Tawaran pengambilan kerja Majlis Perbandaran Segamat dibuka untuk bulan November 2023. Berita ini adalah penting untuk para calon yang berminat dan berusaha mencari pekerjaan di bawah sektor kerajaan. Oleh itu, para calon boleh meneliti dan menyemak terlebih dahulu maklumat lengkap jawatan kosong yang Kami sediakan.
Peluang yang telah dibuka oleh Majlis Perbandaran Segamat ini adalah merupakan salah satu permohonan kerjaya yang perlu anda cakna dan melakukan permohonan segera. Bagi maklumat berkenaan iklan, syarat-syarat dan cara mohon kerja, anda boleh rujuk artikel yang kami sedia.
Peluang Kerjaya di Majlis Perbandaran Segamat
Isi Kandungan
Pengambilan Kerja Majlis Perbandaran Segamat November 2023
Kepada calon adalah dipelawa mereka yang daripada warganegara Malaysia serta mempunyai kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun dari Tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti yang tersedia oleh Majlis Perbandaran Segamat.
Majlis perbandaran Segamat adalah merupakan sebuah majlis yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan pentadbiran daerah kebersihan kebajikan dan keselamatan penduduk daerah Segamat. Jabatan ini juga menjadi sumber rujukan oleh rakyat setempat untuk mendapatkan liputan kerja dan perkara-perkara lain. Untuk pengambilan kerja majlis perbandaran Segamat adalah dibuka dan boleh disemak melalui maklumat di bawah.
Senarai Jawatan Kosong dan Penerangan Tugasan
Di sini telah disenaraikan jawatan kosong untuk pengambilan kerja majlis perbandaran Segamat bagi ambilan November tahun 2023. Superman itu para calon boleh meneliti senarai peserta huraian skop tugasan kerja yang berdasarkan maklumat daripada iklan rasmi.
Berikut adalah senarai jawatan pengambilan kerja majlis perbandaran Segamat:
Jawatan Kosong | Penerangan Skop Kerja |
---|---|
Penolong Pegawai Undang-undang L29 | Bertanggungjawab jawab dalam membantu memperkasakan undang-undang di dalam daerah setempat |
Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29 | Akan berkerjasama dalam merancang dan membantu memastikan perancangan bandar dan desa terancang |
Juruteknik Komputer FT19 | Bertindak dalam membaiki dan menyelenggara barangan elektronik seperti komputer atau laptop |
Pemandu Kenderaan H11 | Ditugaskan untuk menjadi pemandu ia akan bertindak dalam memastikan pengurusan logistik terjaga |
Pembantu Awam H11 | Bertanggungjawab dalam melakukan hal-hal yang berkaitan dengan kerja-kerja khas dan membantu operasi harian |
Prosedur Mohon Kerja di Majlis Perbandaran Segamat
Rujuk Iklan Rasmi Majlis Perbandaran Segamat
Para pemohon diminta untuk membuat semakan terlebih dahulu berkenaan iklan jawatan kosong dalam urusan pengambilan kerja majlis perbandaran Segamat. Penting untuk membuat semakan kerana melalui iklan ini disenaraikan jawatan kosong berserta maklumat lengkap yang para calon memboleh meneliti dan mengetahui syarat-syarat kelayakan serta maklumat yang lain.
Berikut adalah iklan jawatan kosong rasmi yang anda boleh semak:
Kaedah Permohonan Kerja Majlis Perbandaran Segamat
Permohonan adalah perlu dihantar sebelum 20 November 2023.Permohonan juga hendaklah dibuat dengan mengisi borang yang boleh dimuat turun dari laman Web Majlis Perbandaran Segamat. Bersama-sama salinan dokumen-dokumen seperti berikut :-
- Kad pengenalan diri
- Sijil kelahiran
- Sijil-sijil persekolahan
- Sijil Kelulusan Akademik (sijil/Diploma/ljazah)* mana yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon
- Transkip keputusan akhir peperiksaan (jika diploma/ijazah sebenar masih belum diterima)
- Satu (1) keping gambar terkini berukuran “passport”
- Dokumen-dokumen sokongan yang lain (jika ada)
Permohonan borang hendaklah disertakan dengan video resume yang berdurasi tidak lebih dari 3 minit dalam bentuk sofcopy.
Permohonan perlu dihantar ke alamat:
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEGAMAT, 85000 SEGAMAT
Soalan FAQs Berkenaan Pengambilan Kerja Majlis Perbandaran Segamat November 2023
Bagaimanakah permohonan kerja bagi mereka yang sudah menjawat jawatan sektor kerajaan?
Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Penguasa Tempatan/badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Bil. 18.
Adakah permohonan kerja yang lewat akan diterima?
Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat seperti iklan akan DITOLAK SERTA MERTA.
Berapa lamakah tempoh untuk mengetahui jawapan untuk permohonan yang dibuat?
Untuk tempoh jawapan permohonan anda berjaya atau tidak ianya adalah bergantung selepas 6 bulan permohonan dibuat, sekiranya anda tidak dipanggil maka hendaklah anda menganggap tidak berjaya.
Ok