Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong di Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia Effective Disember 2022

Jawatan Kosong Ambilan Disember Di Jabatan Kerja Raya
Jabatan Kerja Raya

Terkini : Jawatan Kosong Ambilan Disember Di Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia 2022 | Permohonan Kini Di Buka! Buat seluruh warganegara Malaysia Jabatan Kerja Raya (JKR) kini telah membuka peluang keemasan untuk seluruh rakyat Malaysia mengisi kekosongan jawatan yang telah dibuka oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia. Sila buat permohonan sekarang!

Peluang jawatan kosong yang dibuka secara besar-besaran oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia bagi tahun 2022 adalah merupakan sebuah peluang kerjaya buat seluruh rakyat Malaysia di mana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama seperti Cina Melayu dan India yang telah hidup secara harmoni.

Untuk mereka yang berminat dan ingin mencuba bagi mengisi kekosongan jawatan Yang dibuka JKR, anda perlulah merujuk info dan maklumat lanjut mengenai pembukaan jawatan kosong seperti yang telah diiklankan.

Jangan lupa sertai telegram peluang kerjaya di bawah bagi dapatkan info peluang kerjaya dan jawatan kosong dari semasa ke semasa.

https://t.me/officialpermohonankerja

Terkini : Jawatan Kosong Ambilan Disember Di Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia 2022 | Permohonan Kini Di Buka!

Maklumat Jawatan Kosong Yang Ditawarkan

Untuk pengetahuan anda, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia adalah merupakan sebuah jabatan yang bertanggungjawab dalam membantu Kementerian Kerja Raya untuk merumus, merancang serta melaksanakan dasar–dasar pembangunan infrastruktur serta kemudahan-kemudahan awam terutama jalan, bekalan air, bangunan-bangunan, lapangan–lapangan terbang, pelabuhan-pelabuhan dan pengkalan-pengkalan untuk memenuhi keperluan-keperluan pembangunan sosial dan ekonomi negara terutama di kawasan-kawasan luar bandar selaras dengan Dasar Ekonomi Baru di samping menyelenggara, memperbiki mutu dan meninggikan taraf infrastruktur dan kemudahan awam yang sedia ada.

Jadi, bagi mereka yang ingin mencuba dan merebut peluang keemasan ini untuk menyumbang dalam sebuah jabatan yang membantu kerajaan dalam meningkatkan ekonomi negera, anda perlulah terlebih dahulu menyemak status kelayakan anda dengan jawatan yang ditawarkan sebelum anda membuat permohonan.

Maklumat Jawatan Kosong yang ditawarkan kini sepertimana berikut:

  • PERSONEL MYSTEP

Sektor : Jabatan Kerajaan Kerja Raya (JKR) Malaysia

Lokasi : Gombak

Taraf Jawatan : Kontrak/Tetap

Kelebihan Yang Di Tawarkan :

  • Cuti Tahunan
  • Cuti Sakit dan lain-lain (sila rujuk iklan)
  • Gaji dengan kepelbagaian imbuhan menarik

Bidang Tugas Bagi Jawatan ini :

  • adalah membantu pengurusan pentadbiran kontrak projek

Maklumat tambahan, bagi anda yang belum mengetahui apakah itu Personel Mystep. Personel Mystep ini adalah satu nama singkatan kepada Malaysia Short-term Employment Programme yang mana ia adalah merupakan satu program yang menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat malaysia bagi satu jangka masa pendek dan tujuan program ini adalah inisiatif kerajaan dalam menangani isu pengangguran serta meningkatkan lagi pendapatan rakyat malaysia dan dapat mempercepatkan lagi pemulihan keadaan ekonomi domestik.

Pengisian Jawatan Kosong di JKR Disember 2022

Bilakah Tempoh Tarikh Dibuka Permohonan dan Ditutup?

Untuk calon-calon yang berminat dan ingin mencuba dalam peluang kerjaya ini, anda perlulah mengisi kekosongan jawatan ini dengan kadar segera dan permohonan anda perlulah segera di hantar sebelum tiba tarikh tutup penyertaan iaitu 9 Disember 2022 ini.

Apakah Status Syarat Bagi Kelayakan Permohonan?

Kepada calon yang membuat permohonan perlulah terlebih dahulu mengetahui status syarat kelayakan permohonan jawatan kosong sebelum menghantarnya. Calon mestilah berkelayakan memilki kelulusan :

  1. Diploma atau Degree Ukur Bahan
  2. Sijil Persekolahan (PMR, SPM, STPM, “A”Level, Pra-Universiti)
  3. atau Kelayakan Professional yang diiktiraf daripada Kementerian Pendidikan Malaysia
  4. Selain itu, calon perlulah seorang yang rajin dan berdedikasi dalam melakukan tugas

Penting : segala maklumat dan info yang disampaikan adalah berdasarkan sumber rasmi dari iklan JKR Gombak masa kini, sebarang perubahan tarikh dan maklumat adalah mengikut setiap status iklan yang diwawarkan.

Bagaimakah Cara Untuk Menghantar Dan Membuat Permohonan?

Cara membuat dan menghantar permohonan, tidak perlu lagi anda melakukan secara fizikal. Anda hanya perlu membuat dan menghantar permohonan secara atas talian (online)

Anda perlulah menyediakan dokumen-dokumen yang lengkap sebelum menghantar resume dan permohonan anda perlulah di hantar sebelum tarikh tutup penyertaan yang diberikan 9 Disember. Sekiranya kelewatan permohonan yang dihantar selepas tarikh tersebut akan ditolak. Panggilan temuduga hanya akan dipanggil bagi mereka yang layak.

Untuk calon yang baru kali pertama membuat permohonan, anda perlulah terlebih dahulu mendaftar sebelum mengisi maklumat kekosongan jawatan yang di perlukan sistem.

Calon boleh ke Emel Resume : [email protected]

Penutup

Semoga calon–calon yang membuat permohonan ini direzekikan Allah dengan kejayaan kerjaya ini.

Layari Telegram Sistem Guru Online bagi info dan maklumat yang bermanfaat

Sistem Guru Online

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati