Peluang pekerjaan telah dibuka pada bulan November 2023, mohon kerja PROLINTAS November adalah merupakan satu peluang kerja yang anda perlu rebut. Ini adalah kerana syarikat ini adalah merupakan antara syarikat besar dalam projek lebuhraya selepas syarikat Plus.
PROLINTAS yang mempunyai pengalaman dalam merangka serta merancang projek-projek lebuhraya yang berskala besar ini sangatlah memberi peluang pekerjaan kepada para calon yang berminat dalam pelbagai bidang serta kelayakan. Oleh itu, para calon perlu ikuti urusan mohon kerja PROLINTAS November 2023 yang kami kongsikan khas kepada anda.
PROLINTAS Buka Peluang Kerja Bagi Bulan November 2023
Isi Kandungan
Apakah itu PROLINTAS?
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) adalah syarikat swasta tempatan yang menguruskan dan mengadalikan projek-projek lebuh raya bagi meningkatkan kemudahan serta kemajuan dari segi pengurusan lalu lintas rakyat Malaysia. PROLINTAS telah berjaya menyiapkan beberapa lebuhraya yang boleh dikatakan antara lebuhraya terbaik di dalam Malaysia iaitu SUKE FASA 1 dan DASH.
Dengan misi yang lebih besar “meninggikan kehidupan” kepada para pengguna dan memastikan keselamatan serta kemudahan yang maksima kepada para pengguna di kalangan rakyat Malaysia. PROLINTAS juga kini giat dalam berkembang dan turut serta dalam pembangunan digital sehingga memperkenalkan sistem pengawasan pintar prolintas(s3).
Senarai Jawatan Kosong yang Dibuka PROLINTAS
Terdapat beberapa jawatan yang sedang dibuka oleh Syarikat PROLINTAS ini yang bertujuan untuk memenuhi dan mendapatkan tenaga kerja bagi bulan November. Para calon boleh merujuk senarai jawatan yang boleh mohon kerja PROLINTAS November 2023 yang mana yang dipaparkan senarai kelayakan jawatan taraf SPM sehingga ijazah.
Berikut adalah merupakan senarai jawatan kosong PROLINTAS bagi bulan November 2023:
Jawatan Kosong | Penerangan Tugasan Kerja |
---|---|
Sr Executive Risk and Compliance | Bertanggungjawab dalam menyelia urusan risiko dan kualiti |
Assistant Manager – Corporate Communications | Pembantu pengurus urusan melibatkan bahagian perhubungan |
Head of Investor Relations | Bertanggungjawab dalam pelaburan serta hal ehwal Syarikat |
Manager – Tax | Menguruskan sistem percukaian yang sesuai dan selaras dengan piawaian |
Senior Manager Procurement | Menguruskan hal-ehwal perolehan yang melibatkan Syarikat |
Manager – Innovation & Technology Services | Menguruskan berkenaan dengan pembangunan teknologi serta penyeliaan sistem |
Polis Bantuan (Peronda Lebuhraya) | Ditugaskan untuk memantau keadaan lebuh raya dan memastikan keselamatan kepada pengguna |
Permohonan Kerja Syarikat PROLINTAS Untuk November 2023
Cara Mohon Kerja PROLINTAS November 2023
Untuk permohonan jawatan kosong PROLINTAS bagi bulan November 2023 adalah berdasarkan senarai jawatan kosong yang diiklankan di laman kerjaya JobStreet. Dimana para calon boleh pertimbangkan serta menyelidiki terlebih dahulu spesifikasi jawatan kosong prolintas yang telah dibuka.
Sebagai panduan dalam membuat permohonan kerja, berikut adalah cara cara yang anda boleh ikut:
- Calon boleh melawati terlebih dahulu iklan di laman kerjaya JobStreet.
- Paparan mengenai jawatan kosong Yang dibuka oleh PROLINTAS akan dipaparkan kepada para calon.
- Calon boleh meneliti terlebih dahulu senarai senarai jawatan mohon kerja PROLINTAS November 2023 berserta syarat-syarat khusus sebelum membuat keputusan permohonan.
- Setelah para calon kenalpasti jawatan yang para calon ingin membuat permohonan, calon boleh klik apply now.
- Seterusnya para calon akan diminta untuk mengisi beberapa butiran dan menyediakan resume terkini serta beberapa isian butiran yang perlu dilakukan oleh calon.
- Bagi mereka yang mempunyai akaun yang sudah didaftar, maka mereka hanya perlu mengemaskini. Jika masih belum tiada akaun di bawah JobStreet anda boleh membuka akaun baharu terlebih dahulu.
Kelebihan Bekerja Di Syarikat PROLINTAS
Sekiranya para calon terpilih untuk memulakan kerjaya di bawah syarikat PROLINTAS anda akan diperkenalkan pelbagai kelebihan serta keistimewaan yang disediakan oleh syarikat besar ini.
Antara kelebihan yang bakal diperolehi oleh para calon yang berjaya dalam urusan mohon kerja PROLINTAS November 2023 adalah seperti berikut;
- Elaun kerja yang disediakan
- Faedah perlindungan perubatan
- Perkembangan kerjaya juga disediakan
- Suasana kerja yang menyeronokkan dan dinamik
Segeralah membuat permohonan kerja sebelum tarikh tutup permohonan bagi bulan November 2023. Mohon kerja PROLINTAS November 2023 adalah merupakan salah satu antara peluang kerja yang tidak patut anda terlepas dalam membuat permohonan.
Soalan FAQs Berkenaan Mohon Kerja Prolintas November 2023
Bagaimana saya boleh mohon kerja?
Bagi pengambilan jawatan kosong PROLINTAS November 2023 adalah melalui isian permohonan online di laman web JobStreet.
Berkenaan jawatan kosong polis bantuan, boleh kongsikan sedikit?
Berkenaan jawatan kosong polis bantuan adalah disediakan syarat-syarat khusus dalam membuat permohonan seperti tahap fizikal yang ditetapkan, kelayakan akademik serta perkara-perkara lain yang anda boleh teliti melalui maklumat lengkap di JobStreet.
Adakah disediakan KWSP dan SOCSO?
Pihak syarikat PROLINTAS sentiasa memberikan yang terbaik dan untuk caruman KWSP dan SOCSO adalah disediakan kerana syarikat prolintas adalah antara syarikat yang berkualiti serta menjaga kebajikan pekerja mereka.
Bilakah permohonan jawatan ditutup?
Untuk permohonan adalah dibuka dalam bulan November dan masih belum dimuktamadkan bila permohonan jawatan kosong akan ditutup. Jadi untuk itu sekiranya jawatan kosong masih tersedia Anda masih mempunyai peluang untuk mohon kerja PROLINTAS November 2023.
Salam sejahtera ,saya seperti nama dan email di atas ingin memohon jawatan tersebut,berapa kah had umur dalam pekerjaan tersebut?