Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kerja SPA : Pengambilan Jawatan Kerja Gred S41 dan B41 Bagi Ambilan November Di JAKIM

Kerja SPA
Kerja SPA : Pengambilan Jawatan Kerja Gred S41 dan B41 Bagi Ambilan November Di JAKIM 5

Berita gembira untuk semua rakyat Malaysia dan orang ramai yang berminat bekerja dibawah sektor kerajaan. Pengambilan kerja spa kini dibuka untuk semua orang yang berkelayakan pada syarat-syarat yang ditetapkan dan berminat bagi jawatan dibuka.

Ikuti group berkaitan info-info kerja swasta dan kerajaan:

Huraian Lengkap Kerja SPA Ambilan November

Maklumat Ringkas Jawatan Di Jakim

Untuk maklumat para calon iklan jawatan kosong ini telah dikeluarkan oleh pihak badan yang menguruskan kemasukan kerja dibawah sektor kerja iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Iklan SPA ini dibuka dua jawatan pada gred B41 dan S41. Kedua-duanya merupakan dibawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Senarai Ringkas Jawatan

JawatanGredJabatan
Pegawai Hal Ehwal IslamS41JAKIM
Penerbit RancanganB41JAKIM

Lokasi Jawatan yang ditawarkan Kerja SPA

Bagi kedua-dua jawatan ini berbeza penempatan mereka untuk pengambilan kali ini walaupun dibawah satu jabatan yang sama. Berikut penempatan yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM bagi dua jawatan ini:

  • Pegawai Hal Ehwal Islam : Darul Al-Quran
  • Penerbit Rancangan : Wilayah Perseketuan Putrajaya
photo 2023 11 20 09 59 25
Iklan Kerja SPA

Tempoh Permohonan Bagi Kerja SPA November

Tempoh iklan bagi jawatan ini merupakan satu ketetapan and satu tempoh yang diberikan kepada para calon dan pemohon untuk membuat permohonan secara segera. Tarikh permohonan telah dibuka sekarang dan akan ditutup pada akhir bulan ini iaitu pada 30 November 2023.

Syarat-syarat dan Kelayakan

Pegawai Hal Ehwal Islam

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas. Keutamaan:
  • Mempunyai Diploma Tahfiz dari Darul Quran atau mana-mana Diploma Tahfiz/Sijil Tahfiz yang diiktiraf oleh badan berautoriti.
  • Kemahiran dalam komunikasi dan penulisan Bahasa Arab.

Keperluan Tambahan

  • Hanya calon yang telah memperoleh sijil/diploma yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/ jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Penerbit Rancangan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti

Keperluan Tambahan

  • Mempunyai kepakaran dalam menggunakan software 2. antaranya:
    Final Cut Pro
    Adobe Premier
    Adobe Photoshop 1.4 Adobe Illustrator 1.5 Adobe After Effect 1.6 3D Sketch Up
  • Mempunyai kemahiran dalam software grafik Al-Quran (Quran Word)
  • Boleh menerbitkan promo, kapsul dan showreel Boleh menerbitkan montaj dan template grafik bagi program-program TV.
  • Hanya calon yang telah memperoleh sijil/diploma yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/ jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Deskripsi Jawatan Kerja SPA

Pegawai Hal Ehwal Islam

  1. Bertanggungjawab menyediakan perancangan program bagi Jabatan Pengajian Darul Quran.
  2. Bertanggungjawab membantu menyelaras penyediaan dan penyimpanan dokumen yang mematuhi keperluan standard MS ISO 900:2008 dan MQA bagi Jabatan Pengajian Darul Quran.
  3. Bertanggungjawab menyediakan kertas cadangan, kertas laporan, kertas permohonan, Kertas Laporan Hasil Matrik Pembelajaran yang berkaitan.
  4. Bertanggungjawab membantu menyemak, merekod dan menggubal kurikulum bagi Program Diploma dan Program Pensijilan Darul Quran.
    GRED S41 (CONTRACT OF SERVICE)

Penerbit Rancangan

  • Bertanggungjawab menerbitkan rancangan televisyen (TV) dan radio berkonsepkan bual bicara, majalah/dokumentari dan berita. Bertanggungjawab menerbitkan program dan Public Service Announcement (PSA) TV dan radio.
  • Mengendalikan mesyuarat penerbitan bagi program TV dan radio.
  • Merangka treatment, skrip dan bajet bagi penerbitan program TV, radio, promo dan PSA. Membentangkan cadangan treatment, skrip dan bajet sesebuah penerbitan.
  • Memastikan penerbitan program dan promo yang dihasilkan menepati tarikh siaran, kandungan dan penilaian teknikal sebelum disiarkan. Menyelaras tugasan kepada penolong penerbit, pembantu penerbitan, penyunting visual dan pereka grafik berdasarkan program. Bertanggungjawab mengendalikan pra produksi (kertas cadangan, perancangan carta perbatuan dan kelulusan perbelanjaan). Bertanggungjawab mengendalikan produksi (pengarahan single camera production dan multiple camera production, penyediaan skrip, pengolahan idea kreatif).
  • Bertanggungjawab mengendalikan pasca produksi (proses kerja suntingan audio dan visual sehingga berjaya untuk siaran). 11. Menyelaras penerbitan video showreel bagi keperluan sidang media/acara pelancaran program dan pelbagai versi promo rancangan.

Langkah Permohonan Kerja SPA

Admin sarankan kepada orang ramai yang berminat untuk memohon kerjaya ini. Anda digalakkan untuk semak terlebih dahulu syarat-syarat dan kriteria yang diperlukan atau kelayakan akademik bagi permohonan ini supaya menepati kelayakan anda. Rujuk iklan permohonan dibawah yang kami sediakan:

photo 2023 11 20 09 24 15
Iklan Kerja SPA
photo 2023 11 20 09 24 13
Iklan Kerja SPA

Langkah-langkah & Panduan Untuk Rujukan Pemohon

Kami sediakan langkah-langkah memohon jawatan ini untuk para pemohon yang berminat mengisi kekosongan dua jawatan dibuka oleh pihak Jakim. Berikut langkah dan panduan untuk orang ramai memohon :

  • Permohonan adalah mestilah dibuat secara online melalui portal permohonan kerja portal SPA Malaysia
  • Untuk memohon sila daftar masuk (login) atau jika anda belum mendaftar sebagai pencari kerja, sila daftar terlebih dahulu.
  • Sila lengkapkan borang online dengan maklumat yang betul dan pastikan anda memenuhi syarat kelayakan (rujuk iklan) yang diberikan sebelum menghantar permohonan
  • Pastikan anda telah melengkapkan borang permohonan dengan maklumat yang betul dan juga mengikuti syarat yang diberikan sebelum menghantar permohonan
  • Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

Catatan

  1. Borang Permohonan secara online yang tidak lengkap akan ditolak.
  2. Hanya calon-calon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.
  3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan/puan tidak berjaya.

Nota : Sesiapa tidak tahu untuk buka akaun SPA 9 anda boleh ikuti DISINI

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati