Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Login NILAM JOHOR : Cara Daftar, Panduan Perekodan dan Penarafan 1 Hingga 5 Bintang

login nilam johor

Platform NILAM Johor adalah merupakan satu kaedah alternatif untuk memberi kemudahan dalam perekodan aktiviti bacaan nilam di negeri Johor. Pihak Jabatan Pendidikan telah memperkenalkan sistem ini sebagai inisiatif dalam sektor sumber dan teknologi pendidikan di negeri Johor oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Platform nilam johor dikuatkuasakan dan disyaratkan untuk menggunakan sistem ini bermula pada 20 januari 2022. Sehubungan itu bagi para pendidik dan murid adalah perlu mengetahui penggunaan serta tatacara menggunakan sistem platform ini.

Nilam Johor : Sistem Perekodan Bahan Bacaan Online

Apakah itu Nilam Johor?

Nilam Johor : Sistem Perekodan Bahan Bacaan Online

Di peringkat sekolah terdapat program NILAM yang merupakan satu usaha untuk menggalakkan pelajar dalam membaca buku. Maksud NILAM adalah “Nadi Ilmu Amalan Membaca”. Program ini telah di dilaksanakan sejak tahun 1999 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun itu.

Usaha ini telah dimulakan secara rasminya bermula tahun 1999 untuk murid tahun satu di sekolah rendah serta tingkatan 1 atau peralihan di sekolah. Melalui program ini kementerian pelajaran malaysia telah mengeluarkan surat pekeliling ikhtisas kpm bil 13/1998 : Program Membina Tabiat Membaca yang bertarikh 22 mei 1998 dengan tujuan kerajaan ingin mewujudkan bangsa yang rajin membaca.

Matlamat Program Nilam

Matlamat program nilam ialah supaya terbina tabiat membaca terus menjana dalam kalangan murid. KPM akan terus memantau perkembangan pelajar dalam aktiviti pembacaan bagi memastikan pembinaan masyarakat yang rajin membaca bermula daripada akar umbi.

Perihal Penggunaan Platform Modul Nilam Johor (MNJ)

Makluman untuk semua guru murid dan ibu bapa serta penjaga di sekolah-sekolah negeri johor. Adalah dimaklumkan bahawa penggunaan platform baharu untuk program Nilam bermula pada tahun 2022. Sejak dari itu tiada lagi pengisian di Iq-Nilam sepertimana yang telah dilaksanakan oleh sekolah-sekolah di negeri lain.

Oleh itu semua murid digalakkan untuk mengisi bacaan Nilam secara online. Ini adalah satu inisiatif oleh sektor sumber dan teknologi pendidikan jpn johor sebagai kaedah alternatif bagi memudahkan perekodan aktiviti bacaan nilam di negeri johor.

Panduan Pengguna Login dan Rekod Modul Nilam Johor

Cara Login dan Rekod Nilam Johor

Terdapat cara mudah untuk membuat isian perekodan secara atas talian. Berikut adalah cara login dan rekod modul nilam johor:

  1. Layari atau taip ‘Nilam Johor‘. Boleh klik terus pautan nilam johor.
  2. Sila masukkan ID delima anda.Contoh, ID DELIMA anda : [email protected]. Hanya perlu masukkan ‘m-12673482’.
  3. Masukkan kata laluan.
  4. Dibahagian menu, Klik pada “tambah aktiviti bacaan’.
  5. sila lengkapkan semua ruangan dan tekan simpan.

Panduan Merekodkan Bahan Bacaan

Panduan Merekodkan Bahan Bacaan nilam johor

Selepas anda berjaya memasuki sistem Nilam Johor, anda boleh mengisi aktiviti rekod bahan bacaan anda dengan Hanya beberapa langkah mudah. Berikut adalah cara mereka bahan bacaan nilam johor:

  • Di menu utama terdapat bahagian aktiviti bacaan. Klik “aktiviti bacaan”.
  • Kemudian klik butang tambah aktiviti bacaan bagi merekod bacaan.
  • Tetapkan maklumat klasifikasi bahan bacaan yang terdiri daripada ‘kategori bahan’ serta ‘kategori bahasa’.
  • Kemudian anda boleh membuat pengisian lalu klik butang ‘simpan’.
  • Jika rekod anda telah berjaya disimpan dan senarai bacaan akan berada di paparan ‘senarai bahan yang dibaca’. Jika isian tadi tiada pada paparan ‘senarai bahan bacaan yang dibaca’ anda boleh semak dan ulang langkah pengisian seperti di atas.

Untuk rekod maklumat yang telah disimpan sekiranya pelajar ingin memadam, ianya adalah hanya boleh dilakukan oleh guru kelas dan admin sekolah sahaja. Sekiranya murid ingin membuat pemadaman rekod bacaan anda boleh memalukan terus kepada guru kelas anda.

Untuk panduan yang lebih jelas dengan panduan di atas anda boleh merujuk panduan tutorial melalui video di bawah:

Pengiktirafan Bintang Bagi Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PJASK) Sekolah Rendah

Berikut adalah penarafan bintang berserta jumlah bahan bacaan yang dibaca yang ditetapkan Jabatan Pendidikan Negeri.

Penarafan BintangJumlah Bahan Bacaan
1 Bintang144 – 257
2 Bintang288 – 431
3 Bintang432 – 575
4 Bintang576 – 719
5 Bintang720 – keatas

Skor Aspek Penglibatan Kokurikulum Bagi Program Nilam (PJASK)

Berikut adalah skor aspek penglibatan kokurikulum bagi program nilam yang anda boleh ikuti seperti dibawah:

Skor Aspek Penglibatan Kokurikulum Bagi Program Nilam (PJASK)

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati