Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan SPN Kelantan November 2023 – Ditutup 3 Disember 2023

PENGAMBILAN SPN KELANTAN NOVEMBER 2023

Dibuka pengambilan SPN Kelantan November 2023. SPN Kelantan telah membuka sebanyak 7 jawatan kosong yang menarik untuk dimohon oleh mereka yang berminat. Peluang kerja ini terdapat beberapa bahagian seperti bidang pengurusan, pelaksana dan lain-lain seperti Pembantu tadbir, Pembantu awam dan lain jawatan.

Peluang ini patut direbut dan dibuat permohonan segera sebelum tarikh tutup. Oleh itu, adalah patut untuk para calon membuat permohonan kerja di pengambilan SPN Kelantan November 2023 segera. Rujuk maklumat lengkap mengenai syarat kelayakan, kaedah mohon kerja dan lain-lain.

Peluang Mohon Kerja Pengambilan SPN Kelantan November 2023

Berkenaan SPN Negeri Kelantan

PENGAMBILAN SPN KELANTAN NOVEMBER 2023

Merupakan suruhanjaya yang dipertanggungjawab untuk mengurus tadbir hal ehwal pentadbiran negeri kelantan. SPN Kelantan mempunyai pelbagai organisasi yang rapi dan kemas untuk mencapai matlamat dalam pengurusan negeri yang terbina. Sebagai contoh, bidang pengurusan berkait kebajikan dan kewangan dibawah seliaan SPN Kelantan.

Dengan pengambilan SPN Kelantan november 2023, ia memberi peluang kepada muka baharu untuk meneraju dan memberi sumbangan kerajaan negeri kelantan.

Senarai Jawatan Kosong SPN Kelantan November 2023

Untuk memudahkan para calon meneliti senarai kerja pengambilan SPN Kelantan november 2023 yang dibuka, berikut adalah senarai lengkap dan skop kerja jawatan kosong yang anda boleh mohon:

Jawatan KosongPenerangan Tugasan
PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29Bertindak menguruskan dan membantu hal ehwal industri pertanian
PENOLONG PEGAWAI TANAH GRED NT29Bertangggungjawab dalam memastikan dan membantu dalam kerja-kerja melibatkan urusan tanah
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19Ditugaskan untuk memastikan segala urusan direkodkan, dimasukkan data dan lain-lain kerja urusan pejabat
PEMBANTU PERIKANAN GRED G19Ditugaskan untuk membuat kerja berkaitan industri perikanan yang melibatkan pengurusan
PENGAWAS HUTAN GRED G19Ditugaskan untuk membuat tinjauan keadaan hutan, memastikan keselamatan dan kawasan terpelihara
PELUKIS PELAN GRED JA19Ditugas dalam mengendalikan kerja-kerja berkaitan seni bina
PEMANDU KENDERAAN GRED H11Bertugas dalam skop kerja pemanduan yang mengikuti piawaian dan penetapan undang-undang jalan raya

Bila Tarikh Tutup Mohon Kerja?

Iklan jawatan kosong ini tertera menyatakan peluang pekerjaan dan permohonan kerja ini adalah sah sehingga 3 Disember 2023 sahaja. Oleh itu, penting para calon untuk membuat isian mohon kerja pengambilan SPN Kelantan November 2023 dengan cermat dan hemah.

Untuk memastikan permohonan anda adalah diterima, anda boleh membuat semakan kepada iklan pengambilan SPN Kelantan November 2023 yang kami sediakan dibahagian bawah.

Urusan Permohonan Kerja SPN Kelantan

Cara Membuat Permohonan Kerja SPN Kelantan

Untuk permohonan hendaklah dibuat SECARA DALAM TALIAN (ON-LINE) sahaja melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhajaya Perkhidmatan Negeri Kelantan dengan melayari portal SPN Kelantan. Sehubungan itu, calon boleh menyediakan beberapa maklumat butiran diri serta dokumen lengkap.

pengambilan SPN Kelantan November 2023

Nota Mengenai Taraf Perkhidmatan : TETAP DAN BERPENCEN

Syarat kelayakan Kerja adalah:

  • Calon wajib berumur 18 tahun dan keatas
  • Mempunyai kelayakan akademik yang sesuai mengikut jawatan
  • Pegawai yang masih bertugas perlu kurang dari 58 tahun untuk membuat permohonan

Kelebihan Sekiranya Terpilih untuk Bekerja

Sekiranya calon berjaya menempatkan diri ke bahagian sektor awam dibawah SPN Kelantan, banyak kelebihan dan keistimewaan yang bakal diterima.

Berikut adalah beberapa kelebihan kepada para calon seandainya terpilih untuk bekerja dibawah SPN kelantan:

  • Cuti tahunan dan bergaji
  • Elaun rumah, perkhidmatan dan lain-lain
  • Pembiayaan pinjaman dibawah kerajaan
  • Sistem pencen
  • Bonus oleh kerajaan Malaysia

Soalan FAQs Berkenaan Pengambilan SPN Kelantan November 2023

Bilakah iklan jawatan kosong dibuka?

Untuk makluman kepada semua, iklan jawatan kosong ini dibuka bermula hari ini dan calon boleh membuat permohonan kadar segera.

Berapakah jawatan kosong disedia SPN Kelantan?

Terdapat 7 jawatan kosong yang dibuka dan daripada 7 jawatan tersebut 2 jawatan taraf diploma, 4 jawatan taraf SPM dan 1 jawatan taraf PMR.

Bagaimanakah kaedah membuat permohonan kerja?

Dalam membuat permohonan, adalah dibuat secara atas talian dan perlu mengikuti protokol mohon kerja yang betul.

Jika mempunyai kelayakan SPM apa jawatan layak dimohon?

Untuk jawatan kosong yang bertaraf SPM terdapat 4 iaitu pembantu tadbir, pengawas hutan, pelukis pelan dan pembantu perikanan.

Sekiranya berjaya dipanggil, adakah wajib untuk saya hadiri?

Ya, kebiasaan proses memohon kerja sektor awam mempunyai tapisan seperti urusan temuduga bagi memastikan dan mengenalpasti calon pilihan kerja yang betul dan tepat.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati