Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Semakan SAPS Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018

Semakan SAPS Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018
Semakan SAPS Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018

Semakan SAPS Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, admin mengongsikan informasi berkaitan SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah berhubung peperiksaan yang bakal dilaksanakan pada bulan ini iaitu semakan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi tahun 2018.

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.

Data yang disimpan melalui SAPS boleh diguna pakai untuk Semakan SAPS Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018 oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.Sekurang-kurangnya karenah meminta data berkaitan peperiksaan ke sekolah akan dapat diminimakan. SAPS juga boleh dijadikan ”Early Warning System” kepada pihak pengurusan melalui Analisis TOV (Take Of Value) dan AR (Actual Result).

SAPS boleh dicapai melalui Portal NKRA seperti berikut: Keputusan SAPS Peperiksaan

Semakan SAPS Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018

egtukar
Semakan SAPS Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018

Guru kelas boleh mengakses sistem ini untuk memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas, maklumat mata pelajaran dan data pelajar bagi kelas dibawah jagaannya. Guru kelas juga boleh memasukkan markah setiap mata pelajaran mengikut peperiksaan yang ditetapkan. Hasilnya guru kelas dapat mengeluarkan analisis setiap peperiksaan yang telah dijalankan.

Untuk guru mata pelajaran pula boleh mengakses sistem ini untuk memasukkan data keputusan setiap pelajar yang diajar mengikut peperiksaan yang telah ditetapkan. Ini akan mengurangkan beban guru kelas yang sebelum ini yang terpaksa memasukkan data keputusan semua mata pelajaran untuk mendapatkan analisis sesuatu peperiksaan.

Semakan SAPS Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018
Semakan SAPS Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018

Manakala SAPS ibu Bapa merupakan sistem analisis peperiksaan sekolah yang diwujudkan
oleh pihak kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memudahkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah. Sistem
ini merupakan sistem yang kerap kali digunakan oleh guru-guru dan juga ibu bapa.

Manakala bagi ibu bapa pula ianya perlu untuk membuat semakan keputusan peperiksaan (https://sapsibubapa.net/semakkeputusan-peperiksaan-online/) anak-anak di sekolah.
SAPS semakan ibu bapa ini boleh dilakukan melalui secara atas talian (ONLINE).

Antara keputusan peperiksaan yang boleh disemak adalah :

  1. Keputusan pelajar bermula dari sekolah rendah Tahun 1 hingga Tahun 6.
  2. Keputusan peperiksaan sekolah menengah bermula dari Tingkatan 1 hingga
    Tingkatan 5

Tarikh bagi memasukkan markah murid dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi Tahun 6 dan Tingkatan 5 adalah bermula pada 17 Mei dan berakhir pada 14 Jun 2018.

Sehubungan dengan itu, pihak ibu bapa boleh membuat semakan keputusan anak-anak dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun ini adalah dijangka bermula pada 15 Jun 2018.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati