi petunjuk kekurangan pembekal darah dan pembuluh darah tidak lancar yang disertai bersama-sama darah beku, peredaran darah sangat lemah.
  4. Bekas bekam yang timbul dilihat berbentuk bintik-bintik ungu yang tersebar dengan tahap warna yang berbeza darah beku, darah bertoksin yang tersekat.
  5. Bekas bekam yang timbul berwarna ungu akan disertai dengan plaque (bercak-bercak), pada umumnya hal ini menandakan terjadinya gangguan atau kelainan gumpalan darah yang berwarna keunguan dan adanya darah beku.

Perbezaan Berbekam Dan Menderma Darah

Persoalannya adakah berbekam dan derma darah adalah sama manfaatnya kerana kedua-dua mempunyai prosedur yang sama? Ada yang sama mungkin tapi ada banyak perbezaannya! Lihat lampiran gambar di bawah berkaitan perbezaan berbekam dan menderma darah.

bekam 3
15 Kelebihan Berbekam Pada Tubuh Badan Yang Patut Kita Ketahui 12

Siapa Yang Layak Dan Dilarang Untuk Berbekam?

Individu yang patut berbekam:

  • Berumur antara 10 hingga 65 tahun
  • Bagi individu berumur melebihi 65 tahun, boleh dilakukan sekiranya mempunyai tahap kesihatan yang baik.

Individu yang dilarang berbekam:

  • Wanita mengandung
  • Orang tua yang uzur
  • Pesakit kencing manis
  • Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah

Perspektif Masyarakat Pada Bekam

Tanggapan masyarakat kononnya rawatan bekam menakutkan kerana banyak kesan sampingan, rawatan terkini kurang menyakitkan malah luka cepat kering dan sembuh. Ada juga yang berpandangan mengatakan bekam mampu merawat pelbagai jenis penyakit.

Hukum Dan Masa Terbaik Berbekam

HukumMasa
Dalam Islam, sebahagian para ulama mengatakan berbekam adalah sunnah secara mutlak. Sesiapa yang melakukannya akan diberi ganjaran walaupun ia tidak berhajat. Menjadi satu tuntutan kepada sesiapa yang memerlukannya dan Nabi SAW juga telah meriwayatkan sedemikian.» Sebulan sekali atau tiga bulan sekali bergantung kepada gaya hidup.
» Setiap bulan Islam pada tarikh 17,19 dan 21 hijrah.
» Jika tiada penyakit, boleh lakukan dua atau tiga bulan sekali.

Soalan FAQs Berkaitan Berbekam

1. Dimana boleh melakukan terapi berbekam?

Di mana-mana spa urut atau pusat berbekam rasmi di kawasan terdekat anda.

2. Siapa yang layak berbekam?

Seperti yang dinyatakan di atas siapa yang layak berbekam ialah individu yang berumur antara 10 hingga 65 tahun

3. Apakah hukum berbekam pada pandangan Islam?

Sunnah yang mutlak kerana Nabi SAW juga telah mengamalkannya.

4. Bilakah waktu atau masa yang disunnahkan berbekam?

Setiap bulan Islam pada tarikh 17,19 dan 21 hijrah

5. Kenapa berbekam harus diamalkan pada sesetengah golongan?

Kerana mampu merawat dan meneutralkan pelbagai jenis penyakit.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati