Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Banjir Kelantan dan Terengganu Mulai Hari Ini – Ikuti Senarai Kawasan dan Update Banjir Oleh JPS

Banjir Kelantan dan Terengganu
Banjir Kelantan dan Terengganu Mulai Hari Ini – Ikuti Senarai Kawasan dan Update Banjir Oleh JPS

Berkenaan Banjir Kelantan dan Terengganu, Jabatan meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Terengganu dan Kelantan. Sehubungan itu MetMalaysia adalah menurut penyataan yang memaklumkan keadaan itu dijangka melibatkan seluruh Terengganu serta beberapa kawasan di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir putih dan Kuala Krai bermula hari ini.

Makluman mengenai amaran hujan berterusan yang berada di tahap buruk dikeluarkan apabila dikesan terdapat tanda-tanda menunjukkan hujan lebat bakal berterusan dan juga berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh enam jam menurut pihak Jabatan meteorologi Malaysia.

Waspada Banjir yang Dijangkakan Akan Memburuk

Amaran Hujan Lebat di Beberapa Negeri

BANJIR KELANTAN DAN TERENGGANU
Banjir Kelantan dan Terengganu Mulai Hari Ini – Ikuti Senarai Kawasan dan Update Banjir Oleh JPS

Dalam masa yang sama Met Malaysia juga memaklumkan bahawa hujan akan berterusan pada tahap waspada dan dijangka akan turun di beberapa kawasan di Kelantan, Kedah, Perak, Pahang dan Sabah dalam tempoh masa yang sama.

Berikut adalah kawasan yang terlibat mengikut negeri:

  • Kelantan : Gua Musang
  • Kedah : Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok sena, Padang terap, Yan, Pendang, Kuala muda Sik dan baling.
  • Perak : Hulu perak dan Kuala Kangsar
  • Pahang : Jerantut, Maran , Kuantan, Pekan, Rompin
  • Sabah : Ranau, Kota Belud, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat

Info Banjir Semasa Di Seluruh Negeri

Pihak JPS telah mengambil beberapa inisiatif untuk memudahkan rakyat Malaysia sentiasa berwaspada dengan amaran banjir dan keadaan sekeliling. Oleh itu, terdapat cara untuk rakyat mengenal pasti lokasi dan kawasan yang perlu dititikberatkan ekoran hujan lebat yang berpanjangan.

banjir kelantan dan terengganu
Banjir Kelantan dan Terengganu Mulai Hari Ini – Ikuti Senarai Kawasan dan Update Banjir Oleh JPS

Rujuk laman web info banjir untuk memantau situasi sebenar kawasan dan laporan semasa hujan lebat dan amaran penting. Rakyat Malaysia boleh mengambil cakna laman web rasmi Public Infobanjir yang menyediakan:

  • Notifikasi aras air
  • Hujan terkini
  • Informasi rasmi dan terkini

Laporan Banjir Kelantan dan Terengganu

Keadaan Banjir Kelantan dan Terengganu

Dikatakan hari ini terdapat beberapa kawasan sudah dinaiki air ekoran hujan lebat yang turun dengan skala yang besar. Berikutan itu, piahk JPS telah mengeluarkan beberapa kawasan yang bakal dinaiki air dan waspada sentiasa.

Kawasan Bakal Dilanda Banjir Negeri Kelantan

Berikut adalah senarai kawasan yang dibimbangi dinaiki air bagi negeri Kelantan:

  • Daerah Kuala Krai : Kawasan-kawasan sekitar Kg. Kuala Nal, Kg. Bedal, Kg. Mesek, Kg. Sg. Durian, Kg. Batu Jong, Kg. Sg. Embak, Kg. Manjor.
  • Daerah Jeli : Kg. Bunut, Kg. Bunchit, Kg. Gelung Gajah.
  • Daerah Machang : Kawasan-kawasan sekitar Kg. Layat, Kg. Berdang, Kg. Pangkal Berangan, Kg. Wakaf Bata, Kg. Padang Kelupang, Kg. Awah
  • Daerah Tumpat : Kawasan-kawasan sekitarKg. Kok Majid, Kg. Sg. Pinang
  • Daerah Tanah Merah : Kawasan-kawasan sekitar Kg. Nibong, Kg. Air Bujing, Kg. Kajang
  • Daerah Pasir Mas : Kawasan-kawasan sekitar Kampung Sakar, Kg. Kubang Rambutan, Kg. Bagus, Kg. Degung, Kg. Limau Purut, Jeti Danau Tok Uban, Kg. Chasi, Tok Uban, Kg. Rasal, Kg. Kuala Itik, Kg. Kok Pauh, Kg. Rahmat, Kg. Gelang Mas, Kg. Kalor, Kg. Lubok Gong

Kawasan Bakal Dilanda Banjir Negeri Terengganu

Berikut adalah senarai kawasan yang bakal banjir bagi negeri Terengganu:

  • DaerahBesut : Kawasan-kawasan sekitar Kg. La, Kg. Seberang La, Kg. Pengkalan Nangka
  • Daerah Setiu : Kawasan-kawasan sekitar Kg. Che Mohid, Kg. Tok Nandong,Kg. Sungai Las,
  • Hulu Terengganu : Kawasan-kawasan sekitar Kg. Kepah, kg Pasr pelata.

Update Semasa Kawasan-Kawasan Banjir

Orang ramai mula berkongsi kawasan yang dinaiki banjir selepas beberapa hari hujan lebat. Situasi ini dijangka akan memburuk sekiranya tiada petanda hujan akan berhenti. Walaubagaiamanpun, masih tiada kemalangan jiwa berlaku diantara banjir kelantan dan terengganu ini.

banjir kelantan dan terengganu banjir pasir puteh

Perkongsian orang ramai secara kerap di Facebook dapat membantu dan memberi liputan semasa kepada rakyat. Berikut adalah situasi banjir yang berlaku di negeri Kelantan dan Terengganu.

Hubungi Pusat Kawalan Operasi Banjir

Talian Kecemasan/Hotline Pusat Kawalan Operasi Banjir (Pejabat Daerah Dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) Negeri Kelantan adalah perlu anda ketahui untuk pastikan keadaan selamat dan mendapatkan bantuan segera. Anda boleh terus menghubungi talian-talian seperti dibawah:

TALIAN KECEMASAN BANJIR KELANTAN DAN TERENGGANU
Banjir Kelantan dan Terengganu Mulai Hari Ini - Ikuti Senarai Kawasan dan Update Banjir Oleh JPS 8
TALIAN KECEMASAN BANJIR KELANTAN DAN TERENGGANU
Banjir Kelantan dan Terengganu Mulai Hari Ini - Ikuti Senarai Kawasan dan Update Banjir Oleh JPS 9
TALIAN KECEMASAN BANJIR KELANTAN DAN TERENGGANU
Banjir Kelantan dan Terengganu Mulai Hari Ini - Ikuti Senarai Kawasan dan Update Banjir Oleh JPS 10

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati