Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

LHDN Perkenalkan 3 Cara Laporkan Pelarian Cukai Tanpa Nama

Cara Laporkan Pelarian Cukai Tanpa Nama

Direkodkan oleh pihak LHDN sebanyak RM6.01juta dicuba dilarikan oleh beberapa syarikat. Oleh itu, Lhdn perkenalkan cara laporkan pelarian cukai tanpa nama kepada orang ramai secara atas talian atau online.

Pelarian cukai dari pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri ini merupakan satu kesalahan jenayah. Menurut Pengarah Siasatan LHFN, Datuk Nizom Sairi angka ini diperolehi daripada 1,761 syarikat yang disiasat pihaknya. Ikuti telegram “SISTEM GURU ONLINE

Cara Laporkan Pelarian Cukai Tanpa Nama : Inisiatif Baru LHDN

11334172 830288067040143 1108515717573306165 o
Cara Laporkan Pelarian Cukai Tanpa Nama

Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sangat komited untuk membanteras dan giat menjalankan siasatan keatas kesalahan pelarian cukai dalam kalangan syarikat peniaga supaya mereka yang terlibat dengan kes jenayah tersebut akan diheret ke muka pengadilan.

Pengenalan Tentang Cara Laporkan Pelarian Cukai Tanpa Nama

Kewujudan sebahagian perniaga yang lari dari cukai secara sengaja telah ditafsirkan dengan lari dari cukai dengan niat dan sengaja berdasarkan seksyen 114 Akta cukai pendapatan 1967 (ACP 1967) dan pihak LHDN sangat mengalu-alukan orang untuk kongsikan bukti dari anda semua sebagai wujudnya beberapa individu atau entiti cuba untuk lari dari cukai.

Sesiapa yang boleh membantu pihak lembaga hasil dalam negeri dengan memastikan setiap individu/ syarikat yang kena bayar cukai yang sepatutnta adalah tanggungjawab bersama bagi pembagunan Negara.

Jika anda mempunyai maklumat atau bukti menyatakan ada individu dan entiti syarikat yang terlibat dari aktiviti pelarian cukai, anda boleh hubungi pihak jabatan jika wujud aktiviti tersebut.

Cara Laporkan Pelarian Cukai Tanpa Nama

Untuk anda semua, maklumat yang anda berikan berkemungkinan dapat menolong membagi keadilan seadilnya kepada pembayar cukai yang lain. Berikut step atau cara laporkan pelarian cukai tanpa nama diberitahu,

1. Bagaimana Membuat Laporan

3 Cara Membuat LaporanKeterangan
Sistem e-Pelarian CukaiSistem e-Pelarian Cukai merupakan sebuah platform bagi orang awam untuk membuat aduan berkenaan pelarian cukai terhadap individu atau syarikat yang melakukan kesalahan pelarian cukai.

Klik : e-Pelarian Cukai
Urusan di PejabatHadir ke pejabat LHDNM Negeri, Seksyen Perisikan Dan Profiling (SPDP). Alamat boleh rujuk di Direktor LHDN.
Menulis surat kepadaSeksyen Aduan dan Sumber, Bahagian Perisikan Jabatan Perisikan Dan Profiling Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Aras 3, Menara 2, No. 3, Jalan 9/10, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
download 3
Cara Laporkan Pelarian Cukai Tanpa Nama

2. Butiran Makluamt Pelarian Cukai Diperlukan

Beberapa maklumat yang diperlukan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri daripada anda. Ini butiran boleh membantu mereka dalam penyiasatan kes lari dari cukai seperti berikut

  • Nama, no. kad pengenalan, alamat penuh
  • Bagaimana pelarian cukai pendapatan dilakukan
  • Dokumen rujukan (jika ada)
  • Maklumat lain yang penting atau berkaitan

3. Jaminan Kerahsiaan :

Sila ambil perhatian bahawa sumber maklumat yang membawa kepada kajian kes akan dirahsiakan mengikut keperluan peruntukan kerahsiaan di bawah Seksyen 138 Akta Cukai Pendapatan 1967. Begitu juga, Jabatan ini mempunyai kewajipan untuk menjaga kerahsiaan hal ehwal cukai pembayar cukai di bawah peruntukan kerahsiaan yang sama. Oleh yang demikian, tuan / puan tidak akan dimaklumkan tentang kemajuan kajian kes atau hasil daripadanya. Maklumat dan identiti Pemberi Maklumat adalah RAHSIA dan diklasifikasikan sebagai SULIT.

Maklumat AM Untuk Pemberi Maklumat

Sudah tentu pihak lembaga hasil dalam negeri akan menyediakan beberapa maklumat penting yang perlu tahu oleh pemberi maklumat jika anda membuat aduan. Info ini adalah ketetapan yang dibuat berdasarkan perlembagaan kita dan kebaikan pada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN). Berikut maklumat am yang harus diketahui para permberi maklumat:

  • Maklumat adalah dianggap telah diberi dengan secara sukarela.
  • Maklumat berkaitan sesuatu pengelakan cukai atau pelarian cukai yang hendak dilaporkan haruslah tepat, betul dan jelas.
  • Maklumat umum atau maklumat yang hanya berdasarkan pemerhatian atas pemilikan aset-aset bernilai atau gaya hidup mewah hanya akan dipertimbangkan sekiranya mempunyai isu pengelakan atau pelarian cukai.
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah tertakluk kepada peruntukan kerahsiaan maklumat pembayar cukai di bawah seksyen 138 Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53). Oleh yang demikian, pemberi maklumat tidak akan dimaklumkan tentang sebarang status tindakan berhubung maklumat yang telah disalurkan kepada LHDNM. Tindakan ke atas maklumat yang disalurkan akan dijalankan mengikut prosedur kerja berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedang berkuatkuasa.
  • Pemberi maklumat tidak boleh menghubungi LHDN dengan cara apa sekalipun untuk mengetahui kedudukan kes, melainkan jika ada maklumat tambahan baru untuk disampaikan.
  • Maklumat yang diterima dan identiti pemberi maklumat diklasifikasikan sebagai sulit di bawah seksyen 138 Akta 53.
  • LHDNM tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kesan kebocoran maklumat yang melibatkan pihak pemberi maklumat sendiri atau mana-mana pihak ketiga lanjutan daripada pemberian maklumat ini.
photo 2023 11 23 11 06 24
Cara Laporkan Pelarian Cukai Tanpa Nama

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian seperti berikut:

Talian Lembaga Hasil Dalam Negeri
03-8913 3800 (samb: 120655 atau 120578) atau 016-945 9589 (Whatsapp sahaja). 

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati