Ketahui jenis-jenis tuntutan PERKESO yang penting bagi anda selaku pekerja. Melalui PERKESO kebajikan pekerja terjaga dan boleh memohon perlindungan atau pampasan selaku pekerja. Terdapat keadaan yang mana layak untuk pekerja membuat tuntutan mengikut keadaan dan situasi.
Oleh itu, anda boleh ikuti penerangan jenis-jenis tuntuan PERKESO dan cara claim PERKESO untuk MC atau sakit dengan mudah.
Berkenaan Tuntutan PERKESO Yang Boleh Dibuat Oleh Pekerja
Isi Kandungan
Jenis-Jenis Tuntutan PERKESO
Terdapat beberapa keadaan yang mana pekerja boleh membuat tuntutan atas Skim Bencana Pekerjaan yang disediakan oleh PERKESO. Berikut adalah perlindungan yang disediakan mengikut kemalangan atau penyakit khidmat seperti:
- Kemalangan Semasa Menjalankan Pekerjaan
- Kemalangan Semasa Dalam Perjalanan
- Kemalangan Semasa Kecemasan
- Penyakit Khidmat
Melalui skim bencana pekerjaan ini, PERKESO telah menggariskan beberapa faedah yang anda boleh dapat sekiranya terlibat kemalangan atau penyakit khidmat seperti dibawah:
- Faedah Pendidikan
- Faedah Perubatan
- Faedah Pengurusan Mayat
- Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS)
- Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK)
- Elaun Layanan Sentiasa
- Kemudahan Pemulihan Jasmani/Vokasional
- Faedah Orang Tanggungan (FOT)
Syarat Tuntutan PERKESO
Berdasarkan jenis-jenis tuntutan PERKESO diatas ianya boleh dimohon mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Berikut adalah syarat bagi membuat tuntutan PERKESO:
- Kemalangan yang ditimpa semasa berada di tempat kerja atau sedang menjalankan urusan kerja.
- Kemalangan ketika dalam perjalanan merangkumi seperti:
- Mengikut laluan dari tempat kediamannya atau tempat tinggalnya dengan tempat kerjanya
- Dibuat untuk apa-apa sebab yang secara langsung berkaitan dengan perkara penggajiannya
- Di antara tempat kerjanya dengan tempat pergi makan semasa masa rehat yang dibenarkan
- Kemalangan semasa kecemasan dirujuk syarat seperti:
- Kemalangan yang berlaku ketika pekerja berada dalam atau berdekatan dengan mana-mana premis tempat bekerjanya bagi untuk menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan.
- Mendapat penyakit akibat oleh pekerjaan seperti penyakit khidmat:
- Hilang pendengaran berpunca oleh paras tekanan bunyi tinggi yang berterusan
- Penyakit asma berpunca oleh pekerjaan yang melibatkan pendedahan berterusan kepada sedutan habuk atau bahan kimia yang merbahaya dan sebagainya
Senarai Penyakit Khidmat Perkeso
Pihak PERKESO telah menggariskan pelbagai jenis penyakit khidmat yang mana para pekerja boleh membuat tuntutan berdasarkan jenis-jenis tuntutan PERKESO berdasarkan kes melibatkan wakut bekerja. Berikut adalah senarai penyakit khidmat PERKESO:
- Pekak
- Asma
- Penyakit kulit
- Gangguan tekanan pascatrauma
- Penyakit buah pinggang
- Kanser paru-paru
- Sakit sinaran
- Kegagalan ginjal akut
- Nekrosis hat
- Jangkitan Hepatitis A
- Jangkitan virus Nipah
Terdapat banyak lagi senarai penyakit khidmat yang anda boleh rujuk pada PDF senarai penyakit-penyakit khidmat.
Panduan Claim PERKESO/SOCSO Untuk MC dan Kemalangan
PERKESO telah menggariskan bahawa pekerja boleh membuat tuntutan kepada PERKESO sekiranya,
- Diberhentikan kerja atas sebab yang ditetapkan
- Waris akan menerima jumlah tuntutan sekiranya pekerja meninggal dunia
- Terlibat dalam kemalangan atau cuti sakit (MC)
Pekerja boleh mendapatkan manfaat Skim Bencana Pekerjaan sekiranya berlaku kemalangan termasuk MC selagi umur belum berusia 60 tahun mengikut jenis-jenis tuntutan PERKESO.
