Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Mohon Kerja Mokti’s di Seluruh Cawangan Dalam Malaysia

Jom mohon kerja Mokti’s! Mokti’s adalah merupakan jenama makanan rangkaian berasaskan aiskrim popular Malaysia. Mokti’s juga kini mempunyai lebih 50 cawangan di seluruh Malaysia selepas 2 tahun penubuhan! Oleh itu, ramai yang berminat mohon kerja Mokti’s untuk merasai pengalaman yang baharu dalam dunia f&b.

Dengan syarikat yang kini sedang berkembang amat memerlukan tenaga kerja untuk memenuhi keperluan dan kekosongan sedia ada. Jadi, anda boleh merujuk maklumat mengenai tawaran kerja serta cara permohonan kerja Mokti’s yang kami sediakan.

Peluang Kerjaya di Mokti’s Seluruh Malaysia

MOHON KERJA MOKTI'S

Pengenalan Syarikat Mokti’s

Mokti’s adalah merupakan jenama kedai ais krim yang berasaskan ‘gula apong’ yang sedang bertambah maju dikalangan rakyat Malaysia. Bermula pada 2019, Mokti’s bergerak dari Sarawak ke seluruh Malaysia membuka cawangan dan memperkenalkan jenama ais krim mereka.

Dengan visi dan misi yang jelas, Mokti’s sangat ingin mencapai impian menjadi syarikat penyedia ais krim terbaik kepada pelanggan.

Jawatan Mohon Kerja Mokti’s Yang Dibuka

Untuk urusan mohon kerja Mokti’s, mereka telah membuka peluang kerja seluruh Malaysia di pelbagai cawangan. Untuk kekosongan jawatan, mereka amat memerlukan pekerja f&b untuk memastikan urusan perniagaan terus berjalan lancar.

Berikut adalah merupakan senarai jawatan kosong Mokti’s yang dibuka:

Mohon Kerja Mokti’sPenerangan Tugasan
Pembantu F&B– Menyediakan perkhidmatan layanan kepada pelanggan
– Menerima pesanan pelanggan
-Memastikan premis dalam keadaan bersih
MOHON KERJA MOKTI'S

Syarat Kelayakan Mohon Kerja Mokti’s

Bagi para calon yang berminat untuk membuat permohonan kerja, adalah patut pada calon meneliti terlebih dahulu kriteris mohon kerja Mokti’s.

Berikut adalah syarat kelayakan mohon kerja yang ditetapkan:

  • Berumur 18 tahun dan keatas
  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Mempunyai kelayakan minima SPM
  • Boleh bekerja secara berpasukan
  • Berkomunikasi dengan pelanggan

Senarai Lokasi Mokti’s Seluruh Malaysia

Terdapat banyak cawangan Mokti’s yang dibuka seluruh Malaysia. Sebagai calon yang berminat untuk memohon kerja, anda perlu untuk mengetahui dan boleh menyemak senarai cawangan Mokti’s berdekatan dengan anda.

Berikut adalah pautan lokasi cawangan Mokti’s seluruh Malaysia:

Rujukan senarai lokasi dan maklumat cawangan ini adalah sangat penting dan akan digunakan oleh para calon untuk mohon kerja Mokti’s di mana-mana cawangan berdekatan anda atau lokasi lain yang anda inginkan.

Prosedur Mohon Kerja Mokti’s untuk Para Calon

Cara Mohon Kerja di Cawangan Mokti’s

Untuk permohonan, para calon perlu ikuti langkah-langkah permohonan yang ditetapkan. Permohonan kerja bagi jawatan pembantu f&b adalah anda boleh mohon secara lansung di mana-mana cawangan Mokti’s.

Selain itu, anda juga boleh bertanyakan jenis kerja yang anda ingin, berkenaan pekerjaan fulltime dan part time anda boleh mohon majikan jika terdapat kekosongan. Bagi permohonan secara atas talian juga ada caranya yang anda boleh ikuti.

Berikut adalah cara mohon kerja Mokti’s secara atas talian:

  • Rujuk senarai lokasi diatas dan anda boleh mendapatkan nombor telefon cawangan yang anda ingin mohon kerja.
  • Buat panggilan terus dan tanyakan jika terdapat kekosongan. Cara lain juga anda boleh guna iaitu dengan menghubungi melalui Whatsapp.
  • Hantar mesej kepada majikan dan nyatakan permohonan dan kesudian anda untuk bekerja dengan mereka.
  • Sekiranya permohonan anda berjaya, anda akan dipanggil untuk temuduga.

Dengan mengikuti langkah diatas, diharapkan akan dapat membantu anda mendapatkan kerja di Mokti’s.

Kerja Part Time Di Mokti’s

Para calon juga boleh pertimbangkan permohonan mengenai tawaran kerja secara sambilan atau part time di mana-mana cawangan Mokti’s. Sekiranya terdapat pengambilan kerja part time, pihak majikan akan memaklumkan kepada anda.

Untuk kerja part time, bayaran adalah mengikut jam kerja. Kebiasaannya bayaran untuk 1jam kerja adalah RM7.

Soalan FAQs Berkenaan Mohon Kerja Mokti’s

Adakah bekerja di Mokti’s menyeronokkan?

Sudah tentu! kerja di Moktis akan memberikan pengalaman kerja yang baharu dan berbeza kepada anda. Dengan tema pekerjaan adalah menyediakan hidangan ais krim pastinya dapat menggembirakan ramai pelanggan.

Adakah uniform pekerja Mokti’s disediakan?

Untuk para pekerja akan disediakan baju rasmi yang akan dikenakan semasa wakut bekerja.

Bagaimana untuk saya tahu kekosong jawatan dibuka?

Anda boleh mengetahui kekosongan jawatan kosong dibuka dengan merujuk laman facebook rasmi Mokti’s serta bertanyakan terus di mana-mana cawangan yang berdekatan anda.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati