Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Makluman BNM Kadar Kenaikan OPR November 2023

BNM KADAR KENAIKAN OPR NOVEMBER 2023
Makluman BNM Kadar Kenaikan OPR November 2023 4

Kadar kenaikan OPR November 2023 adalah kekal naik 3.0 peratus menurut pernyataan dasar monetari yang telah dikeluarkan oleh BNM pada bulan ini. Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk mengekalkan kadar kenaikan OPR November yang sebelum ini dinaikkan pada bulan mei bagi mengukuhkan ekonomi Malaysia.

Untuk keadaan semasa,BNM tegaskan bahawa OPR telah kembali ke paras sebelum krisis dan lebih diselaras mengikut kesesuaian dengan tujuan memastikan ekonomi yang lebih mengukuh. BNM juga maklum bahawa kadar kenaikan OPR November 2023 adalah berdasarkan sebab-sebab tertentu.

Kadar Kenaikan OPR November 2023 Bagi Mengukuhkan Ekonomi

Kenaikan OPR Selaras Keadaan Semasa Bulan November 2023

Sebelum ini kadar OPR adalah sebanyak 2.75 peratus yang mana ia telah dinaikkan oleh BNM kepada 3.0 peratus. Ini adalah kerana BNM memberi tindak balas akan ekonomi Malaysia yang mencatatkan pengukuhan. Menurut BNM kadar kenaikan OPR November 2023 OPR 3.0 peratus adalah merupakan kadar yang telah ditetapkan sama seperti sebelum krisis dan ia adalah penutupan yang mengikut keadaan ekonomi untuk menjadi lebih kukuh.

BNM juga telah menegaskan bahawa kenaikan ini adalah kenaikan normal dan ianya kembali kepada keadaan sebelum krisis pandemik Covid19.

Berikut adalah jadual kenaikan kadar OPR sepanjang tempoh 4 tahun:

TarikhPerubahan Dalam OPR (%)Tahap OPR Baharu
2 Nov 202303.00
7 Sep 202303.00
6 Jul 202303.00
3 Mei 2023+0.253.00
9 Mac 202302.75
19 Jan 202302.75
3 Nov 2022+0.252.75
8 Sep 2022+0.252.50
6 Jul 2022+0.252.25
11 Mei 2022+0.252.00
3 Mac 202201.75
20 Jan 202201.75
3 Nov 202101.75
9 Sep 202101.75
8 Jul 202101.75
6 Mei 202101.75
4 Mac 202101.75
20 Jan 202101.75
3 Nov 202001.75
10 Sep 202001.75
7 Jul 2020-0.251.75
5 Mei 2020-0.252.00
3 Mac 2020-0.252.50
22 Jan 2020-0.252.75
5 Nov 2019-0.253.00
Rujukan ini diambil daripada sumber sahih laman web Bank Negara Malaysia (BNM),Kadar Kenaikan OPR November 3.0 peratus bermula dari bulan mei 2023.

Pengekalan Kadar OPR Adalah Berdasarkan Ekonomi Global

opr naik 3.0 peratus
Kadar Kenaikan OPR November 2023

Jika sebelum ini kerajaan telah menaikkan kadar OPR naik 3.0 peratus. Bagi kadar kenaikan OPR November 2023, pihak jawatankuasa dasar monetari (PMC) Bank Negara Malaysia telah memutuskan untuk mengekalkan kadar dasar OPR 3.0 peratus. Ini adalah berpandukan pada beberapa perkara seperti:-

  • Ekonomi global yang terus berkembang
  • Permintaan domestik dalam pasaran buruh mengukuh
  • Pemulihan sektor elektrik dan elektronik (E&E)
  • Peningkatan dalam pertumbuhan ekonomi China

Bagi situasi ekonomi Malaysia pula anggaran KDNK menunjukkan peningkatan dalam aktiviti ekonomi pada suku ketiga. Untuk pertumbuhan pada 2024 akan didorong terutamanya daripada perbelanjaan domestik yang berdaya tahan serta beberapa sokongan yang berpunca daripada jangkaan pemulihan dalam eksport E&E.

Kadar Inflasi Negara Malaysia Bagi November 2023

Dijangka Inflasi Kekal Sederhana

Pada suku ketiga inflasi utama dan juga transfer purata masing-masing pada 2.0 peratus dan 2.5 peratus. Memasuki tahun 2024 negara dijangka mempunyai kadar inflasi yang sederhana. Ini adalah kerana risiko kepada prospek inflasi kekal dan sangat tertakluk kepada perubahan dasar domestik mengenai subsidi dan kawalan harga, harga komuniti global dan perkembangan pasaran kewangan.

Bagi tahun 2024 juga kerajaan bercadang untuk mengkaji semula kawalan harga dan subsidi dan perkara ini akan menjejaskan prospek inflasi serta keadaan permintaan.

Perancangan dan Perbincangan Kadar OPR Mengikut Pihak BNM

opr naik 3.0 peratus mengapa opr naik
Kadar Kenaikan OPR November 2023

Untuk penetapan kadar OPR semasa bagi bulan yang akan datang ianya adalah berdasarkan pendirian daripada Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang kekal menyokong ekonomi dan turut konsisten dengan penilaian semasa terhadap inflasi dan juga prospek pertumbuhan ekonomi.

MPC akan kekal berwaspada dengan perkembangan secara berterusan dalam memaklumkan penilaian mengenai keadaan semasa serta pertumbuhan ekonomi dalam negeri. Mengikut akta Bank Negara Malaysia 2009 ,MPC akan mengadakan persidangan enam kali sepanjang tahun dan penyata dasar monetari akan dikeluarkan pada jam 3 petang pada hari terakhir setiap kali mesyuarat MPC. Kadar kenaikan OPR november 2023 adalah merupakan penetapan akhir MPC dan penetapan OPR terbaru adalah tahun 2024 bulan januari.

Jadual Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bagi Tahun 2024

Bagi mengikuti perkembangan kadar OPR semasa adalah anda boleh mendapatkan liputan daripada jadual mesyuarat jawatankuasa dasar monetari untuk tahun 2024. OPR akan diumumkan pada jam 3 petang hari mesyuarat MPC.

Berikut adalah jadual mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari(MPC) tahun 2024:

  • Mesyuarat 1 : 23 dan 24 Januari 2024
  • Mesyuarat 2 : 6 dan 7 Mac 2024
  • Mesyuarat 3 : 8 dan 9 Mei 2024
  • Mesyuarat 4 : 10 dan 11 Julai 2024
  • Mesyuarat 5 : 4 dan 5 September 2024
  • Mesyuarat 6 : 5 dan 6 November 2024

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati