
Nama seorang usahawan, Mariyah Yaakob kini trending di media sosial. Beliau adalah merupakan antara usahawan pakaian yang berjaya di Malaysia. Kisah beliau pernah tular kerana berjaya membina empayar RM8juta dengan bermodalkan RM1,000 dan tanpa membuat apa-apa pinjaman daripada pihak bank. Kisah beliau ini menjadikan beliau seorang yang dikenali sangat tekun dan rajin bekerja.
Kehebatan beliau dalam bidang perniagaan disanjung ramai dan mempunyai beratus pekerja dibawah syarikatnya iaitu Mariyah Holding Sdn. Bhd. Selaku usahawan, Mariyah Yaakob juga giat memberi pengucapan motivasi dan berusaha melahirkan lebih ramai usahawan muda yang berjaya dibawah program rintis beliau dikenali “Madam Mariyah Partner” menurutnya semasa sesi program perkongsian yang diadakan oleh astro awani.
Maklumat berkaitan Mariyah Yaakob
Isi Kandungan

Biografi Mariyah Yaakob
Nama penuh ialah Mariyah Binti Yaakob dilahirkan pada 9 Jun 1976 (berumur 47 tahun pada 2023) di Kemboja. Beliau seorang yang beragama islam dan bekerja sebagai CEO untuk syarikat Mariyah Holding.
Berikut adalah biografi berkenaan Mariyah Yaakob:
Biografi | Maklumat |
---|---|
Nama | Mariyah Binti Yaakob |
Tarikh Lahir | 9 Jun 1976 |
Tempat Lahir | Kemboja |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Bangsa | Kemboja |
Agama | Islam |
Pendidikan | – |
Pekerjaan | Pemilik Mariyah Holding Sdn. Bhd |
Status | Telah berkahwin dengan Mohd Hisyam |
Anak | Ezuan Hasham Bin Mohd Hisyam |
Anugerah | – |
Media Sosial | Instagram: mariayaakob Facebook : Mariyah Yaahkob Saful |
Kisah Mariyah Yaakob dalam Bidang Perniagaan
Siapa yang tidak kenal dengan ‘Mariyah Yaakob Holding Sdn Bhd’ yang merupakan antara syarikat industri pakaian yang berjaya di Malaysia. Terletak di Skudai, Johor, nama Mariyah gah terpampang di atas board bangunan besar. Ramai yang belum mengenali pemilik sebenarnya adalah Puan Mariyah Yaakob, seorang usahawan yang berjaya membuka empayar RM8juta hasil usaha yang jitu oleh beliau.
Bermula dari perniagaan kuih muih lalu berkembang ke perniagaan kain dengan nilai aset RM8juta. Bermula sejak 2016, Mariyah Yaakob terus berusaha keras untuk membina empayar kearah lebih tinggi tanpa membuat pinjaman bank dan bermodalkan RM1,000 sahaja. Saban tahun ke tahun, perniagaan yang dijalankan Mariyah Yaakob terus berkembang. Dalam masa 3 tahun, beliau berhasrat untuk mengembangkan perniagaan beliau dan pihak Bank Rakyatlah yang banyak membantu dari bawah sehingga berjaya kini.
Pesanan Mariyah Yaakob Kepada Usahawan Malaysia
Selaku insan yang berjaya dalam perniagaan, melalui wawancara oleh Bank Rakyat, beliau memberi nasihat kepada usahawan diluar sana untuk bersabar dalam perniagaan.
“Kunci kejayaan adalah sabar”
Puan Mariyah yaakob, Pemilik Mariyah Holding Sdn Bhd
Dorongan yang diberikan Mariyah adalah untuk pemilik perniagaan perlu untuk terus bersabar dan lakukan yang terbaik. Ini adalah kerana pemilik adalah yang menentukan empayar perniagaan berkembang atau sebaliknya.
Berkenaan Syarikat Mariyah Holdings Sdn. Bhd Milik Mariyah Yaakob
Pengenalan Syarikat Mariyah Holding

Bermula sejak 24 Oktober 2016, Mariyah Holdings Sdn Bhd (MHSB) ialah sebuah syarikat yang terkenal serta berdedikasi dalam dunia seni jahitan dan jahitan pukal, yang berfoksu bahagian pakaian Muslim terkini seperti baju kurung, baju melayu, tudung dan lain-lain.
Merupakan kilang pakaian yang terbesar di Johor Bahru yang terletak di Skudai. Syarikat ini mempunyai tenaga pekerja yang seramai 400 orang serta 400 mesin jahit. MHSB mempunyai matlamat untuk menghasilkan pakaian yang berkualiti tinggi dan ditempah khas yang boleh didapatkan oleh mereka dari golongan sederhana dan kaya.
Maklumat Berkaitan Mariyah Holding Sdn. Bhd
Terdapat beberapa maklumat yang anda boleh ketahui mengenai syarikat ini. Berikut adalah maklumat Mariyah Holding berdasarkan Mylinkedin :
Mariyah Holding | Maklumat |
---|---|
Laman Web | Mariyah Holding Sdn. Bhd |
Industri | Pembuatan Pakaian |
Saiz Syarikat | 200 – 500 Pekerja |
Ibu Pejabat (Headquaters) | Johor Bahru |
Jenis Syarikat | Persendirian |
Ditubuhkan | 24 Oktober 2016 |
Pengkhususan | Pembuatan Pakaian, Fesyen & Runcit Pakaian |
Milikan Syarikat Mariyah Holding Sdn. Bhd
Berdasarkan maklumat SSM, Mariyah Holdings Sdn Bhd dipunyai oleh 2 shareholder. Puan Mariyah Yaakob sebanyak 20% dan Encik Ezuan Hafsham sebnyak 80%. Ezuan adalah merupakan anak Mariyah.

Lokasi Mariyah Holding Sdn. Bhd
Berikut adalah lokasi rasmi untuk syarikat ini:
32, Jln Persiaran Skudai 8 Pusat Perusahaan Skudai 8 Johor Bahru, Johor 81300, MY
Diharapkan dengan perkongsian maklumat berkenaan usahawan berjaya ini memberi kita semua inspirasi. Mariyah adalah seorang insan contoh yang patut kita ikut dari segi kerajinan dan kegigihan beliau.