Cara Claim PERKESO/SOCSO untuk MC
Bagi pekerja mendapat MC anda boleh claim PERKESO/SOCSO dengan beberapa langkah. Berikut adalah cara claim PERKESO/SOCSO untuk MC:
- Sediakan sijil cuti sakit yang telah disahkan oleh pegawai kesihatan.
- Perlu mengikut syarat-syarat berdasarkan jenis-jenis tuntutan PERKESO.
- Muat turun dan lengkapkan borang ‘Bayaran Ganti Belanja (BGB)‘.
- Jika MC tersebut adalah oleh kemalangan yang memerlukan 4 hari cuti berturut-turut, pekerja boleh claim bantuan faedag hilang upaya sementara.
Perlu diingatkan, pekerja perlu jujur dalam menyatakan peruntukan jumlah MC dari PERKESO. Penggunaan MC palsu adalah salah disisi undang dan boleh diambil tindakan.
Cara Claim PERKESO/SOCSO Kemalangan
Bagi situasi yang mana pekerja terlibat dalam kemalangan semasa waktu kerja atau selepas pulang kerja. Anda boleh membuat tuntutan mengikut jenis-jenis tuntutan PERKESO yang telah dietatapkan. Berikut adalah cara claim Socso kemalangan:
- Buat laporan polis terlebih dahulu.
- Dapatkan rawatan berdekatyan hospital atau klinik. Simpan resit bagi urusan claim SOCSO dan cetak sekali bagi rujukan HR.
- Nyatakan lokasi kemalangan bagi bukti tempat kemalangan , jarak kerja dan lain-lain dengan gambar atau lukisan.
Berikut adalah dokumen yang anda perlu sediakan bagi HR untuk membuat claim SOCSO:
- Salinan kad pengenalan
- Bank statement kerana PERKESO perlu verify nama, bank dan no akaun pekerja.
- Laporan polis yang sudah dibuat.
- Claim resit rawatan. Mestilah salinan asal.
- Perlu mengisi borang ‘laporan kemalangan‘
Dengan mengikuti cara claim PERKESO ini diharapkan akan dapat membantu pekerja mendapatkan hak masing-masing. Sila teliti jenis-jenis tuntutan PERKESO dan pastikan anda mengikuti syarat yang ditetapkan.
Soalan FAQs Berkenaan Jenis-Jenis Tuntutan PERKESO
Berapa lama proses tuntutan PERKESO?
Kebiasaanya proses melibatkan tutntuan PERKESO mengambil masa selama 2 hingga 3 minggu.
Berapa jumlah pampasan PERKESO?
Pampasan untuk kematian adalah sebanyak RM2,000 bagi pampasan clain yang lain antara 80% dari gaji harian.
Bagaimana semakan tuntutan PERKESO?
Tuntutan boleh disemak berdasarkan talian hubungan online atau telefon. Biasanya akan dimaklumkan sendiri oleh PERKESO.
Apakah senarai penyakit khidmat perkeso?
Bagi penyakit khidmat anda boleh rujuk dibahagian atas yang kami sediakan senarai penyakit khidmat yang lengkap.
Bagaimana cara kiraan tuntutan perkeso?
Kiraan adalah berdasarkan pada berikut:
Jumlah HUK : Gaji Harian x Peratus JD x Faktor Umur
*Gaji Harian : Gaji yang dibayar masa MC HUS sehari tu.
Contoh : Amir berumur 33tahun, gaji harian amir adalah RM150. JD beri 4 peratus.
berapa lama proses tuntutan perkeso
jumlah claim socso kemalangan
salam… sy telah selesai operation tulang belakang dan telah dimasukkan besi. bolehkah sy claim pampasan kewangan dari pekeso. tp sy dari 2014 sy kerja kerajaan. sebelum tu sy kerja swasta dan pemotongan perkeso lebih 15tahun. boleh ke sy claim dan bagaimana caranya…
SAYA NAK CLAIM PERKESO UNTUK SUAMI SAYA..STROKE SEBELAH KANAN BADAN AKIBAT TERJATUH..SEKARANG NIH SEDANG WARDED DI HOSPITAL, SUDAH 1 MINGGU 3 HARI..BOLEH BAGI TAU SYA LEBIH TERPERINCI..
sy mngahapi kemalang yg akibat koyak di kepala dan patah jari kaki..sepatut nye brape jumlah yg sepatut n sy dpt dr socso..sedang kn kwn sy penah berlaku kemalangan yg tidak mempunya patah sebagai nye..tp kwn sy yg x mngalami lecederaan mcm sy..jumlah yg dy dpt lagi byk dr sy..
saya mengalamin patah jari kaki dan koyak di kepala..sy nk tau brape socso akan bayar utk itu..to ape yg sy dpt dr socso x setimpal dri ape yg sy hadapi..kwn sy yg tidal seteruk saya legibbyk yg dy dpt dr saya..???
saya masih bekerja dan tiba2 rebah di rumah dalam persiapan untuk ke tempat kerja dan keluarga membawa ke hospital berdekatan. doktor mengesahkan saya mengalami mild stroke. Bolehkah saya membuat tuntutan keatas perkara ini. terima kasih
Assalamualaikum
SAYA TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA BULAN 10 2023…TAPI MC 4/4/2024 SAMPAI 15/5/2024 HANYA DI BAYAR UNTUK 27 HARI…KENAPA YE
Assalamualaikum.sy telah besara pada april,2023.selepas sy besara sy ingin memulakan perniagaan .walau bagaimanapun sy telah terlibat kemalangan sehingga menyebabkan kaki sy patah dan kaki tidak normah sedikit utk berjalan dan masih menggunakan tongkat dan kerusi roda. Sy ingin membuat tuntutan di perkeso adakah sy layak.dan sy pernah mencarum sebelum ini.
Kontrak kerja sudah tamat pada Dec 2023, dalam 2 bulan bkerja sendiri Jan-Feb. Mac sy terlibat kemalangan mngakibatkan patah tulang lutut. Bolehkah sy buat tuntutan? Tuntutan sy dikira mcm mana ya?
Adakah saya layak membuat tuntutan SOCSO sekira nye saya mendapat kemalangan semasa hari rehat saya
Saya menghadapi batu karang dlm buah pinggang.buah pinggang bengkak.saya dapat mc dari 6/4/2024 hingga 30/4/2024 .bolehkah saya claim dari perkeso mc,pendidikan anak dan hilang upaya sementara.
Saya dulu seorang pencarum dari 1998 sampai lah 2020…dalam 11 syarikat oil n gas..kali terakhir 2020 berjawatan contrack..oleh sebab selalu sakit2 conrack Sya tak LG di sambung…dengan kedatangan pendamik umur yg sudah tua…kerja pun susah byk Kompany tutp…Sya terpaksa kerja sendiri tiada potongan PERKESO sampai lah 2024…2 bulan lepas saya mendapat kemalangan hingga Sya pendengaran 50% dari sblum kemalangan ..dan doktor mgesakan ia kekal.dan tak boleh melakukan kerja kerja berat ..selama 3 tahun Sya tak punya caruman boleh kah Sya menuntut apa apa peadah dari perkeso
Saya dulu seorang pencarum dari 1998 sampai lah 2020…dalam 11 syarikat oil n gas..kali terakhir 2020 berjawatan contrack..oleh sebab selalu sakit2 conrack Sya tak LG di sambung…dengan kedatangan pendamik umur yg sudah tua…kerja pun susah byk Kompany tutp…Sya terpaksa kerja sendiri tiada potongan PERKESO sampai lah 2024…2 bulan lepas saya mendapat kemalangan hingga Sya pendengaran 50% dari sblum kemalangan ..dan doktor mgesakan ia kekal.dan tak boleh melakukan kerja kerja berat ..selama 3 tahun Sya tak punya caruman boleh kah Sya menuntut apa apa peadah dari perkeso
Saya dulu seorang pencarum dari 1998 sampai lah 2020…dalam 11 syarikat oil n gas..kali terakhir 2020 berjawatan contrack..oleh sebab selalu sakit2 conrack Sya tak LG di sambung…dengan kedatangan pendamik umur yg sudah tua…kerja pun susah byk Kompany tutp…Sya terpaksa kerja sendiri tiada potongan PERKESO sampai lah 2024…2 bulan lepas saya mendapat kemalangan hingga Sya pendengaran 50% dari sblum kemalangan ..dan doktor mgesakan ia kekal.dan tak boleh melakukan kerja kerja berat ..selama 3 tahun Sya tak punya caruman boleh kah Sya menuntut apa apa peadah dari perkeso
Saya dulu seorang pencarum dari 1998 sampai lah 2020…dalam 11 syarikat oil n gas..kali terakhir 2020 berjawatan contrack..oleh sebab selalu sakit2 conrack Sya tak LG di sambung…dengan kedatangan pendamik umur yg sudah tua…kerja pun susah byk Kompany tutp…Sya terpaksa kerja sendiri tiada potongan PERKESO sampai lah 2024…2 bulan lepas saya mendapat kemalangan hingga Sya pendengaran 50% dari sblum kemalangan ..dan doktor mgesakan ia kekal.dan tak boleh melakukan kerja kerja berat ..selama 3 tahun Sya tak punya caruman boleh kah Sya menuntut apa apa peadah dari perkeso
Bole ka Sy membuat tuntutan selepas Suami saya meninggal..mohon penerangan sekira nya Sy layak untuk mendapat bantuan tersebut..kerana Sy ada anak Dua orang yang Masih bersekolah..terima kasih
Puan boleh check nama arwah di PERKESO terdekat untuk tahu layak ataupun tidak. Untuk kelayakan pencen penakat, arwah mestilah mencarum minimum 24 bulan.
Boleh saya tahu, saya terlibat dalam kemalangan di luar waktu kerja dan mengakibatkan saya tidak dapat bekerja 2 hari berikutnya kerana ingin menguruskan report polis dan urusan2 lain. Adakan sy layak menuntut pampasan 2 hari unpaid leave saya kepada perkeso?
saya mengalamin patah jari kaki dan koyak di kepala..sy nk tau brape socso akan bayar utk itu..to ape yg sy dpt dr socso x setimpal dri ape yg sy hadapi..kwn sy yg tidal seteruk saya legibbyk yg dy dpt dr saya..???
Boleh kah saya cliem socso disebabkan slip disc, saya balik kerja dari jam 7pm sampai rumah 7.35pm, apabila sampai di rumah saya terjatuh kerana lantai yang licin ,di sebab kan itu pinggang saya sakit,ke esok hari sakit nya bertambah dan saya ke mendapat kan rawatan ke klinik dan doktor mengatakan bahawa saya perlu ke hospital,di sebab itu saya ke hospital ditahan wad untuk mendapatkan rawatan selepas membuat MRI doktor mengesahkan slip disc, kesimpulan nya boleh ke saya cliem socso apabila sampai di sana
Mengikut undang undang perkeso pampasan kedua sudah buat masih lagi sambung mc selepas bebera hari lepas itu mc lagi sampai 35 hari bolehka claim lagi
Saya telah menamatkan perkhidmatan pd Nov 2020.. pada bln Okt 2022 saya di serang minor stroke. Saya adalah pencarum socso. Adakah saya layak utk memohon apa2 bantuan. Saya berusia 58 Thun. Saya masih blum pulih sepenuhnya pd anggota sblah kanan dan masih menerima rawatan susulan hgga kini. Mohon pencerahan. Terima kasih
Kaki saya patah guna tongkat sudah 3 tahun masih Guna tongkat., saya pencarum PERKESO sejak tahun 1989 dan hanya sampai 2025 selepas itu Saya tidak mencarum PERKESO.. boleh ke saya dapat bantuan/tuntutan dari PERKESO… saya hanya ada surat hospital besar KL… saya OKU fizikal
Bolehkah saya membuat tuntutan pekak sebelah telinga kerana stroke semasa bekerja ?
Klau stroke blh membuat tuntutan ke
Bolehkah saya ingin menuntut penyakit khidmat?
Penyakit batu karang didalam buah pinggang kiri dan kanan menyebsbkan buah pinggang membengkak dan di tebuk menggunakan kaedah PCNL di Institute Urology Hospital Kuala Lumpur pada 17/12/3023